Pada Belanjawan 2021 lepas, kerajaan telah mengumumkan Program Jaringan PRIHATIN dan penerima akan menerima bantuan kredit RM180 seorang.
Ini adalah satu inisiatif kerajaan untuk mengurangkan beban yang ditanggung rakyat kerana terpaksa melanggan internet untuk tujuan pembelajaran atau pekerjaan dari rumah.
Bantuan Kredit Telekomunikasi RM180 Seorang
Bantuan Kredit Telekomunikasi adalah salah satu Program Jaringan PRIHATIN.
Melalui bantuan ini, kerajaan akan memberikan bantuan RM180 dalam bentuk kredit telekomunikasi kepada lebih kurang 8 juta penerima daripada golongan B40.
Dan penerima bantuan kredit ini boleh menggunakannya untuk belanjawan langganan internet, atau menampung sebahagian kos pembelian telefon pintar baru.
Anda juga boleh memohon bantuan smartphone dan internet percuma dari YES.
Cara Memohon Bantuan Komunikasi
Buat masa ini, masih tiada pengumuman rasmi daripada kerajaan bagaimana bantuan ini akan diberikan.
Bagaimanapun, kerajaan hanya mengumumkan program ini dijangka bermula pada Mac 2021 nanti.
Tapi berkemungkinan besar, data mungkin diambil daripada permohonan Bantuan Sara Hidup sebelum ini.
Kami akan kemaskini info terbaru disini selepas mendapat info dari kerajaan.

{ 6 comments… read them below or add one }
saya seorang balu yang tidak mempunyai anak dan tidak mempunyai pekerjaan.Boleh dan layak kah saya menerima atau memohon bantuan JKM?
boleh cuba
Saya seorang suri rumah, anak 3 dan suami tidak mempunyai pendapatan. Layakkah saya menerima bantuan JKM
SAYA MEMPUNYAI 3 ORANG YNG MASIH BELAJAR ATAS TALIAN TIDAK DAPAT SEBARANG BANTUAN TERUTAMA BSH KERANA TIDAK LULUS DAN TIDAK SEMPAT MEMBUAT KEMASKINI KERANA PKP,PKPB SEGALA PERMOHONAN SEMUANYA TAK LAYAK HANYA LULUS I LESTARI JE..MCAMNE SAYA NK MEMBELI DATA BELAJAR ATAS TALIAN UNTUK ANAK2 SAYA
boleh rujuk Bantuan Laptop dan Internet Percuma Untuk B40 untuk anak2
Assallamuailaikum saya azuan ,di besarkan di rumah tunas harapan payong seri sejahtera jkm ,sampai besar 18 tahun,sekarang ni saya tak tahu macam mana nak mohon bantuan jkm ,kerana saya tiada siapa siapa di dunia ini ..
Dari kecik sampai sekarang ni ,saya tak pernah melihat waajah emak ayah saya …