Bantuan Prihatin Rakyat atau BPR telah diperkenalkan oleh Menteri Kewangan, Tengku Zafrul pada pembentangan Bajet 2021 untuk menggantikan program Bantuan Sara Hidup (BSH) dengan menyasarkan bantuan untuk semua golongan daripada B40 sehinggalah M40 termasuk golongan OKU.
Bantuan Prihatin Rakyat 2021
Bantuan Prihatin Rakyat adalah merupakan bantuan yang disasarkan kepada golongan B40 dan M40 sepertimana bantuan BSH sebelum ini dengan penurunan had umur permohonan kepada 21 tahun (bujang) berbanding sebelum ini 40 tahun keatas.
Untuk kategori Bujang adalah berumur 21 tahun keatas hingga 59 tahun:
- Bujang
- Ibu atau bapa tunggal/balu/janda/duda yang tiada anak
- Orang Kurang Upaya (OKU) 18 tahun hingga 59 tahun
Untuk kategori Isi Rumah pula :
- Berkahwin (ada atau tiada anak)
- Ibu atau bapa tunggal/balu/janda/duda yang ada anak
- Orang Kurang Upaya (OKU) 60 tahun keatas
Untuk BPR kali ini, semua rakyat Malaysia yang tidak pernah mendapat bantuan BSH mahupun BPN sebelum ini, boleh membuat permohonan baru.
Jumlah Bantuan BPR
Berikut adalah jumlah bantuan BPR yang akan diberikan mengikut kategori penerima:
– Bujang berpendapatan kurang RM2500
- 21 tahun ke atas RM350
– Isi rumah berpendapatan kurang RM2500
- 1 orang anak RM1200
- 2 orang anak atau lebih RM1800
– Isi rumah berpendapatan RM2001 – RM4000
- 1 orang anak RM800
- 2 orang anak atau lebih RM1200
– Isi rumah berpendapatan RM2001 – RM4000
- 1 orang anak RM500
- 2 orang anak atau lebih RM750
Cara Permohonan BPR
Permohonan hendaklah dibuka 15 Januari 2021 hingga 15 Februari 2021 (tarikh tutup tertakluk kepada perubahan dari semasa ke semasa).
Pemohon BSH 2020 atau BPN 2.0 yang lulus sebelum ini tidak perlu membuat permohonan baru sebaliknya anda hanya perlu membuat kemaskini permohonan BPR sahaja dengan ‘Log Masuk’ ke Portal BPR.
Manakala pemohon yang tidak menerima Bantuan BSH 2020 atau BPN 2.0 serta berpendapatan isi rumah RM5,000 dan ke bawah perlu membuat permohonan baharu.
Untuk permohonan baru, anda boleh rujuk panduan dibawah:
1. Pergi ke Portal Rasmi BPR di https://bpr.hasil.gov.my.
2. Klik pada ‘Permohonan Baru‘.
3. Paparan Borang Permohonan BPR akan dipaparkan. Semasa memasukkan no mykad, klik semak untuk mengetahui jika maklumat anda terdapat pada data BPR atau tidak. Jika tiada, lengkapkan borang tersebut.
4. Upload atau muat naik dokumen-dokumen sokongan yang diperlukan:
- Sijil kahwin
- Sijil cerai / kematian pasangan
- Pengesahan pasangan
- Pengesahan Bank
5. Klik ‘Teruskan‘.
6. Sahkan maklumat anda dan klik ‘Hantar‘.
7. Permohonan anda berjaya dihantar.
Bagi yang mengalami masalah internet, anda juga boleh download Borang Permohonan BPR dan hantarkan secara manual di kaunter LHDN.
Jadual Pembayaran BPR 2021
Pembayaran BPR Fasa 1 akan dibuat pada April/Mei 2020 secara berperingkat.
Manakala Fasa 2 akan dibuat dalam September/Oktober 2021.
Semak Bantuan Persekolahan Kementerian Pendidikan Malaysia untuk Murid-murid Tahun 1 hingga Tingkatan 5.
{ 10 comments… read them below or add one }
saya nak tanye kalau becerai dan anak kite jage jage . so hanye kemaskini bpr saja atau kena mohon baru
dompet sy telah dicuri jadi sy x dpt membuka akaun bank
Hi,
Sy Bujang ada anak angkat yg didaftar.. blh kah sy daftar sebagai Ibu Tungal
Saya bujang
Saya kerja contrak..ada kerja ada gaji..
Saya menanggung 3 orang anak.adakah saya layak mohon bpr
Sekiranya saya seorang ibu tunggal, tidak pernah berkahwin, tetapi mempunyai anak kandung, saya dikategori bujang ataupun isi rumah?
Isi rumah la , kn ada tanggungan .. Bujang tkda tanggungan
Brim
Jika sebelum ni bpn duit ambil di kauter bank BPR kali ni macam mana pulak ye??pening saya
Sy sudah berkahwin tapi masih tidak mempunyai anak adakah sy layak untuk memohon