kad sejahtera

Permohonan Kad Sejahtera – Rawatan Perubatan Percuma Sehingga RM500 Setahun

Kerajaan Negeri Terengganu telah memperkenalkan Program Kad Sejahtera iaitu Skim Khidmat Rawatan Perubatan sebagai meringankan beban rakyat yang kurang berkeupayaan untuk menanggung kos perubatan dan rawatan.

Insiatif ini adalah dalam membantu keluarga yang berpendapatan rendah, miskin dan miskin tegar di Terengganu.

Kad Sejahtera – Skim Khidmat Rawatan Perubatan Sehingga RM500 setahun

kad sejahtera terengganu

[adssulvo2]

Melalui program dan skim ini, para pemegang kad dapat menikmati rawatan kesihatan sehingga RM500 setahun dimana-mana klinik panel terpilih di Terengganu yang melibatkan 20,000 penerima golongan B40 dengan peruntukkan sebanyak RM10.9 juta.

Kad tersebut mempunyai nilai RM500 untuk tempoh setahun dan had penggunaan pula adalah RM70 untuk sekali transaksi.

Baca: Senarai Bantuan Jabatan Kebajikan Masyarakat Yang Boleh Anda Mohon

Dengan kata mudah, penerima boleh terus membayar kos rawatan secara tunai di klinik-klinik panel jika mengalami masalah kesihatan.

Kelayakan Memohon Kad Sejahtera

permohonan kad sejahtera bantuan perubatan
[adssulvo3]

Antara syarat kelayakan untuk anda memohon bantuan kad perubatan ini adalah:

  • Untuk suami dan/atau isteri berserta anak-anak yang berkelayakan
  • Mestilah warganegara Malaysia
  • Lahir di Terengganu atau telah menetap lebih 10 tahun di Terengganu
  • Had pendapatan sebulan yang ditetapkan kerajaan Terengganu

Baca: Semakan Bantuan Prihatin Nasional (BPN) 2.0

Kerajaan lebih menekankan bantuan ini kepada golongan B40 dengan pendapatan purata per kapita keluarga di bawah RM2,800 setiap bulan.

Semakan Permohonan Kad-Sejahtera

semakan kadsejahtera terengganu

Untuk membuat semakan permohonan kad anda, anda hanya masukkan kad pengenalan anda disini > Portal Semakan Kad Sejahtera

[adstextapply]

Klinik Panel Kad Sejahtera

klinik panel kad sejahtera terengganu

[adssulvo1]

Terdapat pelbagai klinik panel yang anda pemegang kad boleh kunjungi seperti di kawasan Dungun, Marang dan Kuala Terengganu untuk membuat rawatan.

Untuk senarai penuh lokasi klinik panel ini, anda boleh klik Senarai Lokasi Klinik Panel Kad Sejahtera.

Bagi klinik yang berminat untuk menjadi ahli panel, anda boleh muat-turun Borang Permohonan ini.

Untuk bantuan mengenai kad ini, anda boleh terus menghubungi pusat panggilan di talian 1 800 22 6600 atau emel [email protected].

Masih ramai rakyat tidak tahu tentang program bantuan ini dan diharapkan anda dapat berkongsi info ini kepada rakan dan juga famili anda.


Comments

2 responses to “Permohonan Kad Sejahtera – Rawatan Perubatan Percuma Sehingga RM500 Setahun”

  1. Mardziyah BT ismail Avatar
    Mardziyah BT ismail

    Terbaik Nestle

  2. […] Baca: Permohonan Kad Sejahtera – Rawatan Perubatan Percuma Sehingga RM500 Setahun […]

Leave a Reply to Mardziyah BT ismail Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *