daftar pengkatifan iakaun kwsp

Cara Mudah Daftar i-Akaun KWSP Melalui Kiosk, Bank & Emel

Korang dah daftar i-Akaun KWSP? Semua ahli KWSP disarankan untuk daftar sebab nanti senang nak semak baki akaun 1 dan akaun 2 KWSP secara online je tanpa pergi pejabat KWSP.

Pendaftaran i-Akaun KWSP

Proses pendaftaran ini untuk adalah untuk kemaskini nombor telefon untuk proses penghantaran TAC (kata laluan) untuk membuat urusan-urusan KWSP seperti dibawah:

  • Kemaskini maklumat peribadi
  • Semakan kelayakan pengeluaran
  • Semakan baki simpanan
  • Semakan penyata KWSP akaun 1 dan 2
  • Semakan rekod caruman individu/caruman majikan
  • Menukar daripada akaun konvensional kepada akaun Shariah

[adstextapply]

  • Menyemak maklumat penamaan/waris
  • Menyemak transaksi caruman KWSP terkini
  • Menyemak status permohonan pengeluaran i-Lestari dan i-Sinar
  • Pengeluaran membeli Rumah Mesra Rakyat (RMR)

Jadi, lepas korang ikut semua langkah bawah ni, dah boleh kemaskini nombor telefon dan check baki KWSP online je.

Pendaftaran Melalui Kiosk KWSP Dan Bank

contoh daftar iakaun kiosk kwsp1. Pergi mana-mana kiosk mesin sama ada di pejabat KWSP atau agen KWSP seperti bank komersial, antaranya RHB, CIMB, Maybank dan Bank Rakyat.

2. Masukkan kad pengenalan korang pada mesin.

[adssulvo1]

3. Baca penerangan yang dipaparkan dan ikut arahan tertera.

4. Korang akan diminta imbas ibu jari untuk pengesahan diri.

5. Masukkan nombor telefon.

6. Pendaftaran anda sudah berjaya. Keluarkan kad pengenalan dan print-out.

7. Check hp korang sebab ID pengguna dan kata laluan sementara akan dihantar melalui SMS ke nombor telefon yang korang kemas kini tadi.

8. Balik rumah, pergi ke Portal Rasmi KWSP untuk pengaktifkan kali pertama. Boleh rujuk panduan pengaktifan iAkaun kali pertama.

9. Ikut sahaja arahan untuk penukaran ID pengguna dan kata laluan yang kekal, dan pastikan korang ingat ID dan kata laluan ini.

aplikasi iakaun10. Akhir sekali, download aplikasi i-akaun KWSP di hp korang untuk buat semakan baki simpanan KWSP yang ada.

Dah ada i-Akaun ni bolehlah buat permohonan i-Sinar KWSP RM10,000 pula. Tapi pastikan baki kena cukuplah ye.

Pendaftaran Melalui Emel

Untuk korang yang rasa susah nak kiosk KWSP, korang boleh buat pendaftaran online melalui emel je.

borang pendaftaran akaun kwsp1. Mula-mula download Borang Pendaftaran i-AKaun.

2. Sediakan juga dokumen berikut:

[adssulvo2]

  • Salinan kad pengenalan Mykad (depan dan belakang)
  • Gambar swafoto dengan Mykad
  • Salinan Buku Bank/Penyata Akaun Bank Simpanan/Semasa yang masih aktif milik Ahli
  • Bukti pemilikan nombor telefon Ahli (Cth: Bil Telefon/Kontrak pendaftaran telefon/Resit bayaran deposit)

3. Hantarkan Borang Permohonan tadi bersama-sama dokumen yang diperlukan kepada [email protected].

4. Status permohonan akan dimaklumkan melalui e-mel [email protected] dan korang perlu sentiasa menyemak notifikasi e-mel dari pihak KWSP.

6. Sekiranya permohonan berjaya, korang akan menerima ID Pengguna dan kata sementara melalui SMS, pergi ke Portal Rasmi KWSP untuk pengaktifkan kali pertama (rujuk diatas).

Buat mereka yang belum memohon i-Lestari, Permohonan Pengeluaran i-Lestari masih dibuka sehingga 31 Mac 2021.

Maksima pengeluaran adalah RM500 sebulan.


Comments

5 responses to “Cara Mudah Daftar i-Akaun KWSP Melalui Kiosk, Bank & Emel”

  1. […] Untuk lebih mudah kemaskini nanti, kami sarankan ahli yang masih belum memiliki i-Akaun membuat pendaftaran i-Akaun KWSP. […]

  2. […] Untuk menggunakan cara ini, ahli dikehendaki memiliki i-Akaun KWSP. […]

  3. […] kerajaan akan membuat pengesahan kehilangan pendapatan dan semakan melalui sistem LHDNM, KWSP dan […]

  4. […] boleh buat semakan akaun KWSP terlebih dahulu sebelum […]

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *