Cari Jawatan Kosong Disini.
Generic selectors
Exact matches only
Search in title
Search in content
Post image for Permohonan Bantuan Asnaf RM100 MAIK Kelantan

Permohonan Bantuan Asnaf RM100 MAIK Kelantan

in Berita semasa

Golongan asnaf boleh mohon Bantuan Asnaf RM100 MAIK Kelantan.

Bantuan PKP 3.0 MAIK Kelantan

Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan telah mengumumkan terus komited dalam memberikan bantuan kepada rakyat yang terkesan ketika PKP 3.0 ini melalui Program Prihatin MAIK Covid-10 (Fasa 5).

Antara bantuan yang akan diberikan adalah:

  • Bantuan Khas Kepada Asnaf Fakir Miskin berjumlah RM 3.7 juta
  • Elaun Pegawai Masjid termasuk sumbangan asnaf melalui pihak masjid bernilai RM 2.4 juta
  • Sumbangan Barangan Dan Makanan kepada petugas barisan hadapan di Pusat Pemberian Vaksin dengan berjumlah RM 100,000
  • Bantuan Kepada Masyarakat Orang Asli termasuk Guru Agama Orang Asli yang berjumlah RM436,180
  • Sumbangan Peralatan Kesihatan bagi membantu merawat pesakit covid-19 kepada pihak hospital berjumlah RM 47,800
  • Peruntukan Pembaikian, Menaiktaraf Masjid Negeri, Bandar, Mukim Serta Surau seluruh Negeri Kelantan berjumlah RM 3.1 juta

Untuk negeri lain, anda boleh rujuk senarai Bantuan Zakat PKP Majlis Agama (semua negeri) ini.

Permohonan Bantuan Asnaf RM100

borang permohonan bantuan asnaf rm100

Bagi rakyat Kelantan yang terjejas ketika ini boleh mendapatkan Bantuan Asnaf RM100 dengan mendapatkan Borang Permohonan Sumbangan Khas Asnaf dengan Imam Mukim masing-masing.

Bagi ibu yang mempunyai anak kecil, bolehlah mohon Bantuan Susu Formula Untuk Bayi dan Anak Kecil

Permohonan Online Bantuan Prihatin MAIK

Selain itu, MAIK juga membuka permohonan Bantuan Prihatin MAIK secara online untuk membantu golongan asnaf yang terjejas ketika covid ini.

Antara syarat kelayakan adalah:

  • Asnaf fakir dan miskin.
  • Tidak bekerja dan tiada pendapatan dalam tempoh pkp.
  • Tiada duit simpanan atau duit simpanan hampir atau telah habis dibelanjakan.
  • Tidak menerima apa-apa bantuan daripada mana-mana pihak seperti kerajaan negeri, masjid, ngo, dan lain-lain @ menerima bantuan tetapi telah habis digunakan @ bantuan yang diterima tidak mencukupi.
  • Belum menerima Bantuan Prihatin Nasional (BPN) atau telah terima dan hampir @ telah habis dibelanjakan.

Hanya ketua keluarga yang boleh membuat permohonan ini di Portal Prihatin MAIK.

Anda boleh join Grup Bantuan Kerajaan ini untuk mendapatkan info bantuan terkini nanti.

{ 3 comments… read them below or add one }

Abdul Mutalib Bin yatim July 13, 2021 at 6:02 pm

Abdul Mutalib Bin yatim

Reply

Zulaikah July 13, 2021 at 6:37 pm

Mcm mna nk mohon bantuan klu bpr x lulus fasa ke 2 dh cuba bt rayuan tp wktu bt rayuan sebtiap tarikh penuh smpai akhir skli tarikh rayuan pun dh ttp dri mna lg sya harus mnx bantuan,sya seorg ibu yg besarkn ank 4 org,9tahun hingga 5bulan,sewa rumh rm480 sebulan,api air lg,sebelum nie sya xpnh mnx apa2 bantuan sbb sya usaha keja smpai mlm utk jga ank2 sya tnpa mnx2 dkt sapa2 tp diakhir2 nie pandemik penyakit corona nie makin meningkt membuat pendaptn saya teramat lh terjejas,smpaikn ank2 sya x mampu ikti kelas online disbbkn kekurangkn hp utk diorg iktti kelas online.dh cuba cll e-mail tmpt2 bantuan berkenaan tp sampai ke hari nie saat nie xda apa respon,tau tngu kuar berita baru bantuan akn sampai sya sya kot,letih sudah memintak bantuan dri kerajaan nie,sungguh klu lh sya mampu mcm sblm nie sya xakn memintak bantuan dri kerajaan,tp skng mmg pendptn sya terbats sya seorg perniaga online,kemana sja sya p ank2 sentiasa sta bwk xpnh nya sya tngai,disbbkn faktor kewang utk hntr ank2 penjga mahal jdi sya sentiasa bek ank2 sya kemna sja sya cod brng niaga,tp skng nk kuar cod brng niaga terhad,hbis mcm mna sya x terjejas pendapat n sya,.rungsing sampai xtau nk fkr apa dh.

Reply

Siti Mariam binti harun July 13, 2021 at 9:41 pm

Bantuan kami

Reply

Leave a Comment


Jawatanmalaysia.net merupakan portal kerja kosong Malaysia 2020 yang menghimpunkan jawatan kosong kerajaan dan juga kerja kosong swasta terkini. Para majikan juga boleh iklankan jawatan kosong terbaru syarikat secara percuma disini.

Tentang Kami | Hubungi Kami | Penafian

© 2005-2021