Cari Jawatan Kosong Disini.
Generic selectors
Exact matches only
Search in title
Search in content
Post Type Selectors
Post image for Permohonan Skim Biasiswa Pelajaran Baitulmal MAIPk 2021

Permohonan Skim Biasiswa Pelajaran Baitulmal MAIPk 2021

in Berita semasa

Kepada ibubapa dan penjaga yang ada anak-anak yang belajar di sekolah menengah dan memerlukan bantuan persekolahan anak-anak, anda kini boleh memohon Bantuan Skim Biasiswa Pelajaran Baitulmal daripada Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Perak (MAIPk).

Skim Biasiswa Pelajaran Baitulmal 2021

permohonan SKIM BIASISWA PELAJARAN BAITULMAL

Skim Biasiswa Pelajaran Baitulmal merupakan bantuan untuk keluarga yang tergolong dalam asnaf Fakir dan Miskin.

Permohonan boleh mula dibuat dari 15 Disember 2020 sehingga 31 Januari 2021.


Sasaran bantuan ini adalah untuk pelajar berikut:

  1. pelajar tingkatan 4 sesi persekolahan tahun 2021
  2. pelajar tingkatan 5 sesi persekolahan tahun 2021

Dan antara syarat kelayakannya adalah pelajar-pelajar tersebut mestilah memperolehi 6A dalam Penilaian Akhir Tahun 2020.

Untuk pelajar tahun 1 dan tingkatan 1, anda boleh mohon Bantuan Persekolahan MAIPk 2021.

Permohonan Skim Biasiswa Pelajaran Baitulmal 2021


Ibubapa / penjaga boleh mendapatkan borang permohonan di mana-mana pejabat pentadbiran MAIPk seluruh Negeri Perak.

Rujuk alamat pejabat MAIPk dibawah:

alamat pejabat maipk perak

Semua borang permohonan yang telah lengkap hendaklah dihantar semula ke pejabat tersebut.

Untuk rakyat Johor, anda boleh memohon bantuan pelajar sekolah rendah dan menengah RM100.

Bagi anda yang mempunyai pertanyaan mengenai bantuan ini, boleh terus bertanyakan di FB rasmi MAIPk.

{ 2 comments… read them below or add one }

MUHAMMAD SOIFULLAH BIN ROSLAN December 22, 2020 at 12:53 am

Saya masih sekolah lagi untuk mengambil spm pada awal tahun hadapan,saya menetap di rawang,selangor.

Reply

Siti Norbahyah binti Rasid January 11, 2021 at 10:07 pm

Saya masih lagi sekolah untuk mengambil SPM pada tahun hadapan ,saya menetap di Semporna Sabah

Reply

Leave a Comment


Jawatanmalaysia.net merupakan portal kerja kosong Malaysia 2020 yang menghimpunkan jawatan kosong kerajaan dan juga kerja kosong swasta terkini. Para majikan juga boleh iklankan jawatan kosong terbaru syarikat secara percuma disini.

Tentang Kami | Hubungi Kami | Penafian

© 2005-2023