Cari Jawatan Kosong Disini.
Generic selectors
Exact matches only
Search in title
Search in content
Post Type Selectors
Post image for Rawatan Wad Kelas Tiga Percuma Untuk Rakyat

Rawatan Wad Kelas Tiga Percuma Untuk Rakyat

in Berita semasa

Selain daripada Bantuan Prihatin Nasional 2.0 yang diumumkan kerajaan Pusat baru-baru ini, kerajaan negeri Terengganu juga tidak lupa untuk memberikan bantuan dan menunaikan janji dalam memberikan wad kelas 3 percuma untuk rakyatnya.

Wad Kelas Tiga Percuma Hospital Milik Kerajaan Di Seluruh Negeri

wad hospital kerajaan percuma murah

Kerajaan negeri akan melaksanakan caj wad kelas tiga secara percuma kepada rakyat Terengganu yang menjadi pesakit wad ini tanpa mengira golongan terutama golongan B40 dan M40 di hospital milik kerajaan di seluruh negeri bermula Oktober ini.

Walaupun pada awalnya perancangan ini mendapat banyak halangan terutama dari KKM sendiri kerana dikhuatiri akan meningkatkan kos kerana ketiadaan sistem yang teratur bagi menyelenggara pelaksanaan dan kakitangan yang mencukupi, namun berjaya diatasi dengan mekanisme pelaksanaan daripada kerajaan negeri sendiri.


Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Perumahan, Kesihatan dan Alam Sekitar negeri, Dr. Alias Razak berkata persetujuan telahpun dicapai antara pihak Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan kerajaan negeri mengenai perkara ini.

Satu memorandum persefahaman (MoU) dan majlis pelancaran bakal ditandatangani antara Kerajaan Negeri Terengganu dan pihak KKM yang menyentuh kaedah pembayaran dan sebagainya pada 1 Oktober ini.

Mohon: Borang Permohonan Bantuan JKM RM300 Sebulan

Peruntukkan 5 Juta Setahun Untuk Wad Percuma


Kerajaan negeri telah menyediakan peruntukkan sebanyak RM5 juta setahun untuk pelaksanaan caj percuma bagi wad kelas tiga sebagaimana janji dalam manifesto Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) sebelum ini.

Sebelum ini, kerajaan negeri juga telah memperkenalkan Kad Sejahtera iaitu Bantuan Rawatan Perubatan Percuma Sehingga RM500 Setahun untuk rakyatnya.

Semoga rakyat negeri Terengganu dapat menggunakan pemberian (bantuan) ini dengan sebaiknya.

Jangan lupa untuk mohon juga Kad Sejahtera daripada kerajaan Terengganu.

{ 0 comments… add one now }

Leave a Comment


Jawatanmalaysia.net merupakan portal kerja kosong Malaysia 2020 yang menghimpunkan jawatan kosong kerajaan dan juga kerja kosong swasta terkini. Para majikan juga boleh iklankan jawatan kosong terbaru syarikat secara percuma disini.

Tentang Kami | Hubungi Kami | Penafian

© 2005-2023