Cari Jawatan Kosong Disini.
Generic selectors
Exact matches only
Search in title
Search in content
Post Type Selectors
Post image for Permohonan Bantuan Kanak-kanak 2021 (BKK) RM1000 Sebulan

Permohonan Bantuan Kanak-kanak 2021 (BKK) RM1000 Sebulan

in Berita semasa

Buat ibubapa atau penjaga yang mempunyai anak-anak dalam jagaan yang berumur 18 tahun kebawah boleh memohon Bantuan Kanak-kanak 2021 (BKK) sehingga RM1000 Sebulan untuk 1 keluarga.

Bantuan Kanak-kanak 2021 (BKK) RM1000 Sebulan

Bantuan Kanak-kanak 2021 atau BKK adalah bantuan daripada Jabatan Kebajikan Masyrakat (JKM) yang diberikan khas untuk membantu keluarga / penjaga / kanak-kanak untuk meneruskan kelangsungan hidup dan anak-anak mendapat jagaan sempurna.


Datuk Seri Rina binti Mohd Harun, Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat telah mengumumkan kenaikan jumlah bantuan kanak-kanak RM1000 sebulan berbanding sebelum ini RM450 untuk satu keluarga.

Jumlah BKK lama:

  • Maksimum bagi seorang anak akan menerima RM 100.
  • Maksimum sebanyak RM 450 jika anak melebihi 4 orang.

Jumlah BKK 2021:

Kadar minimum adalah sebanyak RM150 sebulan seorang sehingga maksimum sebanyak RM1000 sebulan (keseluruhan) dengan pecahan seperti berikut:

  • Kanak-kanak berumur 7 tahun sehingga 18 tahun akan mendapat RM 150 (sebulan) seorang.
  • Kanak-kanak berumur 6 tahun dan ke bawah akan mendapat RM 200 (sebulan) seorang.
  • Maksimum sebanyak RM1,000 sekeluarga sebulan.

Anda juga boleh mohon bantuan:

Syarat Kelayakan BKK Jabatan Kebajikan Masyarakat

Antara syarat kelayakan untuk memohon bantuan JKM ini adalah:


1. Mestilah warganegara Malaysia dan bermastautin di Malaysia.

2. Pendapatan isi rumah tidak melebihi Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK) Purata Miskin Isi Rumah Semasa atau PGK Purata Miskin Per Kapita Semasa.

3. Kanak-kanak yang berumur di bawah 18 tahun (umur 18 tahun ke atas boleh dipertimbangkan jika bersekolah sehingga tamat menengah atas).

4. Mana-mana kes yang berkeperluan, layak dipertimbangkan dengan kelulusan Ketua Pengarah Kebajikan Masyarakat (KPKM).

Ibubapa juga boleh membuat Permohonan Bantuan Smartphone Percuma untuk anak-anak yang masih bersekolah.

Permohonan Bantuan Kanak kanak 2021 Secara Online

Berikut adalah panduan untuk memohon bantuan secara online:

1. Layari portal rasmi Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) di sini: eBantuan JKM

2. Klik DAFTAR PERMOHONAN ATAS TALIAN.

3. Klik DAFTAR PERMOHONAN

4. Pilih NEGERI pemohon.


5. Masukkan NOMBOR KAD PENGENALAN pemohon.

6. Klik DAFTAR.

7. Isikan MAKLUMAT PENDAPATAN seperti yang diminta.

8. Isikan MAKLUMAT KEPERLUAN BULANAN.

9. Klik KEPUTUSAN.

10. Permohonan anda sudah berjaya dihantar secara online tapi prosesnya masih belum siap.

11. Anda dikehendaki hadir ke Pejabat Kebajikan Masyarakat mengikut Daerah mana yang mohon dalam tempoh 14 hari dari permohonan dibuat diatas online. Sekiranya anda gagal ke pejabat JKM, sistem akan membatalkan permohonan tersebut secara automatik.

12. Sila bawa bersama dokumen berikut semasa ke pejabat JKM:

  • Salinan MyKad/ Kad Pengenalan Pemohon
  • Salinan MyKad /Kad Pengenalan ahli keluarga yang tinggal bersama
  • Salinan Kad OKU/ slip pendaftaran sementara OKU (Jika Kategori OKU)
  • Salinan penyata pendapatan / surat akuan pendapatan (jika bekerja sendiri)
  • Salah satu Bil Utiliti (air/elektik/telefon/astro)
  • Laporan pegawai perubatan dari hospital / klinik kesihatan kerajaan / swasta (bagi kes OKU tidak bekerja / terlantar / kronik / alat tiruan)

Baca: Permohonan Tablet Android Percuma Untuk B40 2021

Anda juga boleh memohon secara manual dengan hadir terus ke mana-mana Pejabat JKM yang berdekatan dengan anda.

Anda memudahkan urusan, anda boleh muat-turun Borang Permohonan dibawah ini:

  1. JKM 18 (Borang Permohonan Bantuan)
  2. Borang Kemaskini Maklumat JKM 20

Jika terdapat sebarang masalah atau pertanyaan mengenai permohonan bantuan JKM ini, anda tinggalkan komen dibawah ini atau hubungi talian Jabatan Kebajikan Masyarakat Jabatan : 03 – 8000 8000.

Sila kongsikan dan sebarkan artikel ini. Semoga ia membantu lebih ramai orang yang memerlukan bantuan ini.

{ 57 comments… read them below or add one }

Ardi bin abd kadir January 19, 2021 at 3:15 pm

Assalamualaikum, nak tanya anak saya umur 7 bulan, ada kh layak saya untuk memohon bantuan ini?

Reply

chong weng kee January 19, 2021 at 6:03 pm

isi semula kredit kelulusan semak.
sile hatar emel bayaran .
870328085765

Reply

Aza January 19, 2021 at 6:58 pm

Saya banyak kali pergi mohon tp banyak alasan diaorg bg.ank saya nk masuk 5org kcik2 lg.suami kerja kg.mnumpang rumh mertua.rumh pun uzur.dgn jaga mertua lg.mtua umo 70thun pun x dpt bntuan kbajikan..dah susah btambah susah..susah sgt nk dpt bntuan pun.

Reply

Anoy February 1, 2021 at 4:41 pm

Saya doakan akak murah rezeki.. Inshallah

Reply

Norazida binti Norman January 19, 2021 at 7:49 pm

Saya seorang surirumah sepenuh masa. Mempunyai anak berumur 11 tahun. Rumah sewa sebulan rm500

Reply

nuarina January 19, 2021 at 7:49 pm

saya mohon smartphone dah berkali2 tidak dapat padahal ank3 orang masih belajar masing belajar atas talian data internet dah lah tak bgi malahan kita pulak modal.ini kah belajar atas talian baik sekolah je lebih baik lagi puas hati.

Reply

Maisarah January 20, 2021 at 12:01 am

Assalamualaikum, saya ingin bertanya bagaimana untuk saya membuat permohonan ini?

Reply

Nadirah shawal January 20, 2021 at 12:20 am

Assalamualaikum..sy nak bertanya jika penerima bantuan bulanan (bkk) rm400 adakah perlu membuat permohonan baru atau kemaskini permohonan?

Reply

AdminJawatanMalaysia.net January 20, 2021 at 8:41 am

rujuk pejabat jkm terus

Reply

Mohd fadhil azizan January 20, 2021 at 12:22 am

Hai.. Nak tanya kalau saya dah berpisah dengan ibunye.. Dan saya menjaga 2 orang anak.. Boleh tak mohon

Reply

AdminJawatanMalaysia.net January 20, 2021 at 8:41 am

boleh cuba jika memenuhi kelayakan

Reply

AaaaaaaaAaaaaaaaaaaawawqaaaaa January 20, 2021 at 4:22 pm

A

Reply

Norhasminda January 20, 2021 at 1:07 am

Assalamualaikum kalau umur 1 tahun boleh mohon tak

Reply

AdminJawatanMalaysia.net January 20, 2021 at 8:40 am

boleh cuba jika memenuhi kelayakan

Reply

Siti fatihah binti mhd firdaus January 20, 2021 at 6:20 am

Macam sye ade seorang berumur 5 tahun boleh ke dapat bantuan macam ni…

Reply

AdminJawatanMalaysia.net January 20, 2021 at 8:40 am

boleh cuba jika memenuhi kelayakan

Reply

siti mariam omar January 20, 2021 at 9:05 am

bila tarikh tutup permohonan ini..

Reply

Norayni majid January 20, 2021 at 9:23 am

Assalamualaikum,kenapa saya mohon.. keputusan tak dapat.. padahal saya ada dua orang anak baby… sekang pkp x berkerja lagi

Reply

Anonymous January 20, 2021 at 9:26 am

Saya pn dh mohon depa ckp byak sgt ank 5 4org skolah thun 2021 sy suri rumah suami tak bkerja lg tgh mencari kami mkn ap yg ad kdang2 mkn telor hari2

Reply

Salwa January 20, 2021 at 11:09 am

Assalamualaikum..sy nk tnya klu sjami kerja gaji hanya dpt rm1200 sebulan ank 1tahun dn 6tahun blh mohon ke..

Reply

Shah January 20, 2021 at 4:57 pm

Saya golongan B40 anak dlm tanggungan 3 org ,sewa rumah rm 450 sbln,layak lah saya memohon utk bantuan dari jkm
#sgt2 memerlukan

Reply

Anonymous January 20, 2021 at 8:04 pm

Saya dh berkali2 memohon untuk ank saya yg ada penyakit jantung..pegawai jkm buat endah x endah je lepas tu..banyak pihak hospital rekomen dh minta tolong jkm,tp saya buat diam saja sdgkn dh banyak kali saya cuba.

Reply

erni farahana binti indra ernawan January 20, 2021 at 9:09 pm

saya ada anak sorang,saya tgh susah sekarang.semoga rezeki sya dapat bantuan ini.terima kasih

Reply

Nini ida January 20, 2021 at 9:38 pm

Sya bru Jew mohon..smlm org JKM tlfon kta peruntukan untuk ank2 sek xde..pelik jgk..dlm nie kta ada..sy anak dh 5 org 4 org sek..bolh kta peruntukan untuk ank2 xde..tp org kg Sya mohon ank 3 Lum sek LG..dpt..omg..

Reply

Nor khairi January 20, 2021 at 10:11 pm

Jika isteri dapat bantuan dari jkm (menjaga anak oku terlantar) layak ke mohon bantuan anak yang RM1000 tu?

Reply

Norasia binti ismail January 21, 2021 at 1:04 am

Sy dh buat pendaftaran online utuk bantuan kanak2…saya tak ada penyata pendapatan kerana saya keja kedai makan gaji hari…jadi saya tak perlu bawak penyata gaji kan…

Reply

Salmia January 21, 2021 at 1:10 am

Pihak jkm meminta saya untuk hadir ke pjbt jkm pada 25hb jan 2021 Dan bawa bersama dokumnt yang di minta…
masaalah saya sekarang di tempat Saya tidak di benarkan rentas Farrah Dan Saya Ada Anak yang masih kecil Dan tiada siapa yang boleh jaga…
Ada Cara lain Tak yang saya boleh buad?

Reply

Anonymous January 21, 2021 at 1:11 am

*rentas daerah

Reply

Siti Murni Mohd Suhani January 22, 2021 at 6:04 pm

Ni semue tipu, nak sedapkan hati je. Tengok macam senang je nk dapat. Bile dah nk mohon, macam2 mintak supaya jadi makin sulit. Barang siapa menyuliskn urusan orang lain, ALLAH swt akn menyulitkan urusannya didunia dn akhirat. Tiada sifat Ehsan langsung.

Reply

eqin March 21, 2021 at 5:52 pm

betul laa puan.. makin rumit pulak

Reply

Salmia January 21, 2021 at 1:16 am

Pihak jkm meminta saya untuk hadir ke pjbt jkm pada 25hb jan 2021 Dan bawa bersama dokumnt yang di minta…
masaalah saya sekarang di tempat Saya tidak di benarkan rentas daerah Dan Saya Ada Anak yang masih kecil Dan tiada siapa yang boleh jaga…
Ada Cara lain Tak yang saya boleh buad?

Reply

Rahidag January 21, 2021 at 7:20 am

Saya dh isi borang hr tu gak jkm pangil iv sy ad ank 5 skolah 4 thun ni jkm kata sy msih kiat masih mampu kja.kata nk bantu tuk ank2 umur 18 thun kebawah sy pn tak paham apa syart yg jkm nak pn tak tau sy tak bkerja suami kerja berenti pastu krja tak menetap

Reply

Zai January 22, 2021 at 12:57 am

Memohon kat jkm ni mcm lepas batuk di tangga je.. Ckp bg bantuan mohon itu ini last2 sekali haram dapat.jkm zakat dua2 sama.. X boleh pakai.. Org klu mohon bantuan menipu ke x..tu antara dia dgn tuhan. Sudah2 lah menyusahkan org isi borang itu ini.. Tp hampeh

Reply

KAVINES January 23, 2021 at 2:34 pm

Kavjsjwkwlwolwkwkwkkw

Reply

Linda February 4, 2021 at 10:37 am

Kenpa sgat susah nak isi borang ni.., banyak iklan kacau, tengah2 isi dia keluar balik. Nak cari balik dhlah susah. Kerja banyak nak setel kat rumàh… 🙁

Reply

Boy January 22, 2021 at 1:02 am

Sudah2 lah.. Cakap nk bg bantuan itu ini.. Last2 bt org mcm sampah.. Bantuan haram jadah

Reply

Mohamad Akromi January 22, 2021 at 1:22 am

Macam Saya,Saya Mahu Mohon Bantuan Jkm Yang Baru..Sb Bantuan Yang Lame Sy Telah Disekat..Tapi Dlm Borang JKM Perlukan Salah Satu Bank Sahaja..Bsn,Cimb,Bank Islam..Sy Cuma Ada Maybank Sahaja..Sebab Cimb,Bsn,Bank Islam Saya Disekat..Tidak Boleh Buat Kad Baru..Buat Rayuan Dan Bukti JKM Pun,Tidak Boleh Buat Kad Baru..Bolehkah Saya Memohon Bantuan Dan Isi Ruang Bayaran Melalui Akaun Maybank..

Reply

Anonymous January 22, 2021 at 2:26 am

Kalau tidak berdaftar dengan e-Kasih layak ke nak mohon bantuan ni?mohon penjelasan dari pihak JKM

Reply

Siti Murni Mohd Suhani January 22, 2021 at 6:05 pm

Ni semue tipu, nak sedapkan hati je. Tengok macam senang je nk dapat. Bile dah nk mohon, macam2 mintak supaya jadi makin sulit. Barang siapa menyulitkn urusan orang lain, ALLAH swt akn menyulitkan urusannya didunia dn akhirat. Tiada sifat Ehsan langsung.

Reply

Sofia January 25, 2021 at 10:10 pm

Maaf. saia nak tanya, kalao saia print borang lepastuh nak kena isi pakai computer atau pen jeh bole.

Reply

Noorarizal akmal January 24, 2021 at 8:30 am

Mcm mna nak tukar bantuan yang lama untuk ke yang baru mohon perjelasan

Reply

Cti January 24, 2021 at 1:13 pm

Slm..
Info :
■Bekas banduan..bru bebas penjara
■suami PTI(blik negara asl,nikah kampung x daftar dgn Jbtn Agama Islam, lost contact)
■3 org ank(xsah taraf,blom daftar JPN,Xda sijil lahir)
■tgl smntra d rmh arwh ibu mertua d kwsn rmh setinggan penempatan sementara PTI. bersama ank 3 org..
■adakah sy layak mohon bantuan & apakah bamtuan yg ble sy mohon
###Urgent & Sgt mmerlukan bantuan (kwgn blnan, bantuan mknan & utk urus pndftaran dan bt sijil lahir anak 3 0rg)
###Respon A.S.A.P pls..

Reply

ANoy February 1, 2021 at 4:43 pm

Ramai rakyat Malaysia yang memerlukan bantuan. Sedih rasanya..Kalau la saya jutawan , blh la sy mudahkan urusan semua org.

Reply

norliza February 4, 2021 at 8:54 am

nak mohon bantuan dr jkm negeri sarawak secara online , tapi masalahnya baru nak daftar , pilihan untuk daftar bhgn negeri Sarawak takde lah.. Macam mana tu ..

Reply

Nor Aziah Omar February 4, 2021 at 10:52 am

Assalamualaikum….saya nk tanya, mcmmana nk isi borang permohonan BKK tu? linknya saya tidak jumpa pun.
Borang BKK tu nk kna isi online ke atau print permohonan tu?

Reply

Lee March 5, 2021 at 2:37 pm

Sila tanya documen boleh hantar dalam talian atau jambatan sana punya Email untuk semakan detalis tak

Reply

Nor Aini bin Dollah March 13, 2021 at 8:29 am

Saya ibu tunggal , mohon bantuan ibu tunggal, segala borang2 dan dokumen dah hantar…tapi masih belum terima apa2 feedback.
Sebenarnya bantuan ni berapa puluh tahun baru jkm nak bertindak ye…

Reply

UJI MASTURA April 4, 2021 at 4:00 am

Sy nk tye cmne nk isi bantuan bkk

Reply

Mael April 4, 2021 at 4:19 pm

Bagaimana status pasangan mempunyai seorang anak ber umur 4 tahun layak tk saya tuk memohon BKK, sumber pendapatan saya tidak menentu bekerja sendiri.

Reply

NOORAZLIANA BT MOHAMED ADNAN June 2, 2021 at 6:37 pm

Sy seowg ibu tunggal mpunyai seowg anak berumur 7thn.bantuan apa yg layak sy mohon.tetimakasih

Reply

Ira June 8, 2021 at 10:05 am

Saya seorang pemegang pr tetapi syarat kelayakan hanya untuk warganegara sahaja.bagaimana dengan anak2 saya yang merupakan warganegara ?adakah mereka tidak layak mendapat bantuan dari kerajaan hanya kerana ibu mereka pemegang pr. Terima kasih.

Reply

Anonymous June 13, 2021 at 1:05 pm

Saya ibu tunggal anak 4 org..saya x pernah meberima apa apa bantuan..bpn x dapat bpr pon x lulus mcm mana sy nk buat yg ni pulak..

Reply

Jue June 13, 2021 at 1:10 pm

Sy ibu tunggal anak 4orang saya tidak pernah menerima apa apa bantuan bpn bpr saya buat semua tak lulus anak saya 12 tahun 15 tahun 17 tahun 19 tahun..

Reply

Kamasniza binti Mohd Haris June 15, 2021 at 9:37 pm

Assalamualaikum mint maaf kepada encik dan cik,saya tiada website..saya seorang ibu tunggal ada anak seorang bawah jagaan saya umur 8 tahun,saya dapat tahu pejabat JKM dan daerah tutp buat masa ini pasal kpkp,jadi jika saya sudah siap isi borang permohonan. Dimana. Saya perlu hadir untuk hantar borang. Dan dokumen yang lain2.. itu saja masalah dan pertanyaan saya… Assalamualaikum…

Reply

Mohammad salleh bin jaani June 29, 2021 at 4:59 am

Salam, sya seorang balu yg yg memikul tanggungjawab kepada 4 orang anak yg brumur,12 thn, 11 thn, 9thn dan 5 thn.yg masih bersekolah.keempat empat anak ini adalah warganegara Malaysia sementara sy bapa kandung kpd empat beradik ini hanya memegang sijil lahir yg d keluarkan jpn..keempat empat anak ini mengikut taraf kewarganegaraan arwah ibu mereka..soalan sy…boleh kah sy memohon bantuan BKK ini untuk keempat empat anak sy ini,sy harap d beri jawapan boleh atau ndak boleh harap d jawap sepenuh nya..mah kasih

Reply

Hawari July 23, 2021 at 11:59 am

Saya Cuba daftar jkm tak lepas utk submit sbb bila Minta I’d pasangan tidak Sama format kerana isteri saya pakai passport ..Minta penjelasan utk saya boleh daftar utk Mohon bantuan dengan jkm

Reply

Abdul manang July 24, 2021 at 7:43 am

Saya merupakan penerima kebajikan golongan bantuan am.boleh ke saya memohon utk bantuan anak anak

Reply

Leave a Comment


Jawatanmalaysia.net merupakan portal kerja kosong Malaysia 2020 yang menghimpunkan jawatan kosong kerajaan dan juga kerja kosong swasta terkini. Para majikan juga boleh iklankan jawatan kosong terbaru syarikat secara percuma disini.

Tentang Kami | Hubungi Kami | Penafian

© 2005-2023