bantuan-pakaian persekolah-maiwp

Bantuan Pakaian & Peralatan Persekolahan Baitulmal RM250 – RM400 Seorang

Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan atau MAIWP telah memudahkan proses pengagihan bantuan pakaian dan peralatan persekolahan bagi sesi 2021.

Para penerima Bantuan Pakaian & Peralatan Persekolahan boleh terus hadir ke pasaraya atau kedai terpilih untuk mendapatkan pakaian dan peralatan sekolah.

Bantuan Pakaian & Peralatan Persekolahan Baitulmal MAIWP

bantuan pakaian peralatan sekolah maiwp

Melalui Program MAIWP KASIH ASNAF, MAIWP sekali lagi dengan rasa bertanggungjawab hadir memberi bantuan kepada golongan asnaf untuk membeli keperluan sekolah secara percuma.

Bantuan ini diberikan kepada mereka yang mempunyai anak di sekolah rendah dan juga sekolah menengah.

Setiap individu yang layak akan menerima kredit voucher RM250 – RM400 yang diberikan mengikut sekolah.

[adssulvo1]

Sebagai contoh bagi Sekolah Rendah / Lelaki / Tidak Bersekolah Agama akan menerima bantuan sebanyak RM250 manakala Sekolah Rendah / Lelaki / Bersekolah Agama akan menerima bantuan RM400.

Dan kredit voucher ini boleh ditebus di kedai-kedai terpilih yang telah disenaraikan oleh MAIWP.

Baca: Permohonan Zakat Kecemasan MAIWP RM500

Kadar Bantuan Dan Barangan Penebusan

Kadar bantuan yang diberikan adalah RM250 – RM400 mengikut jenis sekolah.

Cara Penebusan Bantuan Persekolahan MAIWP

Bagi mereka yang layak, anda perlu membuat penebusan bermula 23 Disember 2020 sehingga 30 April 2021.

Berikut adalah cara untuk membuat penebusan:

1. Terus ke mana-mana kedai/pasaraya terpilih.

2. Pilih barangan keperluan (penerima bantuan diwajibkan untuk membeli barangan wajib terlebih dahulu yang telah ditetapkan oleh MAIWP).

[adssulvo2]

3. Serahkan MyKad / MyKid / Kad Pintar di terminal yang terletak di kaunter bayaran.

4. Juruwang akan mengimbas barang yang telah dipilih di terminal dan di POS.

5. Juruwang memasukkan jumlah pembelian di terminal pembayaran.

6. Masukkan 6-Digit Pin pertama yang tertera di MyKad / MyKid / Kad Pintar di terminal.

7. Resit akan dicetak setelah selesai. Sila pastikan anda menyemak baki akaun pada resit dan simpan resit tersebut sebagai rujukan.

Untuk senarai pasaraya/kedai terpilih, sila rujuk Portal MAIWP.

Semakan Kelayakan

Untuk mengetahui samada anda layak menerima bantuan persekolahan ini, anda boleh terus membuat semakan di Portal MAIWP dibawah:

semakan bantuan sekolah

[adstextapply]

Sekiranya anda memerlukan bantuan dan pertanyaan, anda boleh terus menghubungi MAIWP :

  • Kuala Lumpur – 011 6254 2728 / 011 5920 909476 / 011 633 41373
  • Putrajaya – 013 851 3066 / 08 741 9594 / 08 7419 716
  • Labuan – 011 594 96216

Bagi mereka yang tidak layak, Kerajaan juga ada menyediakan Bantuan Awal Persekolahan RM100.00 Untuk Murid-murid Tahun 1 Hingga Tingkatan 5.

Carian:
  • https://jawatanmalaysia net/bantuan-pakaian-peralatan-persekolahan/

Comments

11 responses to “Bantuan Pakaian & Peralatan Persekolahan Baitulmal RM250 – RM400 Seorang”

  1. Rajaletchumy Avatar
    Rajaletchumy

    Nama Raji saya seorang ibu tunggal anak saya darjah dua tahun ini tlng anak saya bantuan ini terima kasih

  2. Nursyazila Avatar
    Nursyazila

    terima kasih kerana membantu

  3. Klinsis Binti Haliman Avatar
    Klinsis Binti Haliman

    Saya ada anak 4 orang dengan suami terdahulu.dan kena menjaga ibu yang sakit kronik buah pinggang dan adik oku mental

  4. Saya kumari 4 org anak saya nak bantuan .Tolong Please

  5. S.gayathri Avatar
    S.gayathri

    Saya anak 4 orang SEKOLAH menengah tahun ini,yang seorang tahun ini masuk tingkatan 1,jadi nk beli barang SEKOLAH baru semua.tolong saya

    1. Roseila mahmud Avatar
      Roseila mahmud

      saya roseila ada 4 orang anak sekolah rendah 2 orang sekolah menengah 2 orang saya inngi minta bantuan untok belih barang skola anak saya saya seorangcsuri rumah suami berkerja senderi di tamu buat masa sekaran belum dapat minjual lagi tq

  6. saya magaswary ada 5 orang anak 4orang anak sekolah 2 orang sekolah rendah 2 orang sekolah menengah saya ingin minta bantuan utk beli barang sekolah anak saya . Saya kerja rumah orang suami saya tidak kerana sakit . Sila tolong TQ.

  7. Ayaneswar a/l Krishnan Avatar
    Ayaneswar a/l Krishnan

    Saya Krishnan ingin meminta bantuan untuk 3 orang anak saya, 2 orang sekolah rendah dan lagi 1 orang sekolah menengah tahun ini yang tingkatan 1,jadi nk beli barang sekolah.
    Terima kasih

    1. Selverani Avatar
      Selverani

      Saya seorang ibu tunggal ingin miminta bantuan barang sekolah untuk anak saya, dua anak perempuan tingkatan 4,5,Dan yang lelaki tingkatan 1

  8. saya seorang ibu tunggal dan tidak bekerja… bagaimana caranya untuk memohon bantuan persekolahan anak ye
    harap ada yang membantu..

  9. Saya ada 2 orang anak.seorang tingkatan 2.dan seorang lagi tingkatan 3.ada ingin meminta bantuan untuk membeli barang sekolah anak-anak saya.

Leave a Reply to Klinsis Binti Haliman Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *