Cari Jawatan Kosong Disini.
Generic selectors
Exact matches only
Search in title
Search in content
Post Type Selectors
Post image for Melampau! Jururawat Ini Dihalau Rumah Sewa Serta-merta Selepas Positif COVID-19!

Melampau! Jururawat Ini Dihalau Rumah Sewa Serta-merta Selepas Positif COVID-19!

in Berita semasa

Kejam & melampau! Itulah yang boleh dikatakan sikap tuan rumah yang disewa oleh jururawat ini selepas beliau dan rakannya dihalau keluar serta merta dari flat yang disewanya selepas jururawat itu disahkan positif virus COVID-19.

Seperti yang kita ketahui, doktor dan jururawat adalah orang yang paling sibuk sekarang ini menghadapi virus COVID-19 yang berbahaya.


Kejadian malang ini telah berlaku kepada Clara Serrano yang berumur 31 dan bekerja di sebuah hospital di Madrid, Sepanyol.

Beliau yang baru sahaja berpindah ke Bandar Madrid untuk bekerja disana pada 11 Mac dan mula bekerja 12 Mac kemudian telah disahkan positif virus tersebut pada 23 Mac.

Jururawat Clara Serrano yang dihalau keluar dari rumahnya

Menurut Serrano lagi beliau cuba menjelaskan kepada tuan rumah bahawa beliau akan keluar dan memerlukan sedikit masa tapi tuan rumah tidak mengendahkannya dan memaksanya keluar dari flat yang disewanya dengan segera.

Beliau telah tidur di dalam keretanya selama beberapa malam selepas dipaksa dan dihalau keluar sebelum mendapatkan bilik di Hotel Marriot Auditorium yang telah diubahsuai menjadi pusat perubatan sementara.


Admin: Kejadian ini sepatutnya tidak berlaku kerana doktor dan jururawat sekarang sedang berhempas-pulas untuk merawat pesakit yang menghisapi virus COVID-19 ini. Dan mereka adalah orang yang mudah untuk dijangkiti virus ini.

Memang kita semua patut takut kepada virus ini tapi sepatutnya tuan rumah kena bertolak ansur dan memberi masa kepada jururawat tersebut.

Tinggalkan komen anda tentang isu ini dibawah.

{ 3 comments… read them below or add one }

NIK MOHD SQDRIESYAH BIN NIK YA November 29, 2020 at 9:13 am

RM500 bpm

Reply

NIK MOHD SQDRIESYAH BIN NIK YA November 29, 2020 at 9:14 am

RM500 duit bpm

Reply

Kuit Sui ling July 14, 2021 at 9:41 am

Mita mohon bantuan

Reply

Leave a Comment


Jawatanmalaysia.net merupakan portal kerja kosong Malaysia 2020 yang menghimpunkan jawatan kosong kerajaan dan juga kerja kosong swasta terkini. Para majikan juga boleh iklankan jawatan kosong terbaru syarikat secara percuma disini.

Tentang Kami | Hubungi Kami | Penafian

© 2005-2023