Dalam perbentangan Bajet 2021 Malaysia baru-baru ini, Menteri Kewangan Malaysia, Tengku Zafrul Bin Tengku Abdul Aziz telah mengumumkan pemberian e-wallet RM50 kepada belia.
Kredit RM50 E-wallet Kepada Belia
[adssulvo1]
Melalui Program eBelia, Kerajaan akan mengkreditkan RM50 secara one-off ke dalam e-wallet kepada mereka yang berumur antara 18 hingga 20 tahun.
Inisiatif ini melibatkan peruntukan sebanyak RM75 juta dan dijangka akan memanfaatkan lebih 1.5 juta belia di Malaysia seriring dengan membudayakan transaksi kewangan cashless atau tanpa tunai.
Selain itu, kerajaan juga mengumumkan kenaikan Bantuan Warga Emas dari RM350 kepada RM500 sebulan.
Syarat Kelayakan & Tempoh Pembayaran
[adssulvo2]
Untuk syarat kelayakan dan cara pembayaran atau penyaluran masih lagi tidak diperjelaskan tapi berkemungkinan besar ia adalah kesinambungan daripada pemberian e-wallet sebelum ini melalui program e-Tunai Rakyat dan e-Penjana yang diberikan tahun lalu.
Dan syarat-syarat untuk menerima RM50 e-Penjana sebelum ini seperti berikut:
[adstextapply]
- Mestilah warganegara Malaysia
- Berumur 18 tahun dan ke atas
- Berpendapatan kurang dari RM100,000 setahun berdasarkan rekod LHDN
- Telah mendaftar sebagai pengguna aplikasi MySejahtera
- Memiliki salah satu daripada 3 eWallet iaitu Grab, Boost atau Touch n Go eWallet
Sebarang info terkini mengenai pembyaran ewallet RM50 untuk belia ini kami akan kemaskini disini. Pastikan anda bookmark dan follow portal kami.
Anda juga boleh baca bantuan dan kemudahan terkini yang akan diberikan kepada rakyat semasa pembentangan Belanjawan 2021.
Leave a Reply to Mohd fairuz Cancel reply