Kini anda boleh menuntut Bantuan Jaringan Prihatin dengan YES dan dapatkan telefon pintar atau smartphone percuma dengan pelan yang ditawarkan.
Bantuan Jaringan Prihatin Telefon Pintar YES
Penerima bantuan BPR atau B40 khusunya kini boleh menuntut smartphone percuma melalui Bantuan Jaringan Prihatin yang ditawarkan oleh syarikat telekomunikasi YES.
Antara pelan yang ditawarkan adalah:
[adssulvo1]
- Yes Prihatin Belajar Dari Rumah Individu (RM150)
- Yes Prihatin Belajar Dari Rumah Keluarga (RM300)
Dan yang lebih menariknya, kedua-dua pelan dari YES ini menawarkan telefon pintar dan data percuma kepada anda berbanding telco lain dimana hanya pelan RM300 sahaja layak menuntut bantuan smartphone.
Ini adalah barangan yang anda boleh tuntut daripada mana-mana bantuan selama setahun tanpa sebarang deposit, kontrak mahupun bayaran:
- telefon pintar
- data internet
- baucer RM50 Shopee
- akses portal pembelajaran Learn-From-Home
Jika anda pengguna Celcom, Maxis, Digi dan Tunetalk, anda boleh refer cara Penebusan Bantuan Jaringan Prihatin ini.
Cara Menuntut Bantuan Smartphone YES
- Semakan Kelayakan
Untuk menuntut Bantuan Jaringan Prihatin YES ini, anda perlu membuat semakan kelayakan dahulu:
[adssulvo2]
1. Pergi ke Portal Prihatin YES – https://prihatin.yes.my/.
2. Masukkan nombor kad pengenalan dan klik ‘Submit’.
3. Sekiranya anda layak, anda boleh refer step seterusnya.
Anda juga boleh mohon telefon percuma YES untuk anak anda yang masih bersekolah.
- Daftar Pengguna Baru
Untuk pengguna baru, anda boleh daftar dan dapatkan simkad percuma.
1. Pergi ke Pendaftaran Baru YES – http://appstore.yes.my/ywos/sigup.
2. Klik ‘Mulakan’.
3. Pilih pelan ‘YES Prihatin’.
4. Isikan maklumat peribadi dan klik ‘Sahkan’ bila siap.
- Cara Tuntut Telefon & Data Internet Percuma
Untuk pengguna sedia ada, anda dikehendaki install app MyYES dahulu sebelum menuntut.
[adssulvo3]
1. Install app MyYES
2. Pilih ‘YES Prihatin Belajar Dari Rumah’
3. Pilih ‘Rujuk Keluarga B40’
4. Pilih pelan yang dikehendaki dan klik ‘Seterusnya’
5. Semak maklumat dan klik ‘Hantar’
Follow Telegram Bantuan Kerajaan untuk mendapat info Bantuan Telefon Pintar nanti.
Leave a Reply to Anonymous Cancel reply