Kerajaan Johor telah mengumumkan berita gembira untuk rakyatnya pada pembentangan Belanjawan 2021 Negeri Johor iaitu Bantuan secara one-off untuk rakyatnya yang dikala terjejas ketika Covid-19 ini.
Bantuan One-off Kerajaan Johor RM500
[adssulvo1]
Bantuan ini merupakan bantuan wang tunai yang akan diberikan secara one-off kepada penerima yang layak.
Dan lebih menggembirakan lagi, kerajaan Johor tidak melupakan kepada pelajar di kalangan keluarga B40 yang belajar di IPTA/IPTS atau sekolah biasa, mereka akan menerima bantuan wang ringgit ini.
Kategori Penerima & Jumlah Bantuan
Berikut adalah senarai kategori penerima dan jumlah bantuan yang akan diberikan:
Kategori Penerima | Jumlah Bantuan |
---|---|
• 26,626 Penerima e-Kasih JKM | RM300 selama 2 bulan |
• 5205 pemilik teksi, teksi llimosi dan teksi lapangan terbang | RM500 |
• 7,159 penyewa premis, pasar awam, peniaga pasar malam dan pasar tani yang berdaftar PBT Johor | RM500 |
[adssulvo2] | |
• 35,000 mahasiswa anak Johor daripada keluarga B40 | RM150 |
• 2071 pengusaha bas sekolah berdaftar | RM500 |
• 20,000 pemandu dan penghantar makanan syarikat e-hailing | RM100 |
• Pelajar sekolah rendah dan menengah yang berasal dari keluarga B40 | RM100 |
Bagi keluarga yang mempunyai anak seramai lima orang dan masih bersekolah di peringkat rendah mahupun menengah, mereka akan menerima bantuan berjumlah RM500.
Cara Memohon Bantuan Covid-19 Kerajaan Johor
[adstextapply]
Cara memohon bantuan ini masih belum diumumkan secara rasmi lagi. Dan berkemungkinan besar ia menggunakan maklumat sedia ada daripada permohonan BSH dan BPN sebelum ini.
Jika terdapat sebarang info terkini, kami akan kemaskini disini.
Leave a Reply to Mohamad Azhar bin MD khalidi Cancel reply