Cari Jawatan Kosong Disini.
Generic selectors
Exact matches only
Search in title
Search in content
Post Type Selectors
Post image for Kerajaan Umumkan Penangguhan Bayaran Balik Pinjaman PTPTN Sehingga 31 Disember 2020

Kerajaan Umumkan Penangguhan Bayaran Balik Pinjaman PTPTN Sehingga 31 Disember 2020

in Berita semasa, Johor, Kelantan, Kuala Lumpur, Melaka, Negeri Sembilan, Pahang, Perak, Perlis, Pulau Pinang, Putrajaya, Sabah, Sarawak, Selangor, Terengganu

Ini adalah berita gembira buat semua peminjam PTPTN. Kerajaan telah bersetuju untuk melanjutkan tempoh penangguhan bayaran balik pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) untuk tempoh tiga bulan lagi bermula 1 Oktober sehingga 31 Disember 2020.

Ini adalah salah satu langkah dalam membantu meringankan beban rakyat yang terkesan dengan penularan COVID-19 terutamanya mereka yang membuat pinjaman PTPTN.

Penangguhan Bayaran Balik Pinjaman PTPTN

bayaran ptptn ditangguhkan

Penangguhan bayaran balik PTPTN ini adalah kprihatinan kerajaan dan peka terhadap kekangan kewangan yang dihadapi segelintir peminjam PTPTN yang terkesan akibat kehilangan punca pendapatan susulan penularan wabak itu.

Penangguhan PTPTN ini dilanjutkan sehingga 31 Disember 2020 dan automatik tanpa perlu membuat permohonan seperti mana pelaksanaan sebelum ini untuk semua peminjam.

Bagaimanapun, peminjam masih boleh membuat pembayaran balik dalam tempoh ini melalui saluran bayaran balik secara dalam talian yang disediakan.

Baca Juga: PM Umumkan Bantuan RM1000 JKM Untuk Golongan B40 Akan Dilaksana Akhir Tahun Ini

Bagi peminjam yang membuat pembatalan potongan gaji/ direct debit sedia ada untuk pembayaran PTPTN mereka, potongan gaji/ direct debit sedia ada juga akan ditangguhkan selaras dengan penangguhan bayaran balik yang diberikan kepada semua peminjam.


Sebarang keputusan berhubung inisiatif penangguhan bayaran balik akan diteliti dari semasa ke semasa sekiranya wabak COVID-19 masih belum pulih sepenuhnya sehingga 31 Disember nanti.

Diharapkan pengumuman ini dapat membantu meringankan beban yang ditanggung oleh peminjam PTPTN.

Semakan Penyata Pinjaman PTPTN

semakan penyata ptptn

Untuk membuat semakan penyata PTPTN anda, anda boleh rujuk ptptn.gov.my/semakanpinjaman

Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan tentang penangguhan bayaran balik PTPTN ini, anda boleh menghubungi terus Pusat Panggilan (Careline) di talian 03 2193 3000 atau layari portal rasmi, www.ptptn.gov.my.

{ 0 comments… add one now }

Leave a Comment


Jawatanmalaysia.net merupakan portal kerja kosong Malaysia 2020 yang menghimpunkan jawatan kosong kerajaan dan juga kerja kosong swasta terkini. Para majikan juga boleh iklankan jawatan kosong terbaru syarikat secara percuma disini.

Tentang Kami | Hubungi Kami | Penafian

© 2005-2023