Cari Jawatan Kosong Disini.
Generic selectors
Exact matches only
Search in title
Search in content
Post Type Selectors
Post image for Permohonan Bantuan Pelajaran RM300 Sebulan Untuk Pelajar IPTA (BPTAR 2020)

Permohonan Bantuan Pelajaran RM300 Sebulan Untuk Pelajar IPTA (BPTAR 2020)

in Jawatan Kerajaan, Johor, Malaysia

Bagi pelajar yang sedang melanjutkan pelajaran di Institut Pengajian Tinggi Awam (IPTA) atau Universiti Awam (UA) Dalam Negara, anda boleh memohon Bantuan Pelajaran Tunku Abdul Rahman atau BPTAR 2020.

Bantuan ini diwujudkan untuk mengenang jasa Almarhum Y.T.M. Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj sebagai Perdana Menteri Malaysia yang Pertama dan Bapa Kemerdekaan Malaysia.

BANTUAN PELAJARAN Tunku Abdul Rahman (BPTAR 2020)

biasiswa yayasan abdul rahman
BPTAR 2020 ini diberikan khas untuk membantu kos sara hidup pelajar sepanjang pengajian di IPTA / UA terutama pelajar yang berasal daripada keluarga miskin tegar atau golongan B40.


Setiap pelajar yang layak menerima BPTAR ini akan menerima bantuan RM300 sebulan selama 2 semester atau 10 bulan pengajian daripada Yayasan Tunku Abdul Rahman.

Bagaimanapun ianya terhad untuk dimana hanya seramai 15 orang sahaja bagi setiap universiti bagi menerima bantuan ini.

Syarat Kelayakan BPTAR

Berikut adalah syarat kelayakan yang ditetapkan untuk memohon BPTAR 2020:


  • Pemohon mestilah berwarganegara Malaysia.
  • Pemohon mestilah mengikuti kursus sepenuh masa dalam sebarang program Ijazah Sarjana Muda di IPTA/UA.
  • Pemohon datang daripada keluarga miskin tegar atau B40 dengan pendapatan keluarga RM4,849 ke bawah.
  • Peminjam PTPTN dan lain-lain bantuan kewangan juga layak untuk memohon.

Selain bantuan BPTAR, para pelajar juga boleh semak bantuan Kredit e-Wallet RM100 Untuk Pelajar IPTA & IPTS yang diberikan kerajaan.

Cara Memohon

Permohonan kini dibuka dari sekarang sehingga 9 Disember 2020.

Pada pelajar yang berminat untuk memohon, sila download terlebih dahulu Borang Permohonan BPTAR 2020 dibawah ini:

borang permohonan bantuan pelajar bptar 2020

1. Lengkapkan borang permohonan yang baru anda download tadi. Sila tulis dalam huruf besar atau ditaip.

2. Sediakan bersama dokumen berikut:

  • Kad Pengenalan pemohon dan ibu bapa/penjaga.
  • Surat pengesahan majikan ibu bapa.
  • Dokumen lain (sekiranya ada).

3. Hantarkan borang permohonan yang telah lengkap bersama dokumen-dokumen tadi melalui emel berikut:

4. Hantarkan permohonan anda sebelum 9 Disember 2020.

Untuk maklumat lanjut, sila layari laman web YTAR iaitu www.yayasantar.org.my.

Jangan lupa kongsi permohonan bantuan ini kepada saudara-mara dan kawan-kawan yang sedang belajar di IPTA.

Bagi pelajar dari Negeri Johor, anda boleh mohon bantuan tambahan iaitu Bantuan RM150 Mahasiswa Johor dari kerajaan Johor.

Carian:
  • permohonan bantuan pelajaran universiti

{ 18 comments… read them below or add one }

azizah jefri December 2, 2020 at 10:20 pm

pelajar diploma tak dapat memohon ke?

Reply

AdminJawatanMalaysia.net December 2, 2020 at 10:59 pm

buat masa ini BPTAR hanya utk Ijazah sahaja

Reply

Ariff ajmal December 5, 2020 at 7:49 am

Kalau universiti selain dari senarai dekat atas tu nak hantar borang kt email siapa ye

Reply

bal December 7, 2020 at 1:50 pm

dekat HEPA Universiti sendiri

Reply

Ain December 2, 2020 at 11:25 pm

Adakah pelajar Asasi di benarkan memohon ?

Reply

Sofia December 3, 2020 at 12:18 am

Adakah pelajar IPG juga layak memohon?

Reply

Anonymous January 17, 2021 at 7:07 am

Wei korang dah dapat elaun bulanan cukup la

Reply

Aaqilah December 3, 2020 at 7:37 am

Adakah permohonan BPTAR ini hanya tertentu kepada pelajar ijazah di universiti tertentu? maksudnya adakah semua pelajar ijazah daripada mana-mana universiti boleh memohon?

Reply

NUR AUNI December 8, 2020 at 3:11 pm

Saya adalah pelajar dari UUM and saya dah cari dlm HEPA universiti saya tpi x ada pon, ke UUM tdak termasuk dlm biasiswa ini???

Reply

mime December 3, 2020 at 3:22 pm

nak tanya kalau dari uni selain daripada yang dinyatakan (email kat atas tu), kena apply dan submit kat mana ye

Reply

muhammad sobri December 4, 2020 at 4:52 pm

kalau IPTA yg lain boleh mohon bantuan ini ka?ataupun dikhususkan kepada IPTA yg tersenarai shj?

Reply

VANIESH December 3, 2020 at 3:55 pm

Salam,pelajar dari universiti yang tidak disenaraikan kena hantar kepada siapa?

Reply

bal December 7, 2020 at 1:52 pm

HEPA Universiti sendiri…

Reply

Abdul December 26, 2020 at 1:15 am

Salam

Maaf anak saya sedang belajar peringkat ijazah pertama Di UPM skg pada thn ini 2020, ttp terlewat mendpt info.Bolehkah permohonan ini dilanjutkan atau dipohon untuk thn 2021 nanti? Kerjasama & pertimbangan phk Tuan Kami ucapkan jutaan, t.kasih. Wslm.

Reply

NajwaHussin December 3, 2020 at 7:02 pm

Untuk pelajar separuh masa, boleh Mohon tak?

Reply

Syakirah December 6, 2020 at 8:34 pm

Salam, kalau utk pelajar uitm yg msuk ijazah trus masuk sem 3 melalui penerapan so bahagian keputusan tu nak isi macam mana ya ? Ataupun tinggal kosing sahaja sbb tiada keputusan lagi ?

Reply

Farzana December 6, 2020 at 10:06 pm

Selain universiti yang disenaraikan hendak hantar di mana ya?

Reply

Muhammad shafiq December 30, 2020 at 10:39 am

Bila ye tarikh hebahan pelajar yg mendapat tawaran bptar

Reply

Leave a Comment


Jawatanmalaysia.net merupakan portal kerja kosong Malaysia 2020 yang menghimpunkan jawatan kosong kerajaan dan juga kerja kosong swasta terkini. Para majikan juga boleh iklankan jawatan kosong terbaru syarikat secara percuma disini.

Tentang Kami | Hubungi Kami | Penafian

© 2005-2023