bantuan zakat majlis agama johor covid

Permohonan Bantuan Khas Tambahan Minhah Covid-19 RM200

Majlis Agama Islam Negeri Johor (MAINJ) kini membuka permohonan Bantuan Tambahan Khas COVID-19 atau Minhah COVID19 untuk mereka yang betul-betul terjejas dan memerlukan bantuan akibat COVID-19 ketika ini.

Dijangkakan seramai 17,000 individu yang terjejas ketika ini akan mendapat manfaat daripada bantuan khas Majlis Agama Islam Negeri Johor.

Dan sekiranya anda dan keluarga betul-betul memerlukan bantuan ini, anda boleh buat permohonan sekarang sehingga 20 Disember 2020.

Bantuan Khas Minhah Covid-19

Permohonan Bantuan Khas Tambahan Minhah Covid-19Melalui Bantuan Khas Minhah Covid-19, mereka yang layak akan menerima bantuan sebanyak RM200.

Dan antara syarat kelayakan untuk memohon bantuan ini adalah:

[adssulvo2]

  1. Pemohon mestilah warganegara Malaysia dan beragama Islam
  2. Pemohon telah bermastautin di Negeri Johor sekurang-kurangnya untuk tempoh 3 tahun
  3. Pemohon bukannya penerima bantuan bulanan MAINJ

Kerajaan Johor juga ada mengumumkan Bantuan ‘One-Off’ Sehingga RM500 Untuk Untuk Rakyat Johor Termasuk Pelajar sebelum ini.

Cara Memohon Bantuan Khas Minhah

bantuan covid majlis agama johorSemua borang permohonan adalah secara online dan permohon perlu memohon mengikut Daerah masing-masing.

1. Sila klik Daerah masing-masing dibawah untuk borang permohonan:

[adssulvo2]

2. Kemudian isi alamat email pemohon dan klik butang ‘Next’.

3. Isi maklumat peribadi pemohon dan klik butang ‘Next’.

4. Muat naik dokumen-dokumen yang diperlukan.

5. Akhir sekali, klik butang ‘Submit’ untuk menghantar permohonan.

Diingatkan sekali lagi, tarikh tutup permohonan adalah pada 20 Disember 2020. Sila buat cepat-cepat.

 

Berikut adalah senarai dokumen-dokumen yang diperlukan:

[adstextapply]

  • Salinan Kad Pengenalan
  • Salinan Kad Pengenalan pasangan
  • Slip gaji pemohon atau pengesahan pendapatan pemohon (jika berkenaan)

Anda juga boleh memohon membuat Permohonan Zakat Kecemasan MAIWP RM500.

Jika anda mempunyai sebarang masalah dan pertanyaan mengenai bantuan ini, anda boleh terus menghubungi pihak Majlis Agama Islam Negeri Johor di talian 07-2282929 atau terus ke FB rasmi: Majlis Agama Islam Johor.

Perhatian: Ibubapa kini boleh memohon bantuan telefon dan internet percuma untuk anak anda.


Comments

One response to “Permohonan Bantuan Khas Tambahan Minhah Covid-19 RM200”

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *