Permohonan & Semakan Geran Khas Prihatin 2.0 (GKP 2.0) – Bantuan RM3000 Kepada PKS

Bantuan Geran Khas Prihatin 2.0 atau GKP 2.0 adalah salah satu inisiatif kerajaan untuk membantu golongan peniaga di Malaysia yang terjejas akibat daripada virus Covid dengan memberikan bantuan wang ringgit sebanyak RM3000.00 secara one-off kepada yang layak.

Bantuan Geran Khas Prihatin 2.0

*Kemaskini 27 November 2020

Geran Khas Prihatin 2.0 atau GKP 2.0 adalah sambungan daripada Geran Khas Prihatin 1.0 yang diberikan kerajaan sebelum ini.

Melalui bantuan ini, peniaga akan menerima RM3000 secara one-off terus dikreditkan ke dalam akaun bank yang didaftarkan. [adstextapply]

Kerajaan menyedari masih banyak perniagaan terutamanya industri Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) yang terjejas kerana PKP dan belum sempat memohon bantuan ini.

Oleh itu, kerajaan membuka kembali permohonan Geran Khas Prihatin 2.0 kepada orang ramai pada 1 Oktober 2020 – 31 Oktober 2020 iaitu selama sebulan.

Baca: Info Lengkap Permohonan & Semakan BPN 2020

Syarat Kelayakan Geran-Khas Prihatin 2.0

syarat kelayakan memohon gkp 2

[adssulvo1]

Berikut adalah syarat-syarat untuk anda memohon GKP 2.0 ini:

  • Pemohon bukan penerima GKP sebelum ini
  • Pemohon mestilah seorang warganegara Malaysia
  • Pemohon menjalankan Perusahaan Kecil & Sederhana (PKS) mikro dengan jumlah jualan atau perolehan tahunan kurang daripada RM300,000 dan jumlah pekerja sepenuh masa tidak melebihi 4 orang (tidak termasuk pemilik)
  • Perniagaan hendaklah berdaftar dengan mana-mana agensi-agensi berikut:- Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM) / Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) / Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) sebelum atau pada 31 Ogos 2020
  • Pemohon mestilah masih aktif dalam menjalankan perniagaan semasa permohonan dibuat

Bagi anda yang telah berjaya memohon pada GKP 1.0 sebelum ini, tiada permohonan perlu dibuat kerana bantuan ini adalah one-off atau sekali seorang sahaja.

Permohonan GKP 2.0

borang permohonan gkp 2

Untuk membuat permohonan GKP 2.0, anda hendaklah memohon terus di Portal GKP – https://gkp.hasil.gov.my yang disediakan oleh LHDN.

ANda boleh rujukan panduan mengisi Borang Permohonan Online GKP 2.0 ini.

Permohonan hanya boleh dibuat melalui online diatas sahaja dan tiada borang manual disediakan.

Anda boleh membuat permohonan dari 1 Oktober sehingga 31 Oktober 2020 (selama 1 bulan).

Semakan Geran Khas Prihatin 2.0

[adssulvo2]

Pemohon boleh membuat semakan permohonan mulai 27 November 2020.

1. Pergi ke Portal Semakan GKP 2.0 atau https://gkp.hasil.gov.my dan klik ‘Semakan’ pada sebelah kanan.

2. Masukkan no Kad Pengenalan dan Captcha dan klik button ‘Semakan’

3. Status permohonan Berjaya atau Gagal akan dipaparkan seperti dibawah:

semakan gkp 2-0 baru

Tarikh Pembayaran Geran-Khas 2.0

Pembayaran RM3000 secara one-off akan mula dibuat bermula 30 November 2020 secara berperingkat.

[adstextapply]

Pembayaran akan dikreditkan terus ke akaun bank persendirian pemohon yang didaftarkan.

Pastikan akaun bank anda masih aktif.

Baca: i-Sinar : Kini Anda Boleh Buat Pengeluaran Akaun 1 KWSP RM4000 hingga RM10000

Jika terdapat sebarang masalah dan pertanyaan mengenai status permohonan GKP ini, anda boleh terus menghubungi Hasil Care Line di talian 03-8911 1000 / 603-8911 1100 (Luar Negara).

Anda juga boleh memohon Bantuan Jabatan Kebajikan Masyarakat RM300 sebulan.


Comments

10 responses to “Permohonan & Semakan Geran Khas Prihatin 2.0 (GKP 2.0) – Bantuan RM3000 Kepada PKS”

  1. I,need, this money, to my daughter and my, sons,for running, everydays, life in,this covid, economy’s,so down, this,money, be so helps my familys I,will thanks to god give me the opportunity, to used money,,god is great, only,if give this second, chance, for me and my familys,pls help,my familys, I,loved Nestle,forewer,in,this journeys,,be and,thanks nestle

  2. Everyone in my family love Nestle. Be it Nescafé, Milo , Maggi and all of its chocolate products. We love what Nestle does for the environment too. My family follow all of nestle’s activities, in fact my son hopes to work for nestle if given the opportunity. Nestle is a company that gives back to the society thru its corporate responsibility programs. Love Nestle…. You’re the best

  3. Peter anak ugah Avatar
    Peter anak ugah

    Anak saya sudah 3 tahun menganggur belum dapat kerja..lepasan master di upsi tanjung malim
    .jurusan jurulatih sukan..bagaimana dengan masalah anak saya ini..ada sapa boleh tolong bantu untuk dapat kerja..mohon cara online sudah banyak kali..tapi tidak kena panggil..loan ptptn..biasiswa sukan semua kena bayar. Mahu bayar guna apa..kerja belum ada

  4. Saya susah saya buat ini kerana saya susah

  5. Jaili bin joseph Avatar
    Jaili bin joseph

    Memohon bantun kerajaan negri sabah

Leave a Reply to Peter anak ugah Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *