Sebentar tadi (28 Jun 2021 5.00 petang), Perdana Menteri telah mengumumkan Bantuan Khas Covid-19 (BKC) untuk rakyat terutama miskin tegar, B40 dan M40 yang terkesan ketika PKP 3.0 ini.
Bantuan Khas Covid-19 (BKC) RM1300
Selepas Bantuan Pemerkasa+ RM500 sebelum ini, terbaru Perdana Menteri telah mengumumkan Bantuan Khas Covid-19 atau BKC melalui program baharu iaitu Pakej Perlindungan Rakyat dan Pemulihan Ekonomi (PEMULIH) dengan peruntukkan sebanyak RM4.6b.
[adssulvo1]
Bantuan ini akan diberikan kepada lebih 11 juta isi rumah, individu bujang dan warga emas. yang miskin tegar serta golongan B40 dan M40.
Melalui Bantuan Covid-19 ini, rakyat akan menerima bantuan wang ringgit berjumlah RM100 – RM1300 mengikut kelayakan.
Jangan lupa untuk membuat Semakan Bantuan Barangan Dapur RM100 Sebulan daripada kerajaan.
Kategori Bantuan Khas PKP 3.0
Kerajaan telah mengklasifikasikan bantuan kepada 3 golongan yang layak iaitu Miskin Tegar, B40 dan M40.
- Kategori Miskin Tegar
Status | Jumlah Bantuan |
---|---|
Isi Rumah | RM1300 |
Warga Emas | RM500 |
Bujang | RM500 |
[adssulvo2]
- Kategori Golongan B40
Status | Jumlah Bantuan |
---|---|
Isi Rumah | RM800 |
Warga Emas | RM200 |
Bujang | RM200 |
- Kategori Golongan M40
Status | Jumlah Bantuan |
---|---|
Isi Rumah | RM250 |
Warga Emas | RM100 |
Bujang | RM100 |
Mohon: Permohonan Bantuan Zakat PKP 3.0 (Semua Negeri) 2021
Cara Pembayaran
Pembayaran akan dibuat secara 3 fasa iaitu:
- Fasa 1 – Ogos
- Fasa 2 – November
- Fasa 3 – Disember
Cara Membuat Permohonan
Tiada sebarang info lagi yang diumumkan oleh kerajaan. Kami akan umumkan sekiranya terdapat pengumuman rasmi.
Anda boleh join Grup Bantuan Kerajaan ini untuk mendapatkan info kemaskini nanti.
Leave a Reply to Siti aishah bt geminoh Cancel reply