bantuan-khas-covid isi rumah bujang wargaemas

Permohonan Bantuan Khas Covid 19 PKP 3.0 – Bantuan Wang Tunai Isi Rumah & Bujang RM100-RM1300

Sebentar tadi (28 Jun 2021 5.00 petang), Perdana Menteri telah mengumumkan Bantuan Khas Covid-19 (BKC) untuk rakyat terutama miskin tegar, B40 dan M40 yang terkesan ketika PKP 3.0 ini.

Bantuan Khas Covid-19 (BKC) RM1300

pm umum bantuan pkp 3.0 b40

Selepas Bantuan Pemerkasa+ RM500 sebelum ini, terbaru Perdana Menteri telah mengumumkan Bantuan Khas Covid-19 atau BKC melalui program baharu iaitu Pakej Perlindungan Rakyat dan Pemulihan Ekonomi (PEMULIH) dengan peruntukkan sebanyak RM4.6b.

[adssulvo1]

Bantuan ini akan diberikan kepada lebih 11 juta isi rumah, individu bujang dan warga emas. yang miskin tegar serta golongan B40 dan M40.

Melalui Bantuan Covid-19 ini, rakyat akan menerima bantuan wang ringgit berjumlah RM100 – RM1300 mengikut kelayakan.

Jangan lupa untuk membuat Semakan Bantuan Barangan Dapur RM100 Sebulan daripada kerajaan.

Kategori Bantuan Khas PKP 3.0

Kerajaan telah mengklasifikasikan bantuan kepada 3 golongan yang layak iaitu Miskin Tegar, B40 dan M40.

  • Kategori Miskin Tegar
Status Jumlah Bantuan
Isi Rumah RM1300
Warga Emas RM500
Bujang RM500

[adssulvo2]

  • Kategori Golongan B40
Status Jumlah Bantuan
Isi Rumah RM800
Warga Emas RM200
Bujang RM200
  • Kategori Golongan M40
Status Jumlah Bantuan
Isi Rumah RM250
Warga Emas RM100
Bujang RM100

Mohon: Permohonan Bantuan Zakat PKP 3.0 (Semua Negeri) 2021

Cara Pembayaran

Pembayaran akan dibuat secara 3 fasa iaitu:

  • Fasa 1 – Ogos
  • Fasa 2 – November
  • Fasa 3 – Disember

Cara Membuat Permohonan

Tiada sebarang info lagi yang diumumkan oleh kerajaan. Kami akan umumkan sekiranya terdapat pengumuman rasmi.

Anda boleh join Grup Bantuan Kerajaan ini untuk mendapatkan info kemaskini nanti.


Comments

31 responses to “Permohonan Bantuan Khas Covid 19 PKP 3.0 – Bantuan Wang Tunai Isi Rumah & Bujang RM100-RM1300”

  1. Terima kasih kepada pihak berkuasa kerajaan atas keprihatinan kerajaan terhadap rakyatnya demi meringankan beban rakyat yang sekarang dalam kesempatan hidup

  2. […] mengumumkan Bantuan Khas Covid 19 RM100-RM1300 untuk Isi Rumah & Bujang sebentar tadi, Perdana Menteri Muhyiddin Yassin telah mengumumkan pula bahawa Kumpulan Wang […]

  3. nama saya marcel peter david umur 45 tahun. anak saya 6 orang saya minta bantuan ini di sebap saya belum ada karja suda 2 bulan kalau dapat bantuan ini boleh merigan kan masaala keluarga saya dan terima kasih

    1. I need this job and my friends also need

  4. Nak buat bantuan mcm ini

    1. Siti aishah bt geminoh Avatar
      Siti aishah bt geminoh

      Blok C14/16 PPR Ampang Hilir Jlan Ampang Putra
      68100 Kuala Lumpur

    1. Sakinah Avatar
      Sakinah

      Ibu tunggal kpd satu anak. Tdk bekerja sejak bln puasa hari tu. Tq

    2. Khairul din Avatar
      Khairul din

      Mencari bantuan sebab dah setengah tahun hilang pendapatan kerana tidak boleh bekerja …hutang makin byak sbb x mampu lg bayar

  5. Noraini anak panjau Avatar
    Noraini anak panjau

    Kenapa di katakan BPN terlah di kreditkan ke akaun tapi bila kita check tiada kemasukan pula…

  6. zaidi bin othlan Avatar
    zaidi bin othlan

    sy perlu bantuan.. sbb dh x berkerja sejak pkp

  7. santhi Avatar
    santhi

    kenapa saya x layak untuk bantuan ?

    1. MACAM MANA NAK MOHON BANTUAN NI? SAYA TAK TAU CAM MANA CARA DIA…ADA YANG BOLEH TOLONG TAK..SEBAB SAYA TAK PERNAH DAPAT BANTUAN-BANTUAN MACAM INI SEUMUR HIDUP SAYA..SAMPAI SAYA JUAL TIN KOSONG SAJA UNTUK BERTAHAN HIDUP MASA COVID NI…DAH LAH KENA BUANG KERJA.TAK ADA BANTUAN SARA HIDUP LAGI..SAUDARA PUN ADA TANGGUNGAN SENDIRI..SAYA DAH UMUR 27 TAHUN BELUM BERKAHWIN..

  8. Dinesh Avatar
    Dinesh

    Macam mana buat permohonan baharu

  9. busra bin ismail Avatar
    busra bin ismail

    sy pesara tentera umur 59 dan isteri 60..bagaimana cara sy nk mohon bantuan ini

  10. saya ibu tunggal seorang anak,saya tak bkerja,sakit diabetes,sakit skin kronik(saraf)anak bkrja tak tetap ikut kontrak ,skg tak bkerja saya tiada pendapatan tetap,tiada pencen dan kwsp

  11. Fuadi khan Avatar
    Fuadi khan

    Saya ingin memohon bantuan kerana saya sudah tidak berkerja selama 6 bulan, bantuan ini mampu menolong keluarga saya

  12. Siti aishah bt geminoh Avatar
    Siti aishah bt geminoh

    Blok C14/16 PPR Ampang Hilir Jlan Ampang Putra
    68100 Kuala Lumpur

  13. Muhammad irfan abdullah Avatar
    Muhammad irfan abdullah

    Sudah lama x kerja sejak pkp tu.sy ada 5 org anak rumah pun x ada nak mohon kerja x ada waktu ni pkp terus.simunjan sarawak

  14. tolong kasi bantuan I ta boleh buka kedai I ade 4 anak suami I I orang bukan wargenegara

    1. Assalamualaikum,saya ibu tungal tidak pernah berkahwin, sudah berumur 23.hidup saya betul2 memerlukan bantuan dri jkm ,saya ada 2 orang anak kandung sendiri dan saya jaga seorang diri .sejak pkp saya da tak berkerja atas sebab sekolah tutup.sy berkerja dikantin sekolah ,tempat tingal sewa,makanan hanya kais pagi mkn pagi,sejak keadaan covid19 kerja hilang,duit yang dapat dari kerajaan cuma duit bpr.itu hanya dpt bayar hutang,saya pernah mohon bantuan jkm,Ibu tunggal,e-kasih semua tiada respon documen semua saya da serahkan tapi sama jugak …minta maaf sebab comment ini.keadaan yang benar benar berlaku saya tulis ini,

  15. […] Bantuan Khas Covid PKP 3.0 Isi Rumah & Bujang […]

  16. MOHD NOORHAN BIN HAJI AHMAD Avatar
    MOHD NOORHAN BIN HAJI AHMAD

    Encik saya mohon kepada encik blh kah percepatkan bantuan wang ringgit untuk saya dan keluarga saya ini dlm serba serbi tiada wang ringgit untuk membeli baranggan keperluan kami sekeluarga saya harap blh dipercepatkan bantuan kami

  17. Roshidi bin yahaya Avatar
    Roshidi bin yahaya

    pada siapa sy harus merayu?? dulu sy mendapat duit bantuan Brim.selepas bercerai 2018 sehinga hari ini satu bantuan tidak dpt…rayuan dibuat namun sy tak dapat kemukakan surat cerai kerana berkahwin dithailand…anak amak ada bersama sy..bekas isteri dh berkahwin dan terus mendapat bantuan atas permohonan brim sy yg dahulu..tolong sy selesaikanny..mohon sgt sgt..rakyat marhein

  18.  Avatar
    Anonymous

    Kat mana nk check kelayakan eh..sy golongan b40, tp xdapat bsh sbb dh dh terima gkp..mohon pncerahan yea..sy ibu tunggal ank dua

    1. Sy Ravichandran Avatar
      Sy Ravichandran

      Sy kerja trip bila ade Trip bru jln gaji skrg sdh 3 bln tk trip byk cukup bln dpt rm1600 sy sjh kerja anak3 bini tk kerja rmh sewa byr bln 650 lgi 2 belanja rmh 500 utk motor minyak dan kerata lgi phone line 2 lgi susah la kalau ade normal sy bleh jln Trip byk tetapi bila lock down turuk sgkt

  19. MACAM MANA NAK MOHON BANTUAN NI? SAYA TAK TAU CAM MANA CARA DIA…ADA YANG BOLEH TOLONG TAK..SEBAB SAYA TAK PERNAH DAPAT BANTUAN-BANTUAN MACAM INI SEUMUR HIDUP SAYA..SAMPAI SAYA JUAL TIN KOSONG SAJA UNTUK BERTAHAN HIDUP MASA COVID NI…DAH LAH KENA BUANG KERJA.TAK ADA BANTUAN SARA HIDUP LAGI..SAUDARA PUN ADA TANGGUNGAN SENDIRI..SAYA DAH UMUR 27 TAHUN BELUM BERKAHWIN..

  20. YETHRAJ SIVARAJOO Avatar
    YETHRAJ SIVARAJOO

    ingin kan bantuan ini

Leave a Reply to Siti aishah bt geminoh Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *