Jawatankosong terkini di Perusahaan Otomobil Nasional Sdn Bhd sesi 2020. Sebarang info bagi jawatan kosong PROTON terbaru akan dikemaskini disini dari masa ke semasa. Sila bookmark portal Jawatanmalaysia.net ini untuk rujukan masa depan.
Info Jawatan-Kosong PROTON 2020
PROTON merupakan pengeluar kereta pertama Malaysia idea daripada Dr Mahathir (Perdana Menteri ketika itu) dan sekarang ianya dibawah milik DRB-HICOM.
- 📌 Selangor
- 🎓 SPM/SKM/IKM/GiatMara
- 🎁 Pelbagai bonus dan kemudahan seperti KWSP / PERKESO / OT / Elaun / Kemudahan perubatan / Asrama & pengangkutan percuma dan byk lagi
Sukacita dimaklumkan bahawa PROTON ingin menjemput warga Malaysia yang berumur 18 tahun keatas yang berminat untuk menghadiri temuduga bagi mengisi kekosongan yang dibuka dengan pelbagai bonus dan kemudahan untuk mereka yang berjaya memohon.
Jawatan | Tarikh Temuduga |
---|---|
1. Pekerja Pengeluaran (Lelaki) | 24,25,26 Jun 2020 (Rabu – Jumaat)) |
1. Syarat utama adalah pemohon mestilah warganegara Malaysia yang berumur 18 tahun ke atas dan bawah 29 tahun.
2. Jawatan ini dibuka untuk lelaki sahaja.
3. Lepasan SPM/SKM/IKM/GiatMara digalakkan memohon.
4. Sihat tubuh badan dan tidak mempunyai masalah mata (rabun warna).
Baca juga: Harga Kereta PROTON Terkini!
Faedah Kerjaya PROTON
PROTON menyediakan pelbagai faedah/bonus terhadap pekerja mereka seperti:
- Gaji pokok dibayar 2x sebulan
- Elaun syif malam
- Bayaran kerja lebih masa (OT)
- Subsidi kupon makanan
- Elaun pengangkutan
- Elaun Dobi
- Caruman KWSP + caruman tambahan
- Caruman PERKESO
- Insuran berkelompok (24 jam)
- Kemudahan rawatan perubatan
- Asrama & bas disediakan
Mohon juga:
1.Jawatan Kosong Pos Malaysia 2020 (DRB HICOMS GROUP)
2. Temuduga Terbuka PERODUA 2020
Cara Memohon Jawatan
1. Kepada calon yang berminat dan berkelayakan, anda dikehendaki menghadiri temuduga terbuka PROTON yang akan diadakan seperti dibawah:
Jawatan:
Pekerja Pengeluaran (Lelaki)
Tarikh:
24,25 & 26 Jun 2020 (Rabu)
Masa:
9.00 Pagi – 4.00 petang
Lokasi:
Auditorium, Bangunan Pentadbiran Perusahaan Otomobil Nasional Sdn Bhd, Persiaran Kuala Selangor, Seksyen 26, 40400 Shah Alam, Selangor
2. Sila bawa bersama dokumen (asal & salinan) yang telah disahkan semasa menghadiri temuduga:
- kad pengenalan
- sijil akademik dan ko-kurikulum
3. Sila berpakaian kemas semasa menghadiri temuduga (jeans dan tshirt berkolar bulat tidak dibenarkan)
Jika terdapat sebarang masalah atau pertanyaan mengenai permohonan jawatan kosong ini, anda boleh menghubungi Encik Shadeli Sham Bin A Khalek di talian 03 5039 2444 / 012-305 5889
✔️ Semua maklumat kerja kosong diatas adalah benar dan sudah disemak. Anda juga download maklumat penuh kerjakosong ini disini.
{ 0 comments… add one now }