Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan atau MAIWP telah memudahkan proses pengagihan bantuan pakaian dan peralatan persekolahan bagi sesi 2021.
Para penerima Bantuan Pakaian & Peralatan Persekolahan boleh terus hadir ke pasaraya atau kedai terpilih untuk mendapatkan pakaian dan peralatan sekolah.
Bantuan Pakaian & Peralatan Persekolahan Baitulmal MAIWP
Melalui Program MAIWP KASIH ASNAF, MAIWP sekali lagi dengan rasa bertanggungjawab hadir memberi bantuan kepada golongan asnaf untuk membeli keperluan sekolah secara percuma.
Bantuan ini diberikan kepada mereka yang mempunyai anak di sekolah rendah dan juga sekolah menengah.
Setiap individu yang layak akan menerima kredit voucher RM250 – RM400 yang diberikan mengikut sekolah.
[adssulvo1]
Sebagai contoh bagi Sekolah Rendah / Lelaki / Tidak Bersekolah Agama akan menerima bantuan sebanyak RM250 manakala Sekolah Rendah / Lelaki / Bersekolah Agama akan menerima bantuan RM400.
Dan kredit voucher ini boleh ditebus di kedai-kedai terpilih yang telah disenaraikan oleh MAIWP.
Baca: Permohonan Zakat Kecemasan MAIWP RM500
Kadar Bantuan Dan Barangan Penebusan
Kadar bantuan yang diberikan adalah RM250 – RM400 mengikut jenis sekolah.
Cara Penebusan Bantuan Persekolahan MAIWP
Bagi mereka yang layak, anda perlu membuat penebusan bermula 23 Disember 2020 sehingga 30 April 2021.
Berikut adalah cara untuk membuat penebusan:
1. Terus ke mana-mana kedai/pasaraya terpilih.
2. Pilih barangan keperluan (penerima bantuan diwajibkan untuk membeli barangan wajib terlebih dahulu yang telah ditetapkan oleh MAIWP).
[adssulvo2]
3. Serahkan MyKad / MyKid / Kad Pintar di terminal yang terletak di kaunter bayaran.
4. Juruwang akan mengimbas barang yang telah dipilih di terminal dan di POS.
5. Juruwang memasukkan jumlah pembelian di terminal pembayaran.
6. Masukkan 6-Digit Pin pertama yang tertera di MyKad / MyKid / Kad Pintar di terminal.
7. Resit akan dicetak setelah selesai. Sila pastikan anda menyemak baki akaun pada resit dan simpan resit tersebut sebagai rujukan.
Untuk senarai pasaraya/kedai terpilih, sila rujuk Portal MAIWP.
Semakan Kelayakan
Untuk mengetahui samada anda layak menerima bantuan persekolahan ini, anda boleh terus membuat semakan di Portal MAIWP dibawah:
Sekiranya anda memerlukan bantuan dan pertanyaan, anda boleh terus menghubungi MAIWP :
- Kuala Lumpur – 011 6254 2728 / 011 5920 909476 / 011 633 41373
- Putrajaya – 013 851 3066 / 08 741 9594 / 08 7419 716
- Labuan – 011 594 96216
Bagi mereka yang tidak layak, Kerajaan juga ada menyediakan Bantuan Awal Persekolahan RM100.00 Untuk Murid-murid Tahun 1 Hingga Tingkatan 5.
Carian:
- https://jawatanmalaysia net/bantuan-pakaian-peralatan-persekolahan/
Leave a Reply to Selverani Cancel reply