Cari Jawatan Kosong Disini.
Generic selectors
Exact matches only
Search in title
Search in content
Post Type Selectors
Post image for Bantuan Khas ‘One-off ‘ RM500 Kerajaan Perak

Bantuan Khas ‘One-off ‘ RM500 Kerajaan Perak

in Berita semasa

Kerajaan Perak telah mengumumkan peruntukan khas bantuan di bawah Pakej Rangsangan Ekonomi Negeri Perak Fasa Ke-4 (PRE Fasa 4) telah diluluskan dengan peruntukkan sejumlah RM9 juta.

1. Bantuan Khas One-off RM500


Bantuan RM500 akan diberikan kepada 9,361 peniaga dan penjaja kecil serta usahawan mikro di negeri ini di bawah Pakej Rangsangan Ekonomi Negeri Perak Fasa Ke-4 (PRE Fasa 4).

Dan kerajaan Perak berharap dengan bantuan ini dapat meringankan beban peniaga-peniaga ketika ini.

Ini merupakan bantuan kali kedua yang diberikan selepas kerajaan negeri menyalurkan bantuan tunai RM500 dalam PRE Fasa 2 sebelum ini.

2. Geran Prihatin Usahawan Perak (GeRUP)

Kerajaan negeri juga telah bersetuju menambah dana sehingga RM2.7 juta untuk Geran Prihatin Usahawan Perak (GeRUP) untuk membantu lebih ramai usahawan mikro yang terjejas akibat penularan Covid-19 ini.

GeRUP merupakan bantuan kewangan secara one-off berjumlah RM3,000 dan boleh dimohon secara online di https://gerup.smecorp.gov.my atau boleh terus ke Agensi Pembimbing PKS Negeri Perak.

3. Pengecualian Sewaan Gerai Makan


Inisiatif lain di bawah PRE Fasa 4 adalah mengecualikan sewaan gerai makan milik pihak berkuasa tempatan (PBT) bagi tempoh sebulan (November 2020) dengan peruntukan sebanyak RM1.63 juta.

Inisiatif akan dinikmati oleh 10,335 peniaga dan penjaja kecil di kesemua 15 PBT seluruh negeri Perak.

Carian:
  • bantuan kerajaan perak
  • bantuan rakyat perak

{ 6 comments… read them below or add one }

Nurhayati bt othman November 21, 2020 at 9:01 am

Bantuan 500

Reply

SUHAINI BINTI SULAIMAN November 24, 2020 at 1:49 pm

Bantuan 500

Reply

Mohammad Firdaus November 27, 2020 at 7:37 pm

Bantuan 500

Reply

Shamsul December 3, 2020 at 7:10 pm

Cara mohon bantuan khas negeri perak untuk pemandu e hailing.

Reply

Selvaraju a/l arjunan December 13, 2020 at 9:33 pm

Minta bantuan

Reply

Jamilah December 20, 2020 at 1:14 am

Bantuan 500

Reply

Leave a Comment


Jawatanmalaysia.net merupakan portal kerja kosong Malaysia 2020 yang menghimpunkan jawatan kosong kerajaan dan juga kerja kosong swasta terkini. Para majikan juga boleh iklankan jawatan kosong terbaru syarikat secara percuma disini.

Tentang Kami | Hubungi Kami | Penafian

© 2005-2023