Cari Jawatan Kosong Disini.
Generic selectors
Exact matches only
Search in title
Search in content
Post Type Selectors
Post image for [Rasmi] Cara Kemaskini Bantuan Prihatin Rakyat (BPR) 2021

[Rasmi] Cara Kemaskini Bantuan Prihatin Rakyat (BPR) 2021

in Berita semasa

Ramai keliru dan tertanya-tanya adakah perlu membuat Permohonan BPR baharu atau Kemaskini BPR sahaja?

Kemaskini Bantuan Prihatin Rakyat 2021

bantuan-bpr-2021

Untuk anda yang pernah menerima BSH 2020 atau BPN 2.0 yang lulus sebelum ini, anda TIDAK PERLU PERMOHONAN BPR BARU.

PERMOHONAN BPR yang baru adalah untuk mereka yang tidak pernah menerima BSH atau BPN sahaja.

Sebaliknya anda hanya perlu membuat KEMASKINI BPR sahaja.

Ini kerana kerajaan menggunakan data yang sama anda gunakan sehingga sekarang seperti status anda, nombor telefon, akaun bank dan lain-lain.

Anda perlu KEMASKINI BPR sekiranya terdapat maklumat peribadi anda yang berubah seperti:


Dulu (semasa menerima BPN/BSH) Sekarang
Bujang Berkahwin
Berkahwin Bercerai
Anak 1 orang Anak 2 orang
Nombor telefon lama Nombor telefon baru
Guna akaun CIMB Nak tukar akaun bank


Senang kata, sekiranya terdapat perubahan dalam keluarga atau anda ingin membuat perubahan data seperti nombor telefon atau akaun bank sahaja barulah anda perlu membuat kemaskini permohonan.

Sekiranya tiada perubahan, anda boleh tunggu sahaja pembayaran BPR dibuat ke akaun anda.

Cara Membuat Kemaskini BPR 2021

Berikut adalah langkah untuk membuat kemaskini borang BPR anda:

1. Pergi ke Portal Rasmi BPR di https://bpr.hasil.gov.my. (Update: Server mungkin slow akibat terlalu ramai yang akses)

2. Klik pada ‘Log Masuk’ di sebelah kanan.

cara kemaskini bpr log masuk

3. Masukkan nombor Kad Pengenalan.

4. Kemudian anda diminta untuk sahkan akaun anda dengan menjawab soalan-soalan yang dipaparkan.

5. Kemaskini maklumat yang diperlukan. Muatnaik dokumen diperlukan (sekiranya perlu).

5. Klik ‘Teruskan‘.

6. Sahkan maklumat anda dan klik ‘Hantar‘.

7. Permohonan kemaskini anda berjaya dihantar.

Permohonan kemaskini hendaklah dibuat sebelum atau pada 15 Februari 2021 (tarikh tutup tertakluk kepada perubahan dari semasa ke semasa).

Untuk tarikh dan jadual pembayaran, anda boleh semak di Tarikh Bayaran BPR.

{ 12 comments… read them below or add one }

sidek bin saad February 8, 2021 at 1:06 pm

Bantuan leptop utk anak belajar di Rumah

Reply

Tommy anak tusin February 9, 2021 at 11:43 pm

Mohon khas untuk anak belajar kat rumah masa covid bue

Reply

Murlinathan A/l morgan February 10, 2021 at 3:23 am

Bujang

Reply

Noorshakila binti Mohd saad May 1, 2021 at 7:51 am

Sya nk tau lulus ka x

Reply

Faizulikhwan bin musa May 10, 2021 at 7:49 am

Ya

Reply

Muhammad aizat bin kamaruddin May 16, 2021 at 9:01 pm

Belom masuk lagi

Reply

Mohamad Azaibie Bin Mohamad Zin May 21, 2021 at 6:02 pm

Saya seorang bapa tunggal yg baru kehilangan isteri yg baru shj meninggal dunia.sbelum ini kami layak menrima bantuan bpr.sbelum ini arwah isteri sy yg akan menguruskan hal2 spt prmohonan bantuan ini.namun akhir2 hyat arwah saya hanya sibuk dgn bekerja sambil menguruskan masalah2 yg lainnya.dimanakah,apakah,dan bagaimanakah cara utk sy memohon bantuan ini krn sy yg kurang mahir dn peka dgn dunia hari ni,disamping mnjd seorang ayah yg mnjaga seorang anak llki yg masih kecil.sy amat2 brterima kasih kpd kakitangan kerajaan yg berkaitan utk bantu sy dlm hal ini.memandangkan stelah sy cuba utk mengakses ke semua link bantuan yg ada,hampir kesemuanya akan berkaitan dgn bpn.sdangkan sy,profil sy tidak lagi layak sudah lama.sdangkan kondisi diri,kehidupan serta status sy adalah amat2 layak dan memerlukan.sy mohon bantulah sy demi menggalas tanggungjawab saya utk meneruskan hidup di akhir zaman ini.terima kasih..

Reply

Mohamad Azaibie Bin Mohamad Zin May 21, 2021 at 6:15 pm

Tolong tunjukkn saya cara,jalan ataupun laluan yg memudahkan sy memohon bantuan dr kesemua bantuan yg ada.krn kesemua yg ingin sy mohon disangkutkan keatas BPN atau BPR.paling mengejutkan,dgn secara tiba2 kami yg sbelum ini layak menerima,tiba2 disingkirkan dr kesemua bantuan yg ada.pada masa yg sama,sy yg hilang pekerjaan,isteri sy yg sakit sehingga meninggal dunia,serta keadaan dunia yg berubah 100% ini mewajibkan keperluan duit yg berlipat ganda utk meneruskan hidup.disamping sy seorng yg menggalas tggungjawab seorg anak yg masih trlalu kecil dgn kos penampungannya.berbekalkan diri yg tidak punya sijil dan pengalaman skill utk mndptkan kerja yg dpt menampung taau dpt bersaing dlm kehidupan hari ini.sy yg baru ingin cuba ikhtiarkan dijln ini akhirnya hnya mampu utk menulis ruangan komen disini stelah agak lama mncuba sesuatu berkenaan dgn bantuan ini.menurut segala apa yg ada dipinjamkan oleh Tuhan kepada diri ini,saya mampu utk mengakui,saya agak layak utk menerima bantuan ini([email protected])krn spnjang prjalanan hidup sy sndiri blom pnah mnjumpai permasalahan rumit sebegini yg sy alami.inilah ikhtiar trakhir utk sy dptkan apa yg rakyat atau org lain dptkan semudah ketikan dihujung jari berserta sesaat masa yg diperlukan berbanding seluruh nikmat hidup yg saya gunakan utk satu jalan yakni,seluruh apa yg saya tulis ini.mengapa?knp?bagaimana?dan terima kasih atas kesudian memahami satu maksud dr beribu kata yg sukar disampaikan.akhir kata,sy mohon maaf jika keterlaluan meletakkan komen sy disini.sejujurnya,ini blom selangkah pun dlm hidup sy yg sy cuba sampaikan.terima kasih

Reply

MUHAMMAD AIMAN BIN MOHAMAD ROZI May 31, 2021 at 6:15 am

Sya adalah permohona baharu

Reply

Malathy a/p mookiah July 10, 2021 at 12:23 am

Sebab tak lulus bpn Dan blh buat rayuan tak..

Reply

Nor Azizah Binti Hizan September 8, 2021 at 9:30 pm

bagaimana ingin menukar no acct utk bantuan bpr.kerana semasa membuat permohonan menggunakan acct suami.tetapi no acct itu salah dan masuk ke acct bank perumahan.dan sekarang saya telah membuat acct baru.dan hanya saya yg layak menerima bpr.tetapi disebabkan tersilap no acct saya tidak dpt menerima duit .semuanya masuk dlm acct perumahan suami.suami saya pula berada di singapura.sekian terima kasih.

Reply

Jalius tumunjuk September 10, 2021 at 5:39 am

22.135.131383.9

Reply

Leave a Comment


Jawatanmalaysia.net merupakan portal kerja kosong Malaysia 2020 yang menghimpunkan jawatan kosong kerajaan dan juga kerja kosong swasta terkini. Para majikan juga boleh iklankan jawatan kosong terbaru syarikat secara percuma disini.

Tentang Kami | Hubungi Kami | Penafian

© 2005-2023