Para ibu tunggal kini boleh memohon Bantuan Ibu Tunggal B40 RM200 Sebulan untuk membeli barangan keperluan asas seharian mereka.
Bantuan Ibu Tunggal B40 RM200 Sebulan
Kerajaan Selangor telah mengumumkan program Kasih Ibu Smart Selangor (KISS).
KISS merupakan sebuah program untuk membantu para ibu dan ibu tunggal dari golongan B40 dengan bantuan kewangan bagi pembelian barang keperluan asas dengan had RM200 sebulan di pasaraya dan kedai berdaftar.
Nota: Antara bantuan ibu tunggal yang pernah diberikan kerajaan adalah Bantuan Ibu Tunggal (BKIT) RM300 PENJANA (sudah ditutup).
Setiap ibu atau ibu tunggal yang layak akan menerima Kad KISS dan boleh terus membeli barangan keperluan dengan hanya scan kad (cashless) di kedai atau pasaraya yang terpilih.
Penerima boleh menggunakannya untuk membeli barangan seperti:
- Daging, ayam, ikan
- Beras
- Lampin pakai buang (bayi dan dewasa)
- Produk tenusu
- Mi dan bihun
- Roti
- Biskut
- Telur
- Gula dan garam
- Rempah ratus, sos kicap dan sebagainya
- Tepung
- Minyak masak
- Sayuran dan buah-buahan
- Sabun, bahan pencuci dan kelengkapan mandi
- Barangan persekolahan
Ibu tunggal juga boleh memohon Bantuan Susu Formula untuk anak-anak kecil.
Syarat Kelayakan KISS
Antara syarat kelayakan untuk para ibu memohon bantuan RM200 sebulan ini adalah:
- Mestilah berdaftar sebagai pemohon BSH di bawah kategori pendapatan bawah RM2000 atau tersenarai sebagai golongan miskin atau miskin tegar di pengkalan data eKasih
- Seorang warganegara Malaysia
- Lahir di Selangor atau menetap di Selangor melebihi 10 tahun
- Pemilih berdaftar di Negeri Selangor
- Ibu tunggal yang mempunyai anak/tanggungan di bawah umur 18 tahun atau di bawah umur 21 tahun untuk yang masih berpengajian tinggi.
- Pendapatan isi rumah bawah RM2,000 sebulan
Baca: Permohonan Kad Sejahtera – Rawatan Perubatan Percuma Sehingga RM500 Setahun
Cara Memohon
Mereka yang berminat untuk memohon bantuan ini boleh memohon secara manual (offline) dan juga online.
Permohonan secara Manual:
1. Muat turun Borang Program KISS ini.
2. Lengkapkan borang dan maklumat diperlukan.
3. Borang yang telah lengkap boleh diserahkan ke Pejabat Ahli Dewan Negeri / Penyelaras Dewan Negeri / Pejabat Exco Kebajikan Kerajaan Negeri Selangor.
Permohonan secara Online:
1. Boleh mohon secara online di Permohan KISS Selangor.
Anda boleh join Grup Info Bantuan Kerajaan untuk senarai bantuan kerajaan terkini.
Jika memerlukan bantuan mengenai Program Kasih Ibu Smart Selangor ini, anda boleh terus hubungi pihak pengurusan di talian hotline 1800-22-6600, talian telefon 03-5525 6900.
Untuk senarai kedai terpilih, anda boleh rujuk pada Senarai Kedai Berdaftar KISS.
{ 6 comments… read them below or add one }
Nk bantuan tolonglah saya
Saya dari johor… kalau saya nak mohon boleh tak…
sya nak mohon bantuan boleh ke..tp sya x pernah berdaftar utk pemilihan disebabkan suami tidak izinkan..
Saya nk memohon sbb suami baru mula bekerja selepas dibuang kerja sbb pkp aryto….sedangkan sy plk ad malah kesihatan yg xmengizinkan sy bekerja…mslah kekurangan drh dlm bdn n buah pinggang serta kncg manis30
Kemaskini bkc
YAHO