Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin sebentar tadi telah mengumumkan pemberian Pakej Bantuan Khas (PERMAI) 2021 untuk rakyat Malaysia sempena lanjutan PKP di Malaysia.
Pakej Bantuan Khas 2021
Pakej Bantuan Khas 2021 adalah Pakej Bantuan Perlindungan Ekonomi dan Rakyat Malaysia atau PERMAI yang melibatkan peruntukkan bernilai 15 Bilion serta berteraskan kepada tiga matlamat utama iaitu memerangi pandemik Covid-19, memelihara kebajikan rakyat dan perniagaan.
Sebanyak 22 inisiatif telah diperkenalkan melalui Pakej Bantuan Khas ini.
Dan antara inisitif yang akan dilaksanakan di bawah PERMAI adalah seperti:
1. Bantuan RM500 kepada semua petugas barisan hadapan kesihatan, RM300 kepada petugas barisan hadapan lain
2. Lanjutan moratorium dan pengurangan ansuran pinjaman dari bank- bank
3. Program Bakul Makanan bernilai RM100 ringgit bagi setiap isi rumah yang layak oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM)
4. Pelepasan cukai khas sehingga RM2,500 bagi pembelian telefon bimbit, komputer dan tablet dilanjutkan sehingga 31 Dis 2021
5. Bayaran fasa terakhir BPN 2.0 akan dipercepatkan iaitu mulai 21 Jan
6. Data internet percuma 1 Gigabit kepada orang ramai termasuk bagi tujuan pendidikan mulai awal bulan ini hingga April
7. Moratorium bayaran balik pinjaman PTPTN selama tiga bulan sehingga 31 Mac
8. Program Subsidi Upah 3.0 di bawah PERKESO akan ditambah baik, semua majikan yang beroperasi semasa PKP layak untuk memohon tanpa mengambil kira sektor
9. Bantuan RM500 (one-off) kepada e-hailing, pemandu pelancong, pemandu teksi serta pemandu bas sekolah, bas persiaran & kereta sewa
10. Pembayaran pendahuluan i-Sinar Kategori 2 sehingga RM1000
11. Program Subsidi Upah 3.0 melibatkan peruntukan tambahan sebanyak RM1 bilion dijangka
12. Untuk tempoh satu bulan, majikan yang layak akan menerima subsidi upah berjumlah RM600 bagi setiap pekerja mereka yang bergaji kurang dari RM4,000, had pekerja 500
13. Bantuan RM200 juta untuk rakyat yang terjejas akibat banjir
14. Diskaun bil elektrik 10% kepada 6 sektor terpilih
Selain itu, antara bantuan yang telah diperkenalkan oleh kerajaan sepanjang tahun 2020-2021 ini kepada rakyat adalah:
{ 0 comments… add one now }