Pembentangan Belanjawan 2021 ini telah dibuat petang tadi (Jumaat 4 petang) oleh Menteri Kewangan Malaysia, Tengku Zafrul Bin Tengku Abdul Aziz yang disiarkan secara langsung di media-media utama.
Dan pembentangan Bajet 2021 ini amat dinanti-nantikan oleh rakyat Malaysia yang mengharapkan ada sesuatu dapat membantu mereka dikala Malaysia menghadapi peelbagai krisis dan kemelesatan ekonomi kerana covid 19.
Intipati Bajet 2021
Kami kongsikan antara Intipati yang paling menarik untuk rakyat Malaysia iaitu bantuan-bantuan baru yang dikemaskini dari untuk #Bajet2021 ini:
[adssulvo1]
1. Keperluan Barisan Hadapan sebanyak 1 bilion bagi membendung penularan covid-19. Antaranya Pemberian one off barisan frontliner utk 100 ribu orang sebanyak RM500
2. Menaikkan kadar bantuan kebajikan bulanan
3. Bantuan Prihatin Rakyat 2021 (ganti BSH)
4. Bantuan RM180 kredit seorang untuk telekomunikasi dan jaringan internet
5. Moratorium bersasar penangguhan ansuran selama 3 bulan atau pengurangan ansuran sebanyak 50% selama 6 bulan
6. Pengeluaran akaun 1 KWSP RM500/bulan untuk 12 bulan. Mula memohon Januari 2021
7. Lanjutan tempoh elaun mencari kerja
8. Had pengecualian cukai pendapatan dinaikkan kepada RM20,000
9. Insentif pengeluaran getah dinaik kepada RM300 juta. Insentif bantuan petani dan nelayan sebanyak RM1.7 bilion
10. Elaun sara nelayan dinaikkan kepada RM300
[adssulvo2]
11. Penghapusan faedah hutang peneroka felda RM400 juta
12. Skim janakerja RM3.7 bilion
13. Program peningkatan kemahiran & latihan semula
14. Short term employment programme RM700 juta
15. Program Subsidi Upah bersasar tambahan 3 bulan khusus bagi sektor pelancongan.
16. Bantuan One off RM500 untuk imam,bilal dan lain-lain.
17. Program Pembangunan Komuniti India RM20 juta
18. Pembaikan rumah ibadat RM50 juta
19. Program Kesenian & Kebudayaan RM15 juta
20. Pembangunan komuniti orang asli RM158 juta
21. Kenaikan bantuan kewangan bagi warga emas
22. Penambahbaikan bekalan air dan elektrik luar bandar
23. Perkhidmatan bank bergerak di Sabah & Sarawak
24. Penyelenggaran kemudahan jalan raya RM50 juta
25. Program Perantisan Belia RM250 juta
26. Penyelenggaran Kemudahan Sukan RM103 Juta
27. Bajet KPM RM50.4 bilion
28. Bajet KPT RM14.4 bilion
[adssulvo3]
29. Pemerkasaan TVEY RM29 Juta
30. Pas perjalanan MY30
31. Skim SME RM150 juta
32. Pinjaman Mudah PKS RM1.9 bilion
33. Projek baharu jalan RM3.8 bilion
34. Pembangunan Infrastruktur Sabah & Sarawak berjumlah RM9.6 bilion
35. Pemeliharaan Alam Sekitar RM20 juta
36. Bantuan penjawat awam RM600. Pesara RM300. Akan dibayar pada awal tahun 2021.
[adstextapply]
Dan banyak lagi…
Anda rasa nombor berapa belanjawan yang menguntungkan anda?
Leave a Reply to Curis a/p loma Cancel reply