PM telah memperkenalkan Bantuan Geran Khas Prihatin atau GKP kepada golongan peniaga di Malaysia yang terjejas akibat daripada virus Covid dengan pemberian bantuan wang ringgit sebanyak RM3000.00 secara one-off kepada yang layak.
Dan baru-baru ini, bantuan ini dilanjutkan dan diberi nama baharu iaitu Bantuan Geran Khas Prihatin 2.0 atau GKP 2.0 susulan masih ramai yang belum mendapat bantuan ini.
Panduan Memohon Geran Khas Prihatin 2.0
Bagi peniaga atau pemegang sijil SSM terutamanya, yang tidak mendapat bantuan BPN atau BSH, anda bolehlah memohon GKP 2.0 dan menerima RM3000 secara one-off terus ke akaun anda.
Berikut kami kongsikan panduan bergambar cara untuk memohon GKP 2.0 ini.
PERMOHONAN BARU GKP 2.0
1. Untuk permohonan baru, sila layari Portal GKP – https://gkp.hasil.gov.my
2. Masukkan Nombor Kad Pengenalan / MyKad 12 Digit (cth: 721025105313) yang telah didaftarkan dan klik butang ‘🔎’.
3. Isi captcha dan tekan butang ‘Semak‘.
4. Klik butang ‘Permohonan Baharu‘ untuk membuat permohonan.
5. Disini, anda perlu isikan Maklumat Diri, Maklumat Pasangan (jika berkenaan) dan Maklumat Perniagaan dengan tepat.
6. Setelah berpuas hati dengan maklumat yang anda berikan, klik butang ‘Teruskan‘.
7. Pengesahan Captcha – Isi Captcha dengan betul dan klik pada butang ‘Sahkan Captcha‘.
8. Akuan Pengesahan, pemohon hendaklah menandakan di ruang berkenaan sekiranya bersetuju dengan syarat-syarat yang ditetapkan.
9. Setelah Permohonan Berjaya Dihantar, pemohon boleh untuk mendaftar pemohon diberi pilihan untuk mendaftar akaun bagi tujuan ‘Log Masuk‘. Jika tidak Pemohon boleh memilih untuk Butang Tidak.
Kami sarankan anda mendaftar untuk memudahkan urusan kemaskini dan rayuan nanti.
10. Diingatkan sekali lagi bahawa tarikh tutup permohonan GKP 2.0 adalah 30 Oktober ini dan tarikh permohonan dan rayuan BPN 2.0 pula bermula 15 Oktober ini.
TERLUPA KATA LALUAN PERMOHONAN GKP 2.0
Untuk masuk kembali ke akaun anda, klik pada ‘Log Masuk‘ pada seblah kiri atas.
Sekiranya anda lupa kata laluan atau password yang anda daftarkan, anda hanya perlu klik butang ‘Terlupa Kata Laluan‘ untuk menukar kata laluan yang baru.
Jika terdapat sebarang masalah atau pertanyaan mengenai permohonan jawatan kosong ini, anda boleh tuliskan dalam ruangan komen dibawah ini.
Untuk pelajar, anda boleh memohon Bantuan Wang Ehsan.
Carian:
- Borang contoh gkp
{ 6 comments… read them below or add one }
Assalammuailaikum, tuan sy submit borang gkp sbb daftar perniagaan. Masalah sy borang tak boleh utk daftar sebab masalah poskod, dan kaw daerah poskod perniagaan tak betul. Sy berpandukan lesen ssm, masih tak login masuk, minta tuan tolong chek masalah sy hadapi. Terima kasih
## permohoan baru – ibu tuggal, atau perniagaan kecil-kecilan . Masih boleh ke untuk Kami isi borang
Macam mana mahu mohon borang perniagaan tu kalau kita belum daftar boleh juga
Sy ialah kerani Dr sebuah syarikat pelancongan…tp smpi skarang sy tdk menerima bantuan UTK sektor pelancongan…harap dapat bantu
Lupa soalan keselamatan
harap dapat gkp sebab saya orang teksi dan kurang berpendapatan tetapi alasan yang diberi terisi borang pendapatan=0 dan tidak blh diubah