Berita baik yang ditunggu-ditunggu oleh rakyat Malaysia, sebelum ini, Tan Sri Muhyiddin Yassin ada menyatakan akan mengusulkan cadangan untuk menaikkan Bantuan JKM dari RM300 Kepada RM1000 sebulan untuk membantu rakyat yang memerlukan.
Dan hari ini, Tan Sri Muhyiddin Yassin ketika berucap di Kudat untuk program ramah mesra bersama sahabat Amanah Ikhtiar mengatakan bahawa Bantuan RM1000 Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) ini akan dilaksanakan tahun depan.
Mekanisme dan cara pelaksanaannya akan diumumkan semasa pembentangan Belanjawan 2021 oleh Menteri Kewangan dalam persidangan Dewan Rakyat yang akan diadakan pada September depan.
[adssulvo3]
Tambahnya lagi; “Saya telah bincang di Kabinet, kita hendak tengok bagaimana hendak tentukan kumpulan yang paling teruk terjejas di bawah ini bantuannya akan ditambah.”
Bantuan JKM 2020
[adssulvo2]
Antara bantuan yang anda boleh mohon adalah:
1. Bantuan Kanak-Kanak (BKK) – RM100 sebulan hingga RM450 sebulan sebulan
2. Elaun Pekerja Cacat (EPC) – RM400 sebulan
3. Bantuan OKU Tidak Berupaya Bekerja (BTB) – RM250 sebulan
4. Bantuan Penjagaan OKU Terlantar/ Pesakit Kronik Terlantar (BPT) – RM350 sebulan
5. Bantuan Orang Tua (BOT) – RM350 sebulan
6. Bantuan Am Persekutuan (BA) – RM100 sebulan hingga RM350 sebulan
7. Bantuan Anak Pelihara (BAP) – RM200 sebulan hingga RM500 sebulan
8. Bantuan Latihan Perantis (BLP) – RM200 sebulan
9. Bantuan Geran Pelancaran (GP)
10. Bantuan Alat Tiruan/ Alat Sokongan (BAT)
11. Tabung Bantuan Segera (TBS)
Untuk memohon, anda boleh download Borang Permohonan Bantuan JKM atau terus ke pejabat JKM yang terdekat dengan anda. [adstextapply]
Jika terdapat sebarang masalah atau pertanyaan mengenai permohonan bantuan JKM ini, anda tinggalkan komen dibawah ini.
Sila kongsikan dan sebarkan artikel ini. Semoga ia membantu lebih ramai orang yang memerlukan bantuan ini.
Carian:
- https://jawatanmalaysia net/bantuan-jkm-rm1000/
Leave a Reply to Zubaidah bt kunjumon Cancel reply