Semasa pembentangan Bajet 2021 sebelum ini, kerajaan ada mengumumkan akan Bantuan Kredit eWallet RM100 kepada yang layak.
Namun, Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin telah mengumumkan penambahbaikan Bantuan Kredit eWallet dengan penambahan sehingga RM150 pada 17 Mac yang lalu.
*Kemaskini 25 Mei 2021
Bantuan PEMERKASA – Kredit eWallet RM150
Program Strategik Memperkasa Rakyat dan Ekonomi atau PEMERKASA telah diumumkan oleh PM sebagai salah inisiatif pemulihan ekonomi dalam merancakkan kembali ekonomi negara susulan COVID-19.
[adssulvo1]
Dan dalam program PEMERKASA, kerajaan telah mengumumkan penambahbaikan Program eBelia dimana iaitu program khusus untuk golongan berusia antara 18 hingga 20 tahun serta pelajar Institut Pengajian Tinggi.
Setiap yang layak akan menerima bantuan kredit e-wallet RM150 setiap seorang secara one-off dengan jumlah keseluruhan membabitkan sehingga RM300 juta.
Kerajaan juga ada menyediakan bantuan Laptop Percuma untuk pelajar yang layak.
Bantuan ebelia RM150
[adssulvo2]
Setiap belia yang layak termasuk pelajar IPT akan menerima kredit ewallet RM150 secara sekaligus.
- belia yang berumur 18 hingga 20 tahun (lahir pada tahun 2001 hingga 2003) atau
- pelajara yang sedang belajar di IPT
Pemberian bantuan dalam bentuk ewallet ini adalah untuk membudayakan pembelian tanpa tunai dalam membeli barangan seharian.
Kerajaan telah mengumumkan bantuan kredit ini akan diberikan bermula 1 Jun 2021 hadapan.
Baca: Bantuan RM300 Telefon Pintar B40
Cara Penebusan Kredit e-Wallet
Kerajaan telah mengumumkan pembayaran akan dibuat melalui 4 ewallet utama:
eBelia akan ditawarkan melalui empat (4) penyedia perkhidmatan e-tunai iaitu:
[adstextapply]
- BigPay
- Boost
- ShopeePay
- Touch ‘n Go eWallet
Tempoh tuntutan kredit tersebut adalah dari 1 Jun hingga 22 Julai 2021 dan kredit tersebut boleh dibelanjakan sehingga 31 Julai 2021
Untuk panduan menebus ewallet ini, anda boleh follow di Telegram Bantuan Kerajaan. Kami akan berkongsi panduan pendaftaran e-wallet nanti.
Anda juga boleh mohon Bantuan Warga Emas untuk ibubapa anda.
Leave a Reply to Haron Bin Mohamed Kutty Cancel reply