i-Sinar : Kini Anda Boleh Buat Pengeluaran Akaun 1 KWSP RM4000 hingga RM10000

KWSP hari ini telah mengeluarkan kenyataan bahawa rakyat Malaysia sudah boleh mengeluarkan duit simpanan dari akaun 1 KWSP sehingga RM10,000 untuk pengeluaran kali pertama melalui program i-Sinar.

Program i-Sinar ini akan memberi manfaat kepada 2 juta ahli yang layak dan dianggarkan sejumlah RM14 bilion akan tersedia untuk ahli yang layak.

Pengeluaran Akaun 1 KWSP

Sebelum ini, dalam pembentangan Bajet 2021, Menteri Kewangan Malaysia, telah mengumumkan bahawa ahli KWSP boleh membuat pengeluaran akaun 1 KWSP sehingga RM500 sebulan dengan jumlah RM6,000 untuk 12 bulan tetapi mendapat bantahan rakyat Malaysia kerana ianya tidak mencukupi.

Dan semalam, KWSP telah membuat kenyataan baru dengan memperkenalkan program i-Sinar dimana ahli yang layak boleh membuat pengeluaran pertama RM4000 hingga RM10000 dengan syarat dibayar balik selepas keadaan pulih seperti sedia-kala.

[adssulvo1]

Secara amnya, ahli yang layak boleh mengakses 10% daripada amaun simpanan mereka dalam Akaun 1, tertakluk kepada baki minimum RM100.

Untuk baki RM90,000 ke bawah, ahli akan mempunyai akses kepada amaun sehingga RM9,000.

Amaun pendahuluan ini akan dikreditkan secara berkala sehingga enam bulan dengan pendahuluan pertama sehingga RM4,000.

akaun 1 kwsp bawah 90k

[adssulvo2]

Manakala untuk ahli yang mempunyai baki lebih daripada RM90,000 dalam Akaun 1, mereka akan mempunyai akses 10% untuk pengeluaran pertama dengan maksima RM60,000.

Amaun pendahuluan ini akan dikreditkan secara berkala sehingga enam bulan dengan pendahuluan pertama sehingga RM10,000.

akaun 1 kwsp atas 90k

Syarat Kelayakan i-Sinar

Antara syarat kelayakan yang ditetapkan untuk mengeluarkan duit anda dari akaun 1 adalah:

[adstextapply]

1. Mereka yang hilang pekerjaan

2. Ahli yang diberikan cuti oleh majikan tanpa gaji

3. Ahli yang telah kehilangan sumber pendapatan.

Tarikh Permohonan iSinar

Tarikh permohonan akan dibuka pada bulan hadapan iaitu Disember 2020.

Amaun akan dikreditkan dalam akaun bank ahli pada hujung bulan selepas permohonan dibuat. Pengkreditan pertama akan bermula pada Januari 2021.

Untuk ahli yang masih belum membuat permohonan i-Lestari iaitu permohonan pengeluaran simpanan Akaun 2 KWSP, permohonan dibuka sehingga hujung tahun ini.

Carian:
  • https://jawatanmalaysia net/i-sinar-akaun-1-kwsp/

Comments

18 responses to “i-Sinar : Kini Anda Boleh Buat Pengeluaran Akaun 1 KWSP RM4000 hingga RM10000”

  1. 1367_1 kampung paya berenjut
    24000 kemaman tggnu

      1. Bila duit i-sinar fasa 2 d keluarkan?

  2. Maria binti sebli Avatar
    Maria binti sebli

    Saya nak tukar kan amaun pengeluaran KWSP saya…saya nak keluar kan rm10k tapi tertekan rm5k….boleh tak tukar kan saya punya tersalah amaun…semoga dapat bantu saya…sekarang tak ada ot dh kilang harap basic sahaja ..

    1. d’mna mahu mohon i-sinar@d’mna nak dapatkan link i-sinar?

  3.  Avatar
    Anonymous

    Saya nak keluar I sinar kali kedua Mcm mana apply

  4. Roslinda bt Musa Avatar
    Roslinda bt Musa

    Sy nak sambung pengeluaran 10k..bisnes pun xleh jalan..modal terbenam

  5. Franky ak jepon Avatar
    Franky ak jepon

    Untuk buat sambongan sekolah anak saya dan untuk buat rumah

  6. Saya MEMOHON RAYUAN agar isinar dilanjutkan

  7. Daftarn number tel TAC DAN ID BARU

  8. SABRI HARASAH Avatar
    SABRI HARASAH

    Kenapa pula kena bayar balik bila sudah kembali pulih.itu kan duit rakyat
    Lagi satu ni aku menyampah sudah tengok banyak betul link tapi satu pun aku tak jumpa link pengeluaran balik2 cara semak cara daftar apa benda ni

  9. SABRI HARASAH Avatar
    SABRI HARASAH

    Tolong lah wahai kerajaan dengar lah keluhan rakyat mu.pertimbangkan lah dengan ada nya Rm10,000 tu dapatlah kami jelaskan segala hutang bil apa semua tolong

  10. Tlg sy ada utang nak bayar
    Lagi sewa rumah nak bayar
    Ada masala masala banyak

  11. Navaranjini Avatar
    Navaranjini

    Saya ada banyak huntang dengan nak beli motor untuk senang pergi kerja..Harap difahami..tolong lah

  12. Navaranjini Avatar
    Navaranjini

    Tolong difahami..ada hutang banyak

Leave a Reply to Logeswaran a/l munisamy Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *