Berita baik untuk ibubapa/penjaga yang tinggal di Sabah dimana kerajaan Sabah mengumumkan bantuan untuk pelajar sekolah dan yang melanjutkan pelajaran di IPT.
Bantuan Pelajar Sabah
Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Hajiji Mohd Noor telah mengumumkan kerajaan Sabah akan memberikan Bantuan Pelajaran untuk pelajar Sabah melalui skim:
[adssulvo1]
- Bantuan Khas Tunai Peperiksaan (Bakti) untuk pelajar sekolah
- Bantuan Tunai Pendaftaran Institusi Pengajian Tinggi (Budi) untuk pelajar IPT
Kerajaan Negeri telah memperuntukkan sebanyak RM12 juta untuk bantuan ini kepada pelajar yang layak.
Bantuan Khas Tunai Peperiksaan (Bakti)
Bantuan Khas Tunai Peperiksaan atau BAKTI adalah bantuan sebanyak RM200 seorang untuk pelajar sekolah.
[adssulvo2]
Bantuan ini akan diberikan kepada pelajar yang akan menduduki Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), semester akhir Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia (STPM) dan Sijil Tinggi Agama (STAM) bagi penghujung tahun 2021.
Baca: Permohonan & Semakan Bantuan Sabah Prihatin RM300
Bantuan Tunai Pendaftaran Institusi Pengajian Tinggi (Budi)
Bagi pelajar negeri Sabah yang akan melanjutkan pengajian ke institusi pengajian tinggi (IPT) mulai tahun 2021 akan menerima bantuan RM2,000 secara one-off.
Cara Memohon
[adstextapply]
Kami belum mendapat info secara tepat bagaimana peruntukkan ini akan disalurkan.
Bagaimanapun, kemungkinan besar untuk pelajar sekolah akan diberikan terus melalui sekolah kepada pelajar.
Manakala bagi pelajar IPT, perlu membuat permohonan berserta surat permohonan kemasukan universiti.
Kami akan kemaskini info terkini sekiranya terdapat perubahan maklumat.
Bagi ibubapa yang masih belum mohon Bantuan Smartphone Percuma untuk anak anda, anda boleh mohon sebelum ditutup.
Sumber: Berita Harian
Leave a Reply to RASIA BINTI MAJILAN Cancel reply