Cari Jawatan Kosong Disini.
Generic selectors
Exact matches only
Search in title
Search in content
Post Type Selectors
Post image for Bantuan Keluarga Malaysia (BKM) RM2000

Bantuan Keluarga Malaysia (BKM) RM2000

in Berita semasa

Sebentar tadi, dalam pembentangan Belanjawan 2022, Kerajaan telah mengumumkan Bantuan Keluarga Malaysia (BKM) sehingga RM2,000 untuk rakyat.

Bantuan Keluarga Malaysia RM2000

permohonan bantuan keluarga malaysia

Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz, telah mengumumkan kerajaan akan memperkenalkan Bantuan Keluarga Malaysia BKM RM2000 untuk mengurangkan bebanan rakyat yang terkesan dengan pandemik COVID-19 dengan peruntukan sebanyak RM8.2 bilion.

Bantuan BKM ini adalah bantuan yang tertinggi berbanding Bantuan Prihatin Rakyat (BPR) sebanyak RM1,800 yang diterima rakyat sebelum ini.

Pemberian bantuan Keluarga Malaysia ini adalah mengikut kategori dibawah:

Kategori 1 :

  • Bantuan sebanyak RM2000
  • Pendapatan isi rumah bawah RM2500
  • Lebih 3 anak

Kategori 2 :

  • Pendapatan isi rumah atas RM2500
  • Mempunyai 1 hingga 2 anak : Bantuan sebanyak RM1500
  • Tiada anak : Bantuan sebanyak RM1000

Baca: Bantuan eWallet RM150 2022

Kategori 3 :

  • Bantuan sebanyak RM500
  • Ibu bapa tunggal yang mempunyai tanggungan
  • Pendapatan isi rumah bawah RM5000 sebulan

    Akan dapat RM500

Kategori 4 :
bantuan keluarga malaysia warga emas

  • Warga emas akan menerima bantuan RM300

Anda juga boleh mohon bantuan Warga Emas JKM RM500 untuk ibubapa anda.

Cara Memohon BKM

Cara memohon bantuan BKM ini masih belum diumumkan secara rasmi.

Kami akan kemaskini cara memohon di Grup Info Bantuan Kerajaan sekiranya terdapat info rasmi dari kerajaan.

Kerajaan juga mengumumkan kenaikan kelayakan Bantuan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) mengikut Paras Garis Kemiskinan Makanan 2019 daripada RM969 kepada RM1669.

{ 5 comments… read them below or add one }

Chu thiam ziong October 30, 2021 at 7:43 am

Bagus … Saya sebagai rakyat malaysia … Janganlah pilih bangsa dan agama , kita satu keluarga … Dalam bidang petanian pun nak bantu juga … Macam kami ada ladang dan contraktor kecil belum ada lesen , susah nak minta lesen kecil , susah nak dapat … Harap dapat bagi lesen dan lain-lain semua nak adil dan saksama ….

Reply

Phang li ngo January 11, 2022 at 4:17 pm

saya berharap kerajaan kali ini bkm boleh masuk dalam bank isteri sekarang anak saya satu orang yang tanggujawa ade setengahnya mempunyai tanggungan anak masih bersekolah skr suami i tak tanggujawa anak

Reply

maslina October 30, 2021 at 8:54 am

saya berharap kerajaan jangan memilih jika dah dapat bantuan GPK .bantuan BKM tidak dapat,kerana kebanyakkan perniaga yg tidak lulus BPR seblm nie mereka lulus GPK,sedang ade setengahnya mempunyai tanggungan anak2x yg masih bersekolah dan dalam keluaga yg sederhana..

Reply

Hamba Allah October 30, 2021 at 11:44 pm

Ye, betul tu.. saya setuju..utk bntuan perniagaan jgn di sama kn dgn bntuan keluarga..sbb masing² ad tnggungan ank²..ank² sy lyk terima bpr..tp disbb kn sy dpt bntuan gpk sy xlyk terima bpr..harap boleh pertimbangkan lagi kelayakan penerima gpk msih boleh terima bkm..sy harap budi baik tuan..terima kasih..

Reply

Cik man November 13, 2021 at 10:30 am

Nampaknya golongan yg hilang pndapatan, golongan yg kerja kampong serta golongan bujang b40 menelan liur mungkin..

Reply

Leave a Comment


Jawatanmalaysia.net merupakan portal kerja kosong Malaysia 2020 yang menghimpunkan jawatan kosong kerajaan dan juga kerja kosong swasta terkini. Para majikan juga boleh iklankan jawatan kosong terbaru syarikat secara percuma disini.

Tentang Kami | Hubungi Kami | Penafian

© 2005-2023