Permohonan baru untuk Bantuan Geran Khas Prihatin 4.0 atau GKP 4.0 RM1000.00 secara one-off kepada yang layak akn dibuka pada pertengahan Julai ini.
Bantuan GKP 4.0 RM1000
Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin telah mengumumkan program PEMULIH dimana kerajaan sekali lagi melanjutkan program Geran Khas Prihatin 4.0 untuk membantu rakyat Malaysia yang terjejas terutama golongan peniaga PKS.
[adssulvo1]
Selepas inisiatif GKP 1.0, GKP 2.0 dan GKP 3.0 dilihat banyak membantu golongan sasaran, kerajaan membuka peluang sekali lagi untuk peniaga yang masih belum memohon untuk GKP 4.0 ini.
Setiap permohonan GKP 4.0 yang berjaya akan menerima bantuan RM1000 secara tunai dengan dua kali pembayaran.
Syarat kelayakan untuk bantuan GKP 4.0 masih belum dikeluarkan secara rasmi. Namun syarat yang ditetapkan sebelum ini adalah:
[adssulvo2]
- Pemohon bukan penerima GKP sebelum ini
- Pemohon mestilah seorang warganegara Malaysia
- Pemohon menjalankan Perusahaan Kecil & Sederhana (PKS) mikro dengan jumlah jualan atau perolehan tahunan kurang daripada RM300,000 dan jumlah pekerja sepenuh masa tidak melebihi 4 orang (tidak termasuk pemilik)
- Perniagaan hendaklah berdaftar dengan mana-mana agensi-agensi berikut:- Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM) / Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) / Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) sebelum atau pada 31 Ogos 2020
- Pemohon mestilah masih aktif dalam menjalankan perniagaan semasa permohonan dibuat
Lain-lain bantuan daripada kerajaan:
Senarai Bantuan | Nilai Bantuan |
---|---|
Bantuan Barangan Dapur RM100 Sebulan Isirumah | RM100 sebulan (3 bulan) |
Bantuan Khas Covid PKP 3.0 Isi Rumah & Bujang | RM100 – RM1300 (one-off) |
Pembayaran GKP 4.0
[adssulvo3]
Pembayaran RM1000 GKP 4.0 untuk pemohon baru akan dibuat terus ke akaun berdaftar penerima. Penerima mestilah memastikan akaun bank masih lagi aktif.
Pembayaran akan dibuat secara 2 fasa iaitu pada September dan November.
Pemohon boleh mula membuat permohonan baru GKP 4.0 bermula pertengahan Julai ini Portal GKP.
Permohonan Baru GKP 4.0
Permohonan baru boleh dibuat terus melalui portal GKP – gkp.hasil.gov.my sehingga 31 Julai 2021
Anda boleh follow kami di Telegram Bantuan Kerajaan untuk mendapatkan info terkini bantuan GKP ini.
Sekiranya anda mempunyai sebarang persoalan mengenai bantuan Geran Khas Prihatin ini, anda boleh terus menghubungi menghubungi Hasil Care Line di talian 03-8911 1000 / 603-8911 1100 (Luar Negara).
Untuk semakan Permohonan GKP boleh dibuat pada awal Jun 2021 nanti.
Leave a Reply to LATIF BIN MOHAMAD SHAHAR Cancel reply