Walaupun sudah tidak memegang apa-apa jawatan dalam kerajaan, YB Syed Saddiq Syed Abdul Rahman merangkap ahli parlimen Muar terus komited dalam membantu rakyat.
Dan terbaru, YB Syed Saddiq meneruskan program 1 Keluarga 1 Laptop untuk disumbangkan kepada mereka yang memerlukan.
Bantuan 1Keluarga 1Laptop
Bantuan 1Keluarga 1Laptop adalah satu insiatif daripada YB Syed Saddiq yang peka dengan kepentingan laptop yang kini sangat diperlukan terutamanya para pelajar.
Dan sehingga kini, lebih 100 orang pelajar di Parlimen Muar telah pun menerima sumbangan laptop.
[adssulvo1]
Dan penerima ini terdiri daripada penduduk Muar yang terdiri daripada golongan keluarga sederhana dan rendah pendapatan, serta menerima tawaran melanjutkan pelajaran.
Bagi yang bukan orang Muar, anda boleh mohon Bantuan Laptop dan Internet Percuma daripada kerajaan.
Syarat Kelayakan
Siapa yang akan menerima laptop ini?
[adssulvo2]
- Pelajar yang akan ke IPT
- Jumlah pendapatan isi rumah <RM1500
- Berasal dari parlimen Muar
Baca: Bantuan RM500 Untuk Untuk Rakyat Johor
Fundraising 1 Keluarga 1 Laptop
Ahli Parlimen Muar ini juga menjemput orang ramai untuk turut menyertai program ini dengan memberi sumbangan seperti:
- sumbangan RM2000 bagi sebuah laptop
- sumbangan dalam bentuk barangan (in-kind)
- sumbangan laptop terpakai
Jumlah kutipan yang disasarkan adalah RM200,000.
Sumbangan boleh dilakukan kepada:
Akaun bank CIMB : 8603323060
Nama akaun : Pejabat Khidmat Rakyat Parlimen Muar
[adstextapply]
Dan sekiranya sasaran yang diletakkan tercapai, Syed Saddiq bernazar untuk membotakkan kepala sebagai tanda kesyukuran.
Leave a Reply to Safiah Hamzah Cancel reply