tarikh pembayaran bpn 2021

(Terkini) Semakan Bantuan Prihatin Nasional (BPN) 2.0 – Kadar Bantuan • Maklumat Pembayaran • Cara Memohon • Rayuan Permohonan

Perdana Menteri Malaysia, Tan Sri Muhyiddin Yassin dalam LIVE Perutusan Khas ‘Kita Prihatin’ yang disiarkan di media tadi telah mengumumkankan Bantuan Prihatin Nasional (BPN) 2.0 untuk rakyat Malaysia.

Bantuan Prihatin Nasional 2.0

*Kemaskini 15 Januari 2021

pengumuman bantuan prihatin 2

[adssulvo1]

Bantuan Prihatin Nasional 2.0 atau BPN 2.0 adalah sambungan daripada bantuan BPN yang diberikan sebelum ini yang memfokuskan kepada golongan B40 dan M40 dengan peruntukkan keseluruhan sebanyak RM7 billion melibatkan 10.6 juta penerima.

Kadar BPN 2.0 Mengikut Kategori Penerima

Kadar bantuan yang akan diberikan mengikut kategori penerima adalah:

kadar bantuan bpn 2

  • RM1000 untuk B40 isi rumah
  • RM500 untuk B40 bujang
  • RM600 untuk M40
  • RM300 untuk M40 bujang

Baca: Permohonan & Semakan Geran Khas Prihatin 2.0 – Bantuan RM3000 Kepada PKS

Cara Memohon Bantuan BPN 2.0

[adstextapply]

Tiada permohonan perlu dibuat. Penerima bantuan BPN sebelum ini tidak perlu membuat sebarang permohonan baru.

Kerajaan akan menyalurkan terus kepada 10.6 juta penerima bantuan BPN sebelum ini.

Hanya pemohon baru sahaja yang perlu memohon.

Baca: 24 Sebab Permohonan BPN Tidak Diluluskan.

Semakan Permohonan Bantuan Prihatin 2.0

semakan-bpn20

Bagi anda yang membuat permohonan baru atau rayuan BPN sebelum ini, anda sudah boleh membuat semakan permohonan BPN anda hari ini (15 Jan 2021) di Portal Rasmi BPN – https://bpn.hasil.gov.my.

Rujuk panduan semakan BPN 2.0.

Berikut adalah jumlah pembayaran yang anda akan terima:

Penerima BPN Sedia Ada (Fasa Kedua)

[adssulvo2]

  • B40 Bujang – RM150
  • B40 Isi Rumah – RM300
  • M40 Bujang – RM100
  • M40 Isi Rumah – RM200

Manakala bagi penerima baru, anda menerima jumlah penuh dengan bayaran penuh sekaligus.

Penerima BPN 2.0 Baharu

  • B40 Bujang – RM500
  • B40 Isi Rumah – RM1000
  • M40 Bujang – RM300
  • M40 Isi Rumah – RM600

[adstextapply]

Hanya masukkan nombor kad pengenalan anda yang anda daftarkan semasa memohon dan klik ‘Cari‘.

Tempoh Pembayaran

Tarikh bayaran baki BPN 2.0 2021 termasuk pemohon baru akan dibuat mulai 21 Januari 2021 secara berperingkat terus ke akaun anda.

  • Golongan akan menerima pembayaran mulai 21 Januari 2021
  • Golongan M40 akan menerima pembayaran mulai 25 Januari 2021
  • Penerima tanpa bank akan menerima pembayaran mulai 25 Januari 2021 di cawangan Bank BSN
  • Penerima si Sabah/Sarawak tanpa akaun bank akan menerima mulai awal bulan Februari sehingga 1 April 2021

Anda boleh rujuk pada artikel Tarikh Pembayaran BPN 2.0 untuk lebih lanjut.

Permohonan BPN 2.0 Untuk Pelajar

bpn 2-0 pelajar student

[adssulvo3]

Tiada permohonan yang dibuka untuk pelajar atau student sepenuh masa kerana kerajaan sudah menyalurkan bantuan melalui universiti seperti dinyatakan pada BPN 1.0 sebelum ini.

Namun begitu, para pelajar boleh mohon Bantuan Wang Ehsan ini.

*Sekiranya ada perubahan terbaru untuk pelajar, kami akan kemaskini untuk info anda.

Kerajaan berharap dengan bantuan ini, sedikit-sebanyak dapat menampung perbelanjaan sehari kehidupan rakyat Malaysia.

Semua perbelanjaan bantuan khas ‘Kita Prihatin’ ini melibatkan kos keseluruhan berjumlah RM10 billion.

Jika terdapat sebarang masalah atau pertanyaan mengenai bantuan prihatin 2.0 ini, anda tinggalkan komen dibawah.

Sila kongsikan dan sebarkan artikel ini. Semoga ia membantu lebih ramai orang yang memerlukan bantuan ini.


Comments

76 responses to “(Terkini) Semakan Bantuan Prihatin Nasional (BPN) 2.0 – Kadar Bantuan • Maklumat Pembayaran • Cara Memohon • Rayuan Permohonan”

  1. Khairul bin Harun Avatar
    Khairul bin Harun

    Bagi yg sudah khwin sbelom ni bujang bpn xde kemaskini maklumat ke?

    1. AdminJawatanMalaysia.net Avatar
      AdminJawatanMalaysia.net

      tunggu pengumuman..mungkin bukak sekali dengan permohonan baru

      1. Mizz Luvyia Avatar
        Mizz Luvyia

        Cuba tgh page insta BROTHERHOOD JB, Tiada kemas kini.
        Masih menguna kan data BPN yg terdahulu

      2. Shafarul rizan bin Mohamad nazari Avatar
        Shafarul rizan bin Mohamad nazari

        Saya sudah memohon permohonan Baru bpn 2.0 pada October lalu, tapi sampai skarang permohonan Saya hanya tulis PERMOHONAN DI Terima.. Sampai bila Saya harus tunggu

  2. Untuk permohonan baru tiada tarikh lagi la ye?

    1. AdminJawatanMalaysia.net Avatar
      AdminJawatanMalaysia.net

      Dah dikemaskini. Permohonan baru pada 15 Oktober ni

    2. Nk tnya bpn 1.0 untk b40 sy dapt rm500..tp knapa untk 2.0 sy hanya dpt rm300.sdgkn sy x buat apa2 perubahn dan still b40

  3. Saya difahamkan BPN 2.0 diberikan mengikut data BPN 1.0. BPN 1.0 mengambil data pendapatan tahun 2019 dimana semua masih mempunyai pekerjaan dan gaji masih belum terjejas sedangkan data tahun 2020 pasti berubah ekoran kehilangan pekerjaan atau kekurangan pendapatan. Maksud di sini, mungkin ada sesetengah pihak yang bertukar dari golongan M40 ke B40. Jadi, adakah BPN 2.0 masih akan mengikut data BPN 1.0? Atau golongan terjejas boleh mengemaskini data pendapatan terbaru?

    1. AdminJawatanMalaysia.net Avatar
      AdminJawatanMalaysia.net

      golongan M40 kena buat permohonan baru yang akan dibuka pada 15 Oktober ni

  4. AkimZakaria Avatar
    AkimZakaria

    Macamana sekiranya nak tukar ke account lain? Boleh atau tidak? Terima kasih

    1. AdminJawatanMalaysia.net Avatar
      AdminJawatanMalaysia.net

      maksudnya?

      1. AkimZakaria Avatar
        AkimZakaria

        Maksudnya kalau sebelum ni bpn masuk ke cimb. Tapi nak tukar ke bank lain. Boleh ke?

      2. Pasang yg baru kahwin … Mcm mn plk…perlu kmaskini ker

    2. Kalau janda tak de tanggungan boleh mohon bpn tak umur dlm 32

      1. AdminJawatanMalaysia.net Avatar
        AdminJawatanMalaysia.net

        boleh

  5. boleh tak kemaskini data? saya harap boleh kemaskini data sebab ada pertukaran status hm

    1. AdminJawatanMalaysia.net Avatar
      AdminJawatanMalaysia.net

      15 oktober baru bukak utk permohonan baru dan kemaskini

  6. JANGAN LUPA UPDATE RM500 TAMBAH LAGI BPN2.0

  7. Refina Jimmy Avatar
    Refina Jimmy

    Hai boleh tanya..pasal suami saya..suami saya ni masih ada isteri sah yang masih ada surat nikah dengar isteri pertama dia..saya ni kira isteri kedua belum ada surat nikah lagi..tetapi suami saya dan isteri pertama dia sudah lama putus hubungan sudah 6tahun dia tak berhubung dengan isteri dia..tapi mereka belum cerai lagi masih ada surat nikah sampai sekarang..agak2 macam mana mahu letak status macam itu ya dalam mohon bpn 2 ni..

    1. Mizz Luvyia Avatar
      Mizz Luvyia

      Klau belum berdaftar lg, so masih gelaran Bujang coz data perkahwinan kamu xde dalam sistem Jbtan Agama

  8. SITI NURUL FATIHAH Avatar
    SITI NURUL FATIHAH

    Sebelum ini ketika BPN 1.0, saya masih internship jadi tidak lulus dan dianggap pelajar. Sekarang saya sudah selesai menghabiskan praktikal tetapi belum convocation kerana ditunda ke tahun hadapan. jadi adakah saya layak untuk mohon BPN 2.0 untuk bujang B40?

    1. Mcm mane nk tukar no account yg baru….yg lame dah x aktif.. dah try follow Cara nk buka…but x jmp nk Cari paparan borang….tolong jelaskn…Cara nk tukar no account..

  9. Kalau student boleh apply jugak tak eh? Indeed student lebih banyak perlukan bantuan rather than bujang yg ada pendapatan.

    1. AdminJawatanMalaysia.net Avatar
      AdminJawatanMalaysia.net

      student dah ada bantuan yang disalurkan melalui universiti. Blh rujuk pihak universiti masing-masing

      1. Stanley james Avatar
        Stanley james

        Kalau dah mohon bpn dulu ,,tak payah mohon lagi kah.
        Kalau bsh blm saya mohon,,bpn memang akn masuk ,,?

    2. Saya ada mohon bpn masa pkp. Saya dpt bantuan hanya1000 dan 600 saya tidak dpt. Suami saya ada 2 isteri. Saya yg ke2. Masaalah saya saya terputus hubungan dgn suami sudah lama lebih kurang 5 thn yg lalu. Saya tdk tahu dimana suami saya brada. Yg menjadi masaalah saya. Setiap bantuan saya mohon utk saya dan anak2 tidak dapat. Hanya dia dan isteri yg pertama yang dapat bantuan. Saya rasa tidak adil. Nafkah dah la x bagi langsung. Muka sia pun x nampak. Tapi bila saya mohon bantuan saya bersama anak2 tidak. So saya harap pehak bpn bertimbang rasa. Saya ada surat nikah sah. Saya mohon sangat2 dpt bantuan yg kerajaan berikan pd semua.

      1. AdminJawatanMalaysia.net Avatar
        AdminJawatanMalaysia.net

        puan perlu ke mahkamah utk uruskan hal perkahwinan puan agar tidak digantung tidak bertali dan memudahkan urusan puan

  10. Syafiq Ikhwan Avatar
    Syafiq Ikhwan

    sebelum ni saya menerima bantuan utk katagori pelajar, dan skrg saya dh habis belajar tetapi masih belum bekerja, adakah saya akan menerima BPN 2.0 atas katagori bujang? saya sudah 21 tahun ini

    1. Ya. Saya juga ingin bertanya soalan yang sama kerana saya baru sahaja tamat pengajian pada bulan ini.

  11. Norfaezrah Ajis Avatar
    Norfaezrah Ajis

    Hai nak tnya, klau dh abis belajar thun lepas dn blum convocation, tu msih status student ker, sbb classmeet sya yg sma2″ beljr dgn sya dh dpt rm500 pda BPN 1.0, dan sya jga dh inform pihak college tmpt sya beljar, brtnyakn status sya tekini msih student atau bukn student, dn respon bgi pihak college, status sya bukn lgi student, tpi dpt BPN 1.0, rm300 shaja. Adakh prmohonan bgi BPN 2.0 ini sya lyak trima rm500. Thank You

  12. Grace aiden Avatar
    Grace aiden

    Nak tnya bleh x tukar no acc msa kemaskini nnt?

  13. Saya dah bkahwin 20 tahun
    Suami saya dapat bpn utk status bujang
    saya check bpn nama saya tiada daftar lagi.
    Macamana yer

  14. Perlu contact siapa ya untuk tukar dah tak student, masuk nombor ic je kata student, padahal dah habis belajar. Tolonglah pihak yang berkenaan update. Atau kami perlu update atau contact mana2 pihak boleh bagitahu. Terima kasih.

    1. Suami saya dah lama tak kemaskini bsh. Masa pkp baru dia tahu dia pernah mohon sekali masa bujang. Skrg dah kahwin, mcm mana nak kemaskini data? Sbb bpn 1.0 haritu Kami dpt jumlah yang bujang sahaja. Saya harap 2.0 kalini dapat jumlah berkahwin.

  15. Saya nak tanya kalau pelajar dikatakan tidak akan dapat bantuan 2.0 ini tetapi dalam gambar ada tulis bahawa pelajar berhak mendapat rm200. Adakah rm200 itu semasa bpn 1.0 ataupun akan dapat sewaktu bpn 2.0 skli?

  16. MAAF BERTANYA.
    SEKIRANYA ISTERI MENERIMA BANTUAN BSH , SUAMI BOLEH MEMOHON JUGA TAK?

  17. Assalamualaikum, boleh bg penjelasan ttg bantuan utk balu dlm BPN 2.0.

  18. Sya pernah daftar tapi duit x masuk pun bila duit masuk

  19. Ruziwati Bt Marzuki Avatar
    Ruziwati Bt Marzuki

    BPN dapat tapi kenapa BSH tak lulus..baru tahun ni tak dapat BSH.masih boleh buat rayuan ke?

  20. Nik Nurshazmiyra Avatar
    Nik Nurshazmiyra

    Sebelum ini status saya adalah pelajar. tapi bulan 4 saya merupakan bujang dan bekerja. so sy kena buat rayuan bila? buat rayuan atau tidak?

  21. Masa bpn1.0 saya fulltime student tapi sekarang dah habis belajar.. boleh mohon bpn 2.0 ke?

  22. Juliani bte willie orow Avatar
    Juliani bte willie orow

    Saya ibu tunggal,tapi dlm status bpn sya penerima bujang..sedangkn sya ibu tunggal..ada perlu kemas kini atau buat permohonan baru

  23. Saya sebelum ini mendapat bantuan untuk pelajar namun saya sudah menghabiskan pengajian bulan 7 yang lalu namun masih belum bergraduasi. Sekarang saya sudah bekerja, adakah saya layak untuk memohon BPN untuk bujang?

  24. Muhammad riduan limg Avatar
    Muhammad riduan limg

    Sbelum ni bpn sy masuk rhb bank ,tp acount sy sdh tup sy buka bank baru BSN ,jd bagaimana skrg ya mhu kemaskini

  25. Mcm mn nak update akaun bank utk bpn 2.0..

  26. Nak tanya ni untuk O.K.U tak adakah peruntukan?

    1. DAYANG NORHIDAYAH Avatar
      DAYANG NORHIDAYAH

      Assalammualaikum .mohon mana2 bantuan yang berstatus khawin guna bocher minta isteri je boleh ambil . Status sy berkhawin tapi suami sy langsung tak bagi sy pun duit tu dari mula berkhawin sampai sekarang sy memang tak pernah pun rasa duit mana2 bantuan dari kerajaan .sangat lagi2 tengah pkp ni. nafkah sesen pun dia tak pernah bagi dr mula kawin sampai la skrg . Sy dgn suami sy tu memang tak pernah bersama .Sy ada anak yang bersekolah lagi2 pkp balik dh memang semua org perlu kan duit.

  27. Norsaiha sauyang Avatar
    Norsaiha sauyang

    Mohon kerajaan longgarkan syarat umur penerima bpn 2.0 kali ini untuk kategori bujang b40..dimana bpn 1.0 hanya bujang yg berumur 21 tahun sahaja layak menerima BPN 1.0 Sedangkan ada golongan bujang umur 19 tahun selepas SPM yang baru mula bekerja di kilang² yang juga turut sama terjejas akibat pandemik covid 19 tidak layak menerima BPN 1.0 atas faktor usia belum mencapai 21 tahun..Harap BPN 2.0 kali ini pihak kerajaan membuat penilaian semula mengenai faktor usia golongan bujang b40 memandangkan mereka juga turut sama terjejas.Terima kasih.

  28. Assalamualaikum, btw,saya ada mohon BPN tapi permohonan saya telah disekat pada penerimaan fasa ke2 sebab ada wanita lain yang telah mengguna pakai nama suami saya sebagai pasangan..dan saya telah merujuk hal tersebut d jheins dan nama tersebut tidak wujud dalam rekod perkahwinan sebagai isteri suami saya.. so,saya harap pihak yang berkenaan membatalkan nama wanita tersebut daripada mengguna pakai nama suami saya sebagai pasangan.Tidak adil untuk saya yang ada dokumen sah perkahwinan tetapi tidak mendapat bantuan dari nama suami saya lebih2 lagi saya ada anak 4 org dan status isteri sah dan pertama..macamna pulak wanita yang tidak ada surat nikah boleh lulus bantuan tersebut dengan mengguna pakai nama suami saya??. harap pihak berkenaan balas komen saya untuk tindakan selanjutnya.

  29. Ismail Zharif Avatar
    Ismail Zharif

    Assalamualaikum, saya ingin bertanya tentang permohonan bagi BPN 2.0. Saya tidak layak untuk menerima BPN sebelum ni kerana saya masih dalam status ‘Pelajar’. Tapi saya sudah tamat pengajian pada bulan 7 baru ini. Adakah saya sudah layak menerima BPN 2.0, dan jika layak, bagaimana untuk mengemaskini maklumat saya pada website bpn.hasil.gov.my?

  30. Saya penerima bpn 1.0 bujang. tetapi mengapa status saya untuk bpn 2.0 tidak layak. Bolehkah saya membuat rayuan untuk bpn 2.0???

    1. AdminJawatanMalaysia.net Avatar
      AdminJawatanMalaysia.net

      boleh buat rayuan

  31. Sy kerani kerani di sebuah company persiaran / pelancongan …sy x dpt bantuan kerana bkn pemandu bas….sy amat memerlukan bantuan UTK pelancongan

  32. Nk tnya bpn 1.0 untk b40 sy dapt rm500..tp knapa untk 2.0 sy hanya dpt rm300.sdgkn sy x buat apa2 perubahn dan still b40Pndptan still lg b40..mohon pencerahan..sebab sy ada anak seorang dibwah tanggungan sy yg berusia 4tahun

  33. Saya semak akaun cimb, saya terima rm200 je.. Bkn rm300 ke.. Bab saya golongn bujang b40..

  34. Saya dah pergi pejabat untuk update status saya dari bujang ke status berkawin tapi kenapa bila check online maklumat masih sama dan tiada bantuan yang masuk dalam akaun

  35. Nabil Hannan Avatar
    Nabil Hannan

    Student yang baru masuk belajar sebelum pkpb layak ke mohon? Macam mane nk mohon? Sbb sebelum ni xde mohon x lyk

  36. rinah binti esnain Avatar
    rinah binti esnain

    tumpang tnya bila boleh dapat no boucer saya area sandakan

  37. Student memang tak dapat bantuan apa” eh? Especially student borneo yang stranded. Nak mohon bantuan kita prihatin tak lepas sebab umur baru 19 tahun

    1. Kenapa i belum dapat wang yang di bagi oleh bpn sedangkan i dah diluluskan.ia hanya menulis PROSES KEMASKINI sahaja dan bilakah baru i dapat wang bpn itu???

  38. Untuk yg Bujang Tahun 2021 Baru umur 21 bila boleh mohon ?

  39. Hai admin, nak tanya kalau kami student yang dah habis LI ni tak dapat bantuan bpn 1.0 walaupun dah habis sekolah dan berumur 21 keatas. Kalau bantuan 2.0 ni kami ada mohon adakah kami akan diluluskan?

    1. AdminJawatanMalaysia.net Avatar
      AdminJawatanMalaysia.net

      tapi masih belum grad kan?

  40. Pencerahan ya semua . Saya nak tanya apa ada jenis bantuan yg boleh saya mohon dalam masa , harap ada pendapat semuanya. Saya bujang berumur 20 , tetapi mengikut tahun saya sudah mencapai 21 dan mengikut bulan pada 17/02 lengkap umur saya 21 tahun . Ahli kwsp pendapatan dibawah rm2500 , hilang sumber pendapatan ataupun pendapatan terjejas . Mohon bantuan pendapat semuanya, susahnya mcm ni mohon itu tak boleh mohon ini tak boleh . Ketogeri bujang berumur awal 21 tapi saya mengikut tahun ya sudah tetapi bulan masih belum pada iatu pada 17 february . Mohon pencerahan semua jika ada jenis bantuan segera yg boleh saya bwt permohonan sila nyatakan ya . Terima kasih sudi membantu

  41. Bpn bulan 1, berape haribulan masuk?bulan 1 tahu tapi haribulan x tahu,ke 37hb?

  42. nurul ain Avatar
    nurul ain

    bantuan wang ehsan masih dibuka ? kenapa kawan saya ada lepas utk permohonan bpn 2.0 ?

  43. […] pembayaran BPN 2.0 Fasa 1 sebelum ini, Bank BSN dilihat telah membuat pembayaran BPN 2.0 Fasa 2 lebih awal kerana bank BSN dimiliki oleh […]

  44. bpn 2.0 bujang blum masuk lagi..

  45. NUR SHAFINA Avatar
    NUR SHAFINA

    Hai …. saya nak tanya sekiranya saya berkongsi account number dengan kwn saya yg tiada avcount bagaimana. tetapi di dalam sistem lulus kami berdua

  46. Bilakah tarikh permohonan baru untuk Bantuan Prihatin Nasional (BPN) dibuka bagi tahun 2021?

  47. […] Pendapatan keluarga dibawah B40 & Pemohon BPN […]

Leave a Reply to Amir Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *