Ramai keliru dan tertanya-tanya adakah perlu membuat Permohonan BPR baharu atau Kemaskini BPR sahaja?
Kemaskini Bantuan Prihatin Rakyat 2021
Untuk anda yang pernah menerima BSH 2020 atau BPN 2.0 yang lulus sebelum ini, anda TIDAK PERLU PERMOHONAN BPR BARU.
PERMOHONAN BPR yang baru adalah untuk mereka yang tidak pernah menerima BSH atau BPN sahaja.
Sebaliknya anda hanya perlu membuat KEMASKINI BPR sahaja.
Ini kerana kerajaan menggunakan data yang sama anda gunakan sehingga sekarang seperti status anda, nombor telefon, akaun bank dan lain-lain.
Anda perlu KEMASKINI BPR sekiranya terdapat maklumat peribadi anda yang berubah seperti:
[adssulvo1]
Dulu (semasa menerima BPN/BSH) | Sekarang |
---|---|
Bujang | Berkahwin |
Berkahwin | Bercerai |
Anak 1 orang | Anak 2 orang |
Nombor telefon lama | Nombor telefon baru |
Guna akaun CIMB | Nak tukar akaun bank |
[adssulvo2]
Senang kata, sekiranya terdapat perubahan dalam keluarga atau anda ingin membuat perubahan data seperti nombor telefon atau akaun bank sahaja barulah anda perlu membuat kemaskini permohonan.
Sekiranya tiada perubahan, anda boleh tunggu sahaja pembayaran BPR dibuat ke akaun anda.
Cara Membuat Kemaskini BPR 2021
Berikut adalah langkah untuk membuat kemaskini borang BPR anda:
1. Pergi ke Portal Rasmi BPR di https://bpr.hasil.gov.my. (Update: Server mungkin slow akibat terlalu ramai yang akses) [adstextapply]
2. Klik pada ‘Log Masuk’ di sebelah kanan.
3. Masukkan nombor Kad Pengenalan.
4. Kemudian anda diminta untuk sahkan akaun anda dengan menjawab soalan-soalan yang dipaparkan.
5. Kemaskini maklumat yang diperlukan. Muatnaik dokumen diperlukan (sekiranya perlu).
5. Klik ‘Teruskan‘.
6. Sahkan maklumat anda dan klik ‘Hantar‘.
7. Permohonan kemaskini anda berjaya dihantar.
Permohonan kemaskini hendaklah dibuat sebelum atau pada 15 Februari 2021 (tarikh tutup tertakluk kepada perubahan dari semasa ke semasa).
Untuk tarikh dan jadual pembayaran, anda boleh semak di Tarikh Bayaran BPR.
Leave a Reply to Jalius tumunjuk Cancel reply