Kepada semua pemohon pengeluaran i-Sinar KWSP boleh membuat Semakan Tarikh Dan Jadual Pembayaran i-Sinar KWSP.
Kepada ahli dalam Kategori 1 yang masih belum membuat permohonan, anda boleh rujuk Cara Memohon i-Sinar ini. Untuk Kategori 2, permohonan akan dibuka pada 4 Januari 2021.
Anda disarankan semak dahulu jumlah pembayaran (Amaun Pilihan) dengan betul sebelum menghantar permohonan.
*Kemaskini 21 Disember 2020
Tarikh & Jadual Pembayaran i-Sinar KWSP
Kepada ahli yang layak, anda akan mula menerima pembayaran pertama pada pada pertengahan bulan Januari 2021 tahun hadapan.
Jadual Pembayaran Pertama iSinar
- Kategori 1: 11 Januari 2021
- Kategori 2: Pertengahan Februari 2021
[adssulvo1]
Jumlah pembayaran adalah berbeza setiap individu kerana ia adalah mengikut Amaun Pilihan yang anda tetapkan dalam borang permohonan.
Contoh: Ali membuat Amaun Pilihan sebanyak RM10,000 dan memilih pembayaran bulan pertama RM5,000. Bulan kedua dan seterusnya Ali akan menerima bayaran sebanyak RM1,000 sebulan.
Pembayaran akan dikreditkan terus ke akaun pemohon masing-masing.
Semakan status permohonan boleh dibuat bermula 4 Januari 2021 nanti.
[adstextapply]
[adssulvo2]
Dan pada ahli yang masih belum membuat pengeluaran i-Lestari RM500 sebulan, permohonan masih dibuka sehingga Mac 2021.
Sekiranya anda mempunyai pertanyaan berkaitan pengeluaran i-Sinar, anda boleh terus menghubungi talian Hotline i-Sinar 03 8922 4848 yang beroperasi pada jam 8 pagi hingga 8 malam sahaja.
Leave a Reply to Mohd Nexon bin jainal Cancel reply