Bantuan Khas ‘One-off ‘ RM500 Kerajaan Perak

Kerajaan Perak telah mengumumkan peruntukan khas bantuan di bawah Pakej Rangsangan Ekonomi Negeri Perak Fasa Ke-4 (PRE Fasa 4) telah diluluskan dengan peruntukkan sejumlah RM9 juta.

1. Bantuan Khas One-off RM500

[adssulvo1]

Bantuan RM500 akan diberikan kepada 9,361 peniaga dan penjaja kecil serta usahawan mikro di negeri ini di bawah Pakej Rangsangan Ekonomi Negeri Perak Fasa Ke-4 (PRE Fasa 4).

Dan kerajaan Perak berharap dengan bantuan ini dapat meringankan beban peniaga-peniaga ketika ini.

Ini merupakan bantuan kali kedua yang diberikan selepas kerajaan negeri menyalurkan bantuan tunai RM500 dalam PRE Fasa 2 sebelum ini.

2. Geran Prihatin Usahawan Perak (GeRUP)

Kerajaan negeri juga telah bersetuju menambah dana sehingga RM2.7 juta untuk Geran Prihatin Usahawan Perak (GeRUP) untuk membantu lebih ramai usahawan mikro yang terjejas akibat penularan Covid-19 ini.

GeRUP merupakan bantuan kewangan secara one-off berjumlah RM3,000 dan boleh dimohon secara online di https://gerup.smecorp.gov.my atau boleh terus ke Agensi Pembimbing PKS Negeri Perak. [adstextapply]

3. Pengecualian Sewaan Gerai Makan

[adssulvo2]

Inisiatif lain di bawah PRE Fasa 4 adalah mengecualikan sewaan gerai makan milik pihak berkuasa tempatan (PBT) bagi tempoh sebulan (November 2020) dengan peruntukan sebanyak RM1.63 juta.

Inisiatif akan dinikmati oleh 10,335 peniaga dan penjaja kecil di kesemua 15 PBT seluruh negeri Perak.

Carian:
  • bantuan rakyat perak

Comments

6 responses to “Bantuan Khas ‘One-off ‘ RM500 Kerajaan Perak”

  1. Nurhayati bt othman Avatar
    Nurhayati bt othman

    Bantuan 500

  2. SUHAINI BINTI SULAIMAN Avatar
    SUHAINI BINTI SULAIMAN

    Bantuan 500

  3. Mohammad Firdaus Avatar
    Mohammad Firdaus

    Bantuan 500

  4. Cara mohon bantuan khas negeri perak untuk pemandu e hailing.

  5. Bantuan 500

Leave a Reply to Jamilah Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *