bantuan-bpr-fasa3

[Terkini] Pembayaran Bantuan Prihatin Rakyat (BPR) Fasa 3 2021

Pembayaran BPR Fasa 3 sudah dibuat bermula hari ini, 28 September 2021 secara berperingkat. Anda boleh semak akaun anda.

Bantuan Prihatin Rakyat 2021

Bantuan Prihatin Rakyat atau BPR telah diperkenalkan oleh Menteri Kewangan, Tengku Zafrul pada pembentangan Bajet 2021 untuk menggantikan program Bantuan Sara Hidup (BSH) dengan menyasarkan bantuan untuk semua golongan daripada B40 sehinggalah M40 termasuk golongan OKU.

Bantuan Prihatin Rakyat adalah merupakan bantuan yang disasarkan kepada golongan B40 dan M40 sepertimana bantuan BSH sebelum ini dengan penurunan had umur permohonan kepada 21 tahun (bujang) berbanding sebelum ini 40 tahun keatas.

[adssulvo1]

Untuk kategori Bujang adalah berumur 21 tahun keatas hingga 59 tahun:

  • Bujang
  • Ibu atau bapa tunggal/balu/janda/duda yang tiada anak
  • Orang Kurang Upaya (OKU) 18 tahun hingga 59 tahun

Untuk kategori Isi Rumah pula :

  • Berkahwin (ada atau tiada anak)
  • Ibu atau bapa tunggal/balu/janda/duda yang ada anak
  • Orang Kurang Upaya (OKU) 60 tahun keatas

Untuk BPR kali ini, semua rakyat Malaysia yang tidak pernah mendapat bantuan BSH mahupun BPN sebelum ini, boleh membuat permohonan baru.

Jumlah Bantuan BPR

Berikut adalah jumlah bantuan BPR yang akan diberikan mengikut kategori penerima:

jumlah bantuan kategori BPR-2021 (1)

[adssulvo2]

Bujang berpendapatan kurang RM2500

  • 21 tahun ke atas RM350

Isi rumah berpendapatan kurang RM2500

  • 1 orang anak RM1200
  • 2 orang anak atau lebih RM1800

Isi rumah berpendapatan RM2001 – RM4000

  • 1 orang anak RM800
  • 2 orang anak atau lebih RM1200

Isi rumah berpendapatan RM2001 – RM4000

  • 1 orang anak RM500
  • 2 orang anak atau lebih RM750

Jadual Pembayaran BPR Fasa 3 2021

pembayaran bpr fasa 3

Pembayaran BPR Fasa 3 akan dibuat bermula pada 28 September 2021 secara berperingkat.

Pembayaran akan dibuat melalui:

[adssulvo3]

  • Pengkreditan terus ke akaun
  • Penebusan di kanuter BSN (Bagi yang tiada akaun)

Anda boleh mula buat semakan di Portal Rasmi BPR di https://bpr.hasil.gov.my untuk mengetahui samada pembayaran sudah dibuat ke akaun anda.

Semak Bantuan Persekolahan Kementerian Pendidikan Malaysia untuk Murid-murid Tahun 1 hingga Tingkatan 5.

Cara Permohonan BPR

Permohonan hendaklah dibuka 15 Januari 2021 hingga 15 Februari 2021 (SUDAH DITUTUP!).

Pemohon BSH 2020 atau BPN 2.0 yang lulus sebelum ini tidak perlu membuat permohonan baru sebaliknya anda hanya perlu membuat kemaskini permohonan BPR sahaja dengan ‘Log Masuk’ ke Portal BPR.

Manakala pemohon yang tidak menerima Bantuan BSH 2020 atau BPN 2.0 serta berpendapatan isi rumah RM5,000 dan ke bawah perlu membuat permohonan baharu.

Untuk permohonan baru, anda boleh rujuk panduan dibawah:

1. Pergi ke Portal Rasmi BPR di https://bpr.hasil.gov.my. [adstextapply]

2. Klik pada ‘Permohonan Baru‘.

3. Paparan Borang Permohonan BPR akan dipaparkan. Semasa memasukkan no mykad, klik semak untuk mengetahui jika maklumat anda terdapat pada data BPR atau tidak. Jika tiada, lengkapkan borang tersebut.

borang permohonan baru bpr (1)

4. Upload atau muat naik dokumen-dokumen sokongan yang diperlukan:

  • Sijil kahwin
  • Sijil cerai / kematian pasangan
  • Pengesahan pasangan
  • Pengesahan Bank

dokumen-bpr (1)

5. Klik ‘Teruskan‘.

6. Sahkan maklumat anda dan klik ‘Hantar‘.

7. Permohonan anda berjaya dihantar.

Untuk yang gagal BPR sebelum ini, anda boleh membuat Permohonan Rayuan BPR Fasa 2 yang dibuka bermula 15 Jun 2021.

Bagi yang mengalami masalah internet, anda juga boleh download Borang Permohonan BPR dan hantarkan secara manual di kaunter LHDN.


Comments

26 responses to “[Terkini] Pembayaran Bantuan Prihatin Rakyat (BPR) Fasa 3 2021”

  1. saya nak tanye kalau becerai dan anak kite jage jage . so hanye kemaskini bpr saja atau kena mohon baru

  2. seng tzgy long Avatar
    seng tzgy long

    dompet sy telah dicuri jadi sy x dpt membuka akaun bank

  3. Hi,
    Sy Bujang ada anak angkat yg didaftar.. blh kah sy daftar sebagai Ibu Tungal

  4. Muhammad julis zulqarnain bin abdullah Avatar
    Muhammad julis zulqarnain bin abdullah

    Saya kerja contrak..ada kerja ada gaji..
    Saya menanggung 3 orang anak.adakah saya layak mohon bpr

  5. Sekiranya saya seorang ibu tunggal, tidak pernah berkahwin, tetapi mempunyai anak kandung, saya dikategori bujang ataupun isi rumah?

    1. Si tupai Avatar
      Si tupai

      Isi rumah la , kn ada tanggungan .. Bujang tkda tanggungan

  6. […] Bagaimanapun, anda boleh mohon Bantuan Prihatin Rakyat (BPR) 2021. […]

  7. Jika sebelum ni bpn duit ambil di kauter bank BPR kali ni macam mana pulak ye??pening saya

  8. Sy sudah berkahwin tapi masih tidak mempunyai anak adakah sy layak untuk memohon

  9. […] Khas (tambahan) RM500 ini akan diberikan kepada penerima Bantuan Prihatin Rakyat (BPR) yang berpendapatan RM1,000 dan ke bawah dan juga mereka yang telah kehilangan punca […]

  10. Crita membe sy sgt sedih. Dia punya ank 3org wlau dia blum khawin.dia blum pernah dpt bpr, bpn thun lpas bru dpt(bujang m4o).pabila mohon bpr dn semak status. Dia trima ANDA BUKAN PENERIMA BPR FASA1.alangkh sedihnyeee.. LHDN TOLONG LULUSKAN

  11. Mohd Ali Avatar
    Mohd Ali

    saya pun perlukan bantun,saya tidàk mempunyai pekerjaan tetap anak-anak masih bersekolah.màcam mana cara memohon bantuan pemerkasa

  12. […] yang berumur 21 hingga 60 tahun.Bantuan Khas (tambahan) RM500 ini akan diberikan kepada penerima Bantuan Prihatin Rakyat (BPR) yang berpendapatan RM1,000 dan ke bawah dan juga mereka yang telah kehilangan punca […]

  13. […] bantuan BPR atau B40 khusunya kini boleh menuntut smartphone percuma melalui Bantuan Jaringan Prihatin yang […]

  14.  Avatar
    Anonymous

    Bodoh menyusahkan mampos la wei

    1. sya mau tanya ibu tunggal yg tdk pernah berkahwin tp punya anak kandung mmg tiada bantuan dri kerajaan ka?sya byk kli cuba mohon tp jabatan kebajikan tolak permohonan dgn alasan tdk layak..sya ada 2 org anak kandung dan sya juga tdk bekerja di sbb kan masalah kesihatan dan urusan jaga anak…

  15. […] yang layak menerima Bantuan Prihatin Rakyat akan mendapat bantuan ini secara […]

  16. […] Khas (tambahan) RM500 ini akan diberikan kepada penerima Bantuan Prihatin Rakyat (BPR) yang berpendapatan RM1,000 dan ke bawah dan juga mereka yang telah kehilangan punca […]

  17. […] Berikut adalah jumlah bantuan tambahan yang akan diterima oleh penerima Bantuan Prihatin Rakyat: […]

  18. […] anda boleh follow Telegram Bantuan Kerajaan untuk mendapat info permohonan rayuan BPR 2021 […]

  19. rakyat Avatar
    rakyat

    kalau boleh wujudkan i-sinar 2.0..xde pening2 orang nk mohon segala mcm bantuan sana sini isi borang itu ini..last2 xlayak…hampeh..habis serdak2 kuih raya pon balun..

  20. Nurfazilah Binti ideris Avatar
    Nurfazilah Binti ideris

    Salam sy bujang B40.. Sy nk tanya bagaimana sy boleh dapatkan bantuan kerajaan yg telah di salurkan kpd semua B40 bujang.. Sy kurang tahu mgenai Internet.. Bagaimana cara utk sy dpt BPN bujang zaman Ph memerintah

  21. Firdaus Avatar
    Firdaus

    saya bujang masa sekarang ni saya kerja dekat car whas tapi kedai kena tutup dah sebulan saya duit pon dah tak ada.. kerajaan bagi bantuan dekat bujang pon rm100 saja.. nak makan apa.. macam mana nak mohon bantuan orang macam saya ni ya..ada ka bantuan

  22. Sy dh pernah berkahwin dan bercerai punya anak 2 orng masih bersekolah. Tersilap kah sy mohon status bujang. Spatut nya duda anak 2. Jadi bantuan diterima cuma rm 100 ? Bole buat pertukaran status ?

Leave a Reply to Mohamad aizat bin ali umar Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *