Pengkelasan Baru Golongan B40, M40 dan T20.

Kita seringkali mendengar bunyi golongan B40, M40, T20 diungkapkan bilamana pembentangan bajet belanjawan tahunan atau pengumuman bantuan untuk rakyat dari kerajaan.

Namun masih ada lagi rakyat Malaysia tidak memahami maksud sebenar ungkapan tersebut.

Sebagai contoh, kerajaan memberikan Bantuan Tambahan RM500 Untuk B40.

Apakah sebenarnya yang dimaksudkan sebenarnya dengan golongan B40 dan M40 ini?

*Kemaskini 25 Mac 2021

Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin telah mengatakan bahawa ramai golongan B40 telah menjadi kelas baru B50 manakala M40 pula turun menjadi B40 disebabkan Pandemik Covid-19 yang berterusan selama setahun ini.

Covid 19 telah menyebabkan negara terpaksa PKPB/PKPP dan telah memberi kesan ekonomi yang dahsyat kepada sebahagian besar rakyat Malaysia.

Muhyiddin berkata demikian ketika berucap di Sesi Balai Rakyat Wawasan Kemakmuran Bersama 2030 di Sabah hari ini.

Maksud Sebenar B40, M40, T20

[adssulvo1]

Maksud sebenar ungkapan B40, M40, T20 adalah takrifan untuk merujuk kepada kelas pendapatan isi rumah di Malaysia yang dibuat oleh Jabatan Perangkaan Malaysia.

Pendapatan ini dikira secara purata pendapatan seisi rumah dan bukan secara pendapatan gaji individu.

Dan melalui takrifan B40, M40 dan T20 ini, ianya memudahkan kerajaan merancang untuk memberikan bantuan atau subsidi yang bersesuaian dengan pendapatan rakyat Malaysia.

Baru-baru ini, kerajaan mengumumkan pengkelasan baru dimana pengkelasan ini dipecahkan lagi daripada pengkelasan sedia ada iaitu:

  • B40 kepada B1, B2, B3 dan B4
  • M40 kepada M1, M2, M3 dan M4
  • T20 kepada T1 dan T2

Baca: Cara Semakan Penyata Akaun KWSP Online

Pendapatan Golongan B40

kumpulan b40

[adssulvo2]

Golongan B40 atau Bottom 40 merujuk kepada pendapatan isi rumah 40% terendah iaitu mereka yang berpendapatan purata isi rumah di bawah RM4,849.00 yang merangkumi 2.91 juta isi rumah.

Kumpulan isi rumah B40 juga merangkumi isi rumah miskin yang berpendapatan bulanan kurang daripada pendapatan garis kemiskinan (PGK) iaitu kurang daripada RM2,208 sebulan yang mana layak untuk memohon bantuan daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat.

[adstextapply]

Kerajaan telah mengambil pelbagai langkah untuk membantu golongan ini melalui pelbagai skim dan bantuan tanpa mengira jantina, kumpulan etnik, status sosioekonomi dan kedudukan geografi B40.

Pendapatan Golongan M40

kumpulan m40

Golongan M40 atau Middle 40 pula merujuk kepada pendapatan isi rumah kumpulan 40% pertengahan iaitu mereka yang berpendapatan purata RM4,850 sehingga RM10,959 sebulan.

Pendapatan Golongan T20

Golongan T20 atau Top 20 merujuk kepada pendapatan isi rumah kumpulan 20% tertinggi iaitu mereka yang berpendapatan bulanan isi rumah purata RM10,959 ke atas di Malaysia.

Semoga anda tidak lagi keliru bilama mendengar ungkapan golongan B40, M40 dan T20.

Dapatkan terkini mengenai Bantuan Kerajaan akan kemaskini di telegram. Boleh follow di Telegram Bantuan Kerajaan.


Comments

28 responses to “Pengkelasan Baru Golongan B40, M40 dan T20.”

  1. I,love,Nestle,, todays and forewer, like world’s, I,love,it is so so much good, than anything s,,so lovely,Nestle,for my life

  2. B40 ke M40 status sy….????
    Sy kerja sebagai penjaja kecil t
    Pendapatan tak menentu
    1hari rm40 ke rm70
    Sebulan rm1200 ke 1500
    Tanngungan
    Rumah sw rm 500
    Anak 3 orang
    Isteri tak kerja

    1. Abg B1, dalam kumpulan B-40. Mudah2an Allah permudah urusan abg dan murahkan rezeki abg

  3. Saya berkerja pengawal keselamatan pendapatan saya rm1400 sebulan tanggunan 4org anak

  4. Saya tidak ada kija sekarang ni,sy terjejas dg

    1. Saya bekerja gaji 2400 ,suami pesara tanpa pencen Dan tidak tidak berapa sihat, anak 3 org masih skolah ,semua hutang saya yg tanggung gaji tk mencukupi..Boleh kah saya apply utk JKM

  5. Mohd fazili Avatar
    Mohd fazili

    Bagai mana cara nak mendaftar sebagai golongan B40…

    1. AdminJawatanMalaysia.net Avatar
      AdminJawatanMalaysia.net

      tidak perlu daftar.check gaji sendiri sahaja

  6. Apa ni

  7. […] bantuan internet percuma ini, pelajar B40 tidak perlu membuat permohonan pihak HEP universiti akan menghubungi pelajar tersebut berdasarkan […]

  8. saya seorang ibu tunggal bertanggungan 4,orang anak saya tidak berkerje sebab saya ade sakit darah kuman block di otak saya, dan ade cenxer di rahim saya apoiment saya di hospital sek 7 shah alam tolong saya anak -anak saya nak belajar susah ade 1 phone tapi takboleh pakai saya susahati sebab anak anak takboleh belajar tolong anak anak saya…….

  9. Khairul afendi bin Abdul Kadir Avatar
    Khairul afendi bin Abdul Kadir

    Sy tidak bekerja knpe jd m40,mohon d pertimbang kn

  10. Norliza abd wahab Avatar
    Norliza abd wahab

    Suami saya 65 thn dah x bekerja..tiada pencen.sb keja swasta.tiada simpanan.sy pula berniaga sambilan utk sara hidup harian.niaga cara online..pendapatan tak tentu..dapat jualan..dapat la makan.. Boleh di kira pendapatan sebulan 600 shj.rumah api air kereta..semua x bayar..sb dah x de duit nk byr..ada anak sorang yg bersekolah.Baru dapat SBP masuk 6 hb april 2021.ni..nak masukkan anak asrama penuh x de duit..duit hanya ada rm 30..adoiii.jawabnya pinjam la dgn adik beradik n kawan2 yg mne sudi tolong..soalannya..Bantuan apa yg sy boleh mohon untuk Persekolah anak saya.

  11. Ismail Johari Avatar
    Ismail Johari

    Saya ismail dah lama tak bekerja disebabkan faktor kesihatan..
    Kenapa saya tidak layak menerima m40,mohon penjelasan dari pihak tuan

  12. Ismail Johari Avatar
    Ismail Johari

    Saya ismail dah lama tak bekerja disebabkan faktor kesihatan..
    Kenapa saya tidak layak menerima B40,mohon penjelasan dari pihak tuan

  13. […] Malaysia yang berumur berumur 21 hingga 60 tahun ,Terdiri daripada golongan B40,Penerima BPR yang berpendapatan RM1,000 dan ke bawah atau Kehilangan punca […]

  14. […] ini dalam menggantikan program Bantuan Sara Hidup (BSH) dengan menyasarkan bantuan untuk semua golongan B40 dan M40 termasuk golongan OKU dengan beberapa penambahbaikan […]

  15. […] Ianya untuk membantu mereka yang terkesan ketika PKP 3.0 ini terutama golongan B40. […]

  16. Saya layak menerima bantuan ini ke

  17. Salina bte ramlay Avatar
    Salina bte ramlay

    Salam..
    Mcm mne nk dpt kan B40 spe yg uruskn ke kena kemaskini atau ada pihak yg menguruskan

  18. Lalitha devi a/p che Lalitha devi chelvad Avatar
    Lalitha devi a/p che Lalitha devi chelvad

    I sudah membuat rayuan bpr tapi sampai sekarang x ada perubahan dekat status…I x ada kerja sekarang

  19. […] diberikan kepada lebih 11 juta isi rumah, individu bujang dan warga emas. yang miskin tegar serta golongan B40 dan […]

  20. Roszaidi bin mohd sharip Avatar
    Roszaidi bin mohd sharip

    Saya tak boleh berkerja pkpd,saya perlukan bantuan susu anak,dutchlady utk ank 1thun

  21. […] memberikan Bantuan Tablet Percuma dan data jalur lebar mudah alih khas untuk pelajar-pelajar IPTA golongan B40 melalui program Pakej PerantiSiswa 2022 dengan peruntukkan sehingga peruntukan RM450 juta untuk 600 […]

  22. […] merupakan sebuah program untuk membantu para ibu dan ibu tunggal dari golongan B40 dengan bantuan kewangan bagi pembelian barang keperluan asas dengan had RM200 sebulan di pasaraya […]

  23. Rizham bin Ramli Avatar
    Rizham bin Ramli

    Saya kehilangan pekerjaan,.. mcm ner mahu Mohan bantuan One off

Leave a Reply to AdminJawatanMalaysia.net Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *