Perdana Menteri Malaysia, Tan Sri Muhyiddin Yassin dalam LIVE Perutusan Khas ‘Kita Prihatin’ yang disiarkan di media tadi telah mengumumkankan Bantuan Prihatin Nasional (BPN) 2.0 untuk rakyat Malaysia.
Bantuan Prihatin Nasional 2.0
*Kemaskini 15 Januari 2021
[adssulvo1]
Bantuan Prihatin Nasional 2.0 atau BPN 2.0 adalah sambungan daripada bantuan BPN yang diberikan sebelum ini yang memfokuskan kepada golongan B40 dan M40 dengan peruntukkan keseluruhan sebanyak RM7 billion melibatkan 10.6 juta penerima.
Kadar BPN 2.0 Mengikut Kategori Penerima
Kadar bantuan yang akan diberikan mengikut kategori penerima adalah:
- RM1000 untuk B40 isi rumah
- RM500 untuk B40 bujang
- RM600 untuk M40
- RM300 untuk M40 bujang
Baca: Permohonan & Semakan Geran Khas Prihatin 2.0 – Bantuan RM3000 Kepada PKS
Cara Memohon Bantuan BPN 2.0
[adstextapply]
Tiada permohonan perlu dibuat. Penerima bantuan BPN sebelum ini tidak perlu membuat sebarang permohonan baru.
Kerajaan akan menyalurkan terus kepada 10.6 juta penerima bantuan BPN sebelum ini.
Hanya pemohon baru sahaja yang perlu memohon.
Baca: 24 Sebab Permohonan BPN Tidak Diluluskan.
Semakan Permohonan Bantuan Prihatin 2.0
Bagi anda yang membuat permohonan baru atau rayuan BPN sebelum ini, anda sudah boleh membuat semakan permohonan BPN anda hari ini (15 Jan 2021) di Portal Rasmi BPN – https://bpn.hasil.gov.my.
Rujuk panduan semakan BPN 2.0.
Berikut adalah jumlah pembayaran yang anda akan terima:
Penerima BPN Sedia Ada (Fasa Kedua)
[adssulvo2]
- B40 Bujang – RM150
- B40 Isi Rumah – RM300
- M40 Bujang – RM100
- M40 Isi Rumah – RM200
Manakala bagi penerima baru, anda menerima jumlah penuh dengan bayaran penuh sekaligus.
Penerima BPN 2.0 Baharu
- B40 Bujang – RM500
- B40 Isi Rumah – RM1000
- M40 Bujang – RM300
- M40 Isi Rumah – RM600
[adstextapply]
Hanya masukkan nombor kad pengenalan anda yang anda daftarkan semasa memohon dan klik ‘Cari‘.
Tempoh Pembayaran
Tarikh bayaran baki BPN 2.0 2021 termasuk pemohon baru akan dibuat mulai 21 Januari 2021 secara berperingkat terus ke akaun anda.
- Golongan akan menerima pembayaran mulai 21 Januari 2021
- Golongan M40 akan menerima pembayaran mulai 25 Januari 2021
- Penerima tanpa bank akan menerima pembayaran mulai 25 Januari 2021 di cawangan Bank BSN
- Penerima si Sabah/Sarawak tanpa akaun bank akan menerima mulai awal bulan Februari sehingga 1 April 2021
Anda boleh rujuk pada artikel Tarikh Pembayaran BPN 2.0 untuk lebih lanjut.
Permohonan BPN 2.0 Untuk Pelajar
[adssulvo3]
Tiada permohonan yang dibuka untuk pelajar atau student sepenuh masa kerana kerajaan sudah menyalurkan bantuan melalui universiti seperti dinyatakan pada BPN 1.0 sebelum ini.
Namun begitu, para pelajar boleh mohon Bantuan Wang Ehsan ini.
*Sekiranya ada perubahan terbaru untuk pelajar, kami akan kemaskini untuk info anda.
Kerajaan berharap dengan bantuan ini, sedikit-sebanyak dapat menampung perbelanjaan sehari kehidupan rakyat Malaysia.
Semua perbelanjaan bantuan khas ‘Kita Prihatin’ ini melibatkan kos keseluruhan berjumlah RM10 billion.
Jika terdapat sebarang masalah atau pertanyaan mengenai bantuan prihatin 2.0 ini, anda tinggalkan komen dibawah.
Sila kongsikan dan sebarkan artikel ini. Semoga ia membantu lebih ramai orang yang memerlukan bantuan ini.
Leave a Reply to AdminJawatanMalaysia.net Cancel reply