Menteri Pengajian Tinggi, YB Dato’ Dr. Noraini Ahmad telah mengumumkan Bantuan Laptop dan Internet Percuma Untuk pelajar B40 pada 30 Oktober yang lepas.
Ianya adalah salah satu inisiatif kerajaan disebabkan IPTA/IPTS yang terpaksa ditutup akibat Covid-19 dan menyebabkan pelajar terpaksa meneruskan pembelajaran daripada rumah secara online.
Bantuan Laptop & Internet Percuma B40
Bantuan Laptop dan Data Internet Percuma adalah disasarkan untuk semua pelajar universiti daripada keluarga B40 oleh Kementerian Pengajian Tinggi (KPT).
[adssulvo1]
Dengan adanya bantuan ini, pelajar dapat meneruskan sesi pembelajaran di rumah dengan selesa dan sempurna.
Pelajar juga boleh mohon Bantuan Smartphone Percuma B40.
Cara Memohon Bantuan Laptop Percuma B40
Untuk bantuan ini, pelajar juga tidak perlu memohon. Pihak universiti akan menghubungi pelajar yang layak.
Bagi pelajar yang layak, mereka akan menerima komputer riba percuma, pemberian wang tunai, pinjaman laptop sepanjang pengajian dan juga bantuan pinjaman kewangan istimewa bagi pelajar memperolehi laptop.
Pelajar-pelajar ini akan mula menerima secara berperingkat bermula November 2020.
Anda boleh join Grup Bantuan Kerajaan ini.
Cara Memohon Bantuan Pelan Data B40
Bagi bantuan internet percuma ini, pelajar B40 tidak perlu membuat permohonan pihak HEP universiti akan menghubungi pelajar tersebut berdasarkan kelayakan.
Atau pelajar boleh terus menghubungi pihak HEP untuk menyemak kelayakan masing-masing.
Kepada yang layak, anda akan menerima bantuan dalam bentuk kad sim. Bagaimanapun, ada juga pihak universiti yang memberikan bantuan dalam bentuk wang tunai (terus ke akaun bank).
Bantuan Laptop & Internet Untuk Semua Pelajar IPT
Kepada pelajar bukan B40, jangan risau. Anda masih boleh menerima bantuan harga istimewa untuk Pelan Data dan Laptop.
[adssulvo2]
Bantuan ini diberikan kepada semua pelajar UA, IPTS, Politeknik dan Kolej Komuniti.
Ibubapa juga boleh mohon Bantuan Kredit Telekomunikasi RM180 Untuk Golongan B40 yang akan dibuka nanti.
Cara Mohon Tawaran Istimewa Pakej Laptop
Untuk menikmati bantuan harga laptop khas untuk pelajar IPT ini, anda hanya perlu membuat pembelian terus secara online di kedai rasmi tersebut seperti dibawah:
- Acer – https://store.acer.com/en-my/promotion/students
- Samsung – https://shop.samsung.com/my/samsung-education-store
- Apple – https://www.apple.com/my/education/higher-education
[adstextapply]
Cara Mohon Pakej Pelan Data Pelajar
Untuk menikmati bantuan harga istimewa ini, pelajar boleh terus ke kedai telco Celcom, Maxis atau Digi berhampiran dengan mengemukakan Kad Pengenalan dan Kad ID pelajar.
Pelajar juga boleh mohon PEMERKASA: Bantuan eWallet RM150 untuk memeli barangan harian.
CELCOM
MAXIS
[adssulvo3]
DIGI
Jika anda ada sebarang pertanyaan dan masalah mengenai bantuan internet dan laptop pelajar ini, anda boleh pergi ke facebook Kementerian Pengajian Tinggi.
Leave a Reply to Datu anak senggau Cancel reply