Pembayaran BPR Fasa 3 sudah dibuat bermula hari ini, 28 September 2021 secara berperingkat. Anda boleh semak akaun anda.
Bantuan Prihatin Rakyat 2021
Bantuan Prihatin Rakyat atau BPR telah diperkenalkan oleh Menteri Kewangan, Tengku Zafrul pada pembentangan Bajet 2021 untuk menggantikan program Bantuan Sara Hidup (BSH) dengan menyasarkan bantuan untuk semua golongan daripada B40 sehinggalah M40 termasuk golongan OKU.
Bantuan Prihatin Rakyat adalah merupakan bantuan yang disasarkan kepada golongan B40 dan M40 sepertimana bantuan BSH sebelum ini dengan penurunan had umur permohonan kepada 21 tahun (bujang) berbanding sebelum ini 40 tahun keatas.
[adssulvo1]
Untuk kategori Bujang adalah berumur 21 tahun keatas hingga 59 tahun:
- Bujang
- Ibu atau bapa tunggal/balu/janda/duda yang tiada anak
- Orang Kurang Upaya (OKU) 18 tahun hingga 59 tahun
Untuk kategori Isi Rumah pula :
- Berkahwin (ada atau tiada anak)
- Ibu atau bapa tunggal/balu/janda/duda yang ada anak
- Orang Kurang Upaya (OKU) 60 tahun keatas
Untuk BPR kali ini, semua rakyat Malaysia yang tidak pernah mendapat bantuan BSH mahupun BPN sebelum ini, boleh membuat permohonan baru.
Jumlah Bantuan BPR
Berikut adalah jumlah bantuan BPR yang akan diberikan mengikut kategori penerima:
[adssulvo2]
– Bujang berpendapatan kurang RM2500
- 21 tahun ke atas RM350
– Isi rumah berpendapatan kurang RM2500
- 1 orang anak RM1200
- 2 orang anak atau lebih RM1800
– Isi rumah berpendapatan RM2001 – RM4000
- 1 orang anak RM800
- 2 orang anak atau lebih RM1200
– Isi rumah berpendapatan RM2001 – RM4000
- 1 orang anak RM500
- 2 orang anak atau lebih RM750
Jadual Pembayaran BPR Fasa 3 2021
Pembayaran BPR Fasa 3 akan dibuat bermula pada 28 September 2021 secara berperingkat.
Pembayaran akan dibuat melalui:
[adssulvo3]
- Pengkreditan terus ke akaun
- Penebusan di kanuter BSN (Bagi yang tiada akaun)
Anda boleh mula buat semakan di Portal Rasmi BPR di https://bpr.hasil.gov.my untuk mengetahui samada pembayaran sudah dibuat ke akaun anda.
Semak Bantuan Persekolahan Kementerian Pendidikan Malaysia untuk Murid-murid Tahun 1 hingga Tingkatan 5.
Cara Permohonan BPR
Permohonan hendaklah dibuka 15 Januari 2021 hingga 15 Februari 2021 (SUDAH DITUTUP!).
Pemohon BSH 2020 atau BPN 2.0 yang lulus sebelum ini tidak perlu membuat permohonan baru sebaliknya anda hanya perlu membuat kemaskini permohonan BPR sahaja dengan ‘Log Masuk’ ke Portal BPR.
Manakala pemohon yang tidak menerima Bantuan BSH 2020 atau BPN 2.0 serta berpendapatan isi rumah RM5,000 dan ke bawah perlu membuat permohonan baharu.
Untuk permohonan baru, anda boleh rujuk panduan dibawah:
1. Pergi ke Portal Rasmi BPR di https://bpr.hasil.gov.my. [adstextapply]
2. Klik pada ‘Permohonan Baru‘.
3. Paparan Borang Permohonan BPR akan dipaparkan. Semasa memasukkan no mykad, klik semak untuk mengetahui jika maklumat anda terdapat pada data BPR atau tidak. Jika tiada, lengkapkan borang tersebut.
4. Upload atau muat naik dokumen-dokumen sokongan yang diperlukan:
- Sijil kahwin
- Sijil cerai / kematian pasangan
- Pengesahan pasangan
- Pengesahan Bank
5. Klik ‘Teruskan‘.
6. Sahkan maklumat anda dan klik ‘Hantar‘.
7. Permohonan anda berjaya dihantar.
Untuk yang gagal BPR sebelum ini, anda boleh membuat Permohonan Rayuan BPR Fasa 2 yang dibuka bermula 15 Jun 2021.
Bagi yang mengalami masalah internet, anda juga boleh download Borang Permohonan BPR dan hantarkan secara manual di kaunter LHDN.
Leave a Reply to Nurfazilah Binti ideris Cancel reply