Pemberian Bantuan Internet RM100 seorang kepada setiap pelajar yang berkelayakan. Jom semak sekarang!
BANTUAN INTERNET RM100 kepada pelajar
Kerajaan Negeri Perak telah mengumumkan pemberian Bantuan Internet RM100 setiap seorang untuk pelajar-pelajar yang akan menduduki peperiksaan SPM Tingkatan 5, STPM dan STAM menerusi Pakej Rangsangan Ekonomi (PRE).
Ini bagi membantu pelajar-pelajar ini mendapat capaian internet yang baik dan membuat persediaan dikala pembelajaran dibuat daripada rumah.
Antara syarat kelayakannya adalah:
- Calon Pelajar Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2020
- Calon Pelajar Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia (STPM) 2020
- Calon Pelajar Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) 2020
Anda juga boleh semak Bantuan Laptop Percuma dan Bantuan Kredit RM100 e-Wallet untuk pelajar.
Cara Memohon Bantuan Internet RM100
Untuk calon pelajar dari sekolah / institusi di Perak, anda tidak perlu memohon kerana ianya akan disalurkan secara automatik melalui PIBG sekolah masing-masing.
Manakala bagi calon persendirian, anda dikehendaki membuat permohonan kepada Pejabat Kewangan Negeri Perak bersama dokumen berikut:
- Salinan dokumen yang menyatakan pemohon adalah calon persendirian peperiksaan SPM, STPM dan STAM di negeri Perak pada tahun 2020
- Salinan Kad Pengenalan pelajar
- Salinan Akaun Bank (yang menyatakan nama pemilik amaun)
Sila hantarkan permohonan sebelum atau pada 15 Januari 2021 (hari Jumaat).
Sekiranya anda memerlukan sebarang info dan bantuan, anda boleh terus menghubungi Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Perak di talian 052095083 / 5024 / 5027 / 5822 / 5829.
{ 5 comments… read them below or add one }
Kerajaan negeri kedah bila pula nak bagi bantuan?
Saya sangat memerlukannya
Saya sangat memerlukan wang itu…
saya sangat memerlukan bantuan tersebut.tq
870328085765
0182942342
kredit semula 100 e wallet