bantuan yuran taska tadika

[Rasmi] Permohonan Bantuan Yuran Taska & Nurseri RM100 Sebulan 2021

Ibubapa yang berpendapatan RM5000 kebawah dan mempunyai anak berumur 4 tahun ke bawah kini boleh memohon Bantuan Yuran Taska & Nurseri 2021 ini.

Bantuan Yuran Taska & Nurseri RM100 Sebulan

Bantuan Yuran Taska tadika Nurseri RM100 Sebulan 2021 Asuh PintarBantuan Yuran Taska atau Nurseri adalah Skim Bantuan Asuhan Anakku Pintar (Asuh Pintar) 2021 untuk ibu bapa yang memenuhi syarat kelayakan yang mempunyai anak-anak berusia 4 tahun ke bawah dan bantuan ini akan dibayar terus ke Taska atau Nurseri tersebut.

[adssulvo1]

Penerima akan menerima bantuan sebanyak RM100 sebulan.

Skim ini telah diperkenalkan oleh Kerajaan Negeri Selangor melalui Yayasan Warisan Anak Selangor (YAWAS).

Bagi golongan B40, anda juga boleh memohon Bantuan Kanak-kanak 2021 RM1000 Sebulan,

Syarat Kelayakan Skim Asuh Pintar

Antara syarat kelayakan untuk menerima bantuan RM100 setiap bulan ini adalah:

1. Pemohon mestilah seorang Warganegara Malaysia

  • Dilahirkan dan menetap di Selangor ATAU
  • Telah menetap secara sah di Selangor sekurang-kurangnya 5 tahun (perlu mendapatkan pengesahan dari ketua kampung / pengerusi taman perumahan)

[adssulvo2]

2. Pendapatan Isi Rumah mestilah RM 5000 kebawah

3. Suami dan isteri berkerja

4. Mempunyai anak berumur 4 tahun dan kebawah (Terhad untuk 2 orang anak shj)

5. Taska mestilah berdaftar dengan JKM (Jabatan Kebajikan Masyarakat)

6. Ibubapa mestilah berdaftar sebagai pengundi di Suruhanjaya Pilihanraya Malaysia

Permohonan Bantuan Yuran Taska 2021

Semua permohonan hendaklah dibuat secara online. Tarikh tutup permohonan Skim Bantuan Asuhan Anakku Pintar adalah pada 15 haribulan setiap bulan untuk melayakkan diri menerima manfaat bagi bulan tersebut.

Sebagai contoh permohonan untuk manfaat bulan Mac 2021 wajib dihantar sebelum atau pada 15 Mac 2021.

Berikut adalah cara membuat permohonan secara online:

borang permohonan bantuan taska tadika

  • Pergi ke Portal Asuh Pintar – http://asuhpintarv2.yawas.my/web/ . [adstextapply]
  • Klik pada ‘Permohonan Online‘.
  • Masukkan nombor kad pengenalan dan klik butang ‘Semak’.
  • Klik pada butang ‘Permohonan Baru’.
  • Lengkapkan maklumat yang diperlukan dengan lengkap dan betul
  • Klik butang ‘Daftar’ untuk menghantar permohonan.
  • Cetak / print borang permohonan.
  • Hantarkan borang permohonan tadi bersamaa dokumen sokongan ke email [email protected] atau poskan kepada alamat:

Yayasan Warisan Anak Selangor (YAWAS),
Aras 5, Kompleks Generasi Muda & Sukan Negeri Selangor,
Lot 4, Jalan Platinum 7/52, Seksyen 7,
Persiaran Kayangan, 40000 Shah Alam,
Selangor Darul Ehsan.

permohonan asuh pintar 2021

Antara senarai dokumen yang diperlukan adalah:

[adssulvo3]

  • Salinan Sijil Kelahiran Anak
  • Salinan MyKad Pemohon & pasangan
  • Pengesahan Taraf Mastautin (bagi bukan Selangor)
  • Salinan Perakuan Anak Angkat/Sijil Kematian/Sijil Cerai (jika perlu)
  • Salinan slip gaji/surat akuan pengesahan gaji pemohon dan pasangan
  • Cop Pengesahan Taska Tempat Anak Belajar (Perlu dicop pada borang permohonan)

*Dokumen lengkap perlu dihantar dalam masa 14 hari selepas pendaftaran online dibuat.

Untuk ibubapa yang mempunyai anak bersekolah, anda boleh memohon Bantuan Awal Persekolahan KPM RM100.00.

Jika anda mempunyai sebarang pertanyaan dan soalan, anda boleh terus menghubungi YAWAS di talian 03-5481 8800.


Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *