Cari Jawatan Kosong Disini.
Generic selectors
Exact matches only
Search in title
Search in content
Post Type Selectors
Post image for Permohonan Bantuan Pulang Mengundi Sabah 2020 – Subsidi Tiket Penerbangan Sehingga 50% – 100%.

Permohonan Bantuan Pulang Mengundi Sabah 2020 – Subsidi Tiket Penerbangan Sehingga 50% – 100%.

in Berita semasa, Sabah

Berita baik untuk semua anak Sabah yang mahu pulang mengundi Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah pada 26 September nanti, kini anda boleh memohon Bantuan Pulang Mengundi Sabah dalam membantu dan meringankan beban anak-anak Sabah di Semenanjung untuk balik mengundi.

Bantuan Pulang Mengundi Sabah

Bantuan ini telah digerakkan oleh anak muda dan mahasiswa melalui Kempen Pulang Mengundi Sabah dalam membantu anak muda berumur 35 tahun ke bawah melaksanakan tanggungjawab mengundi.

Bantuan ini adalah berbentuk bantuan SUBSIDI PENERBANGAN bagi mengurangkan beban anak Sabah yang akan pulang mengundi untuk pilihanraya negeri nanti.

Baca: Bantuan JKM Bakal Dinaikkan Dari RM300 Kepada RM1000 sebulan Untuk Golongan B40?

Pemberian kategori subsidi adalah seperti berikut:


1. Subsidi 50% daripada harga tiket kapal terbang kepada yang berpendapatan antara RM 2000 – RM 3000

2. Subsidi 100% kepada yang berpendapatan kurang daripada RM 2000

Syarat Kelayakan Permohonan Subsidi Penerbangan Pulang Mengundi Sabah

Antara syarat-syarat kelayakan untuk anda memohon bantuan subsidi ini adalah:

1. Pemohon mestilah berumur antara 21 hingga 35 tahun.

2. Pemohon mestilah berdaftar sebagai pengundi.

3. Pemohon mestilah berpendapatan kurang daripada RM3000 sebulan.

Baca Juga: Permohonan & Semakan Bantuan Orang Tua RM350 Sebulan dari Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM)

Cara Memohon Bantuan Subsidi Penerbangan Sabah

1. Bagi pemohon yang memenuhi semua syarat kelayakan diatas, anda boleh memohon pada Permohonan Bantuan Pulang Mengundi Sabah dibawah ini:

2. Pemohon akan diminta untuk menghantarkan dokumen-dokumen di bawah sebagai bukti untuk memastikan segala maklumat yang telah diberikan adalah benar. Antara dokumen-dokumennya ialah:

  • Screenshot Semakan Daftar Pengundi
  • Salinan Kad Pengenalan
  • Salinan Kad Pelajar (Mahasisiwa/siswi)
  • Salinan Slip Gaji bulan Ogos (Untuk yang berpendapatan)

3. Semua permohonan hendaklah dibuat sebelum 18 September 2020.

Sehingga 12 September 2020, sebanyak 4509 permohonan bantuan subsidi penerbangan pulang mengundi Sabah telah diterima untuk kempen Pulang Mengundi Sabah yang membuktikan semnagat dan komitmen anak muda dan rakyat Sabah dalam proses demokrasi di Negeri Bawah Bayu ini.

Sebarang masalah dan bantuan semasa memohon, anda boleh terus ajukan ke emel pulangmengundis[email protected] atau terus ke twitter @PulangMengundi / facebook Pulang Mengundi Sabah.

{ 11 comments… read them below or add one }

Layron bin wisin September 15, 2020 at 3:12 pm

Bantuan pulang sabah

Reply

Osman Abd Rahman September 15, 2020 at 5:40 pm

Kalau duet belanja ada ke

Reply

AdminJawatanMalaysia.net September 15, 2020 at 9:54 pm

flight sahaja buat masa ini

Reply

Yon September 16, 2020 at 1:40 pm

Duit flight ke

Reply

mainah September 15, 2020 at 6:34 pm

its good

Reply

Befle rusip September 15, 2020 at 8:59 pm

Bantuan nak mengundi balik sabah aka ke ???

Reply

AdminJawatanMalaysia.net September 15, 2020 at 9:50 pm

yup

Reply

Yon September 16, 2020 at 1:41 pm

Mcm mna cara nak apply nie

Reply

Ismail bin Arun September 16, 2020 at 4:39 pm

Saya dari labuan. Mohon tambang ferry kereta dan duit minyak kereta. Pergi dan balik. Tujuan tuk mengundi.

Reply

Alias bin admad September 18, 2020 at 1:11 pm

Sy mengundi di kg telaga pitas kota marudu sy berkerja disipitang sy minta duit tambang pi balik kampung tempat sy mengundi telaga pitas

Reply

Hashim September 18, 2020 at 2:20 pm

Saya dari kuala Lumpur.mau mengundi kalau ada ticket kapal terbang.dr kl to kk. HIDUP WARISAN.

Reply

Leave a Comment


Jawatanmalaysia.net merupakan portal kerja kosong Malaysia 2020 yang menghimpunkan jawatan kosong kerajaan dan juga kerja kosong swasta terkini. Para majikan juga boleh iklankan jawatan kosong terbaru syarikat secara percuma disini.

Tentang Kami | Hubungi Kami | Penafian

© 2005-2023