Pada Belanjawan 2021 lepas, kerajaan telah mengumumkan Program Jaringan PRIHATIN dan penerima akan menerima bantuan kredit RM180 seorang.
Ini adalah satu inisiatif kerajaan untuk mengurangkan beban yang ditanggung rakyat kerana terpaksa melanggan internet untuk tujuan pembelajaran atau pekerjaan dari rumah.
Bantuan Kredit Telekomunikasi RM180 Seorang
Bantuan Kredit Telekomunikasi adalah salah satu Program Jaringan PRIHATIN.
Melalui bantuan ini, kerajaan akan memberikan bantuan RM180 dalam bentuk kredit telekomunikasi kepada lebih kurang 8 juta penerima daripada golongan B40.
[adssulvo1]
Dan penerima bantuan kredit ini boleh menggunakannya untuk belanjawan langganan internet, atau menampung sebahagian kos pembelian telefon pintar baru.
Anda juga boleh memohon bantuan smartphone dan internet percuma dari YES.
Cara Memohon Bantuan Komunikasi
[adssulvo2]
Buat masa ini, masih tiada pengumuman rasmi daripada kerajaan bagaimana bantuan ini akan diberikan.
Bagaimanapun, kerajaan hanya mengumumkan program ini dijangka bermula pada Mac 2021 nanti.
Tapi berkemungkinan besar, data mungkin diambil daripada permohonan Bantuan Sara Hidup sebelum ini.
Kami akan kemaskini info terbaru disini selepas mendapat info dari kerajaan.
Leave a Reply to KHAIRUL Cancel reply