biasiswa sekolah menengah

Permohonan Biasiswa Sekolah Menengah (BSM) RM600 2021

Berita baik untuk ibubapa yang mempunyai anak-anak yang baru masuk tingkatan 1 dan 4, anda kini boleh memohon Biasiswa Sekolah Menengah untuk anak anda sesi 2021.

Biasiswa Sekolah Menengah (BSM) RM600

Pelajar Tingkatan 1 dan TIngkatan 4 yang layak dari sekolah kerajaan – SMK, SMKA, SMA dan SABK kini boleh memohon Biasiswa Sekolah Menengah sebanyak RM600 setahun yang diberikan oleh Yayasan Pahang bermula dari 1 Mac hingga 30 April 2021.

[adssulvo1]

Keutamaan adalah anak Pahang yang mempunyai tanggungan anak bersekolah yang ramai, anak yatim, keluarga miskin, ibu bapa uzur , ibu tunggal atau peserta PPRT.

Murid-murid cemerlang akademik dan kokurikulum juga digalakkan memohon.

Mohon: Permohonan Bantuan Smartphone Percuma B40

Mereka yang bermastautin lebih 10 tahun di Pahang layak memohon biasiswa ini. Sila rujuk pada syarat kelayakan penuh dibawah:

Syarat Kelayakan BSM 2021

Antara syarat kelayakan untuk memohon biasiswa sekolah ini adalah:

[adssulvo2]

  • Ibu atau bapa warganegara Malaysia.
  • Pemohon/ibu/bapa lahir di negeri Pahang
  • Jika pemohon/ibu/bapa lahir di luar negeri Pahang, mestilah bermastautin di Pahang lebih dari 10 tahun.
  • Mempunyai ramai adik-beradik yang masih bersekolah di bawah tanggungan ibu bapa tanpa menerima sebarang bantuan kewangan lain.
  • Keutamaan diberikan kepada Pemohon yang terdiri daripada anak yatim atau berasal daripada keluarga kurang berkemampuan yang mendapat bantuan kebajikan masyarakat atau ibu bapa atau penjaga uzur, cacat, Orang Kelainan Upaya (OKU) atau ibu tunggal atau Peserta Program Pembangunan
    Rakyat Termiskin (PPRT) diberi keutamaan.
  • Untuk Pelajar Tingkatan 1 dan Tingkatan 4 tahun 2021 sahaja

Senarai Bantuan Yang Lain:

1. Permohonan Bantuan Kanak-kanak 2021 (BKK) RM1000 Sebulan

2. Bantuan Awal Persekolahan KPM RM100.00 Untuk Murid-murid Tahun 1 Hingga Tingkatan 5

3. [Rasmi] Permohonan Bantuan Yuran Taska & Nurseri RM100 Sebulan 2021

Borang Permohonan Biasiswa Sekolah Menengah

BSM-Yayasan-Pahang-1024x1024

  1. Borang Permohonan BSM boleh didapati terus melalui sekolah dan pejabat Adun bermula 03 Mac 2020 sehingga 31 Julai 2020.
  2. [adstextapply]

  3. Isi maklumat yang diminta dalam borang tersebut
  4. Hantarkan borang yang lengkap diisi ke pejabat sekolah masing-masing

Untuk bantuan dan pertanyaan, anda boleh terus menghubungi Yayasan Pahang di talian 09-5181800 atau terus ke laman http://www.yp.org.my.


Comments

6 responses to “Permohonan Biasiswa Sekolah Menengah (BSM) RM600 2021”

  1. V.Mugeshwary Avatar
    V.Mugeshwary

    Tak ada laptop.

  2. Gayathry Avatar
    Gayathry

    Bantuan ini untuk mereka di Perak sahaja ke?

    1. Orang sabah tak boleh mohon ka?

  3. Ya. Barang pun cukop bos tolong bos

  4. Malarvilli Velusamy nadar Avatar
    Malarvilli Velusamy nadar

    Sy takde laptop

  5. Nurul Hazriana Avatar
    Nurul Hazriana

    hm nak laptop dan internet keperluan belajar untuk spm , sukar untuk belajar tanpa ada internet yang pantas dan laptop

Leave a Reply to Nurul Hazriana Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *