Pemohonan BSH Anda Tidak Diluluskan?! Ini 24 Sebab Permohonan Anda Tidak Diluluskan. No.7 dan No.16 Antara Punca Ramai Gagal Permohonan BSH.

Ramai yang bingung dan marah bila permohonan BSH mereka tidak diluluskan dan mula mengutuk/mempertikaikan kerajaan kerana tidak meluluskan permohonan mereka.

Sebenarnya, banyak faktor dan asbab yang menyebabkan Permohonan Bantuan Sara Hidup anda gagal.

Pihak kerajaan tidak akan membatalkan permohonan anda tanpa sebab yang kukuh.

24 Sebab Permohonan BSH Anda Tidak Lulus

Untuk anda yang tertanya-tanya dan bingung kenapa permohonan BSH anda ditolak, kami akan kongsikan 24 sebab utama yang menyebakan permohonan anda ditolak:

[adstextapply]

[adssulvo1]

1) Pemohon adalah seorang warga asing yang tidak mempunyai MYPR atau MYKAS atau senang kata status pemohon adalah pendatang tanpa izin (PATI).

2) Pemohon sudah pun berumur 39 tahun dan ke bawah tapi masih lagi memegang status bujang.

3) Ibu tunggal atau janda tapi tiada anak tanggungan.

4) Bapa tunggal/duda tapi tiada anak tangungan.

5) Pemohon sedang berkelana/tinggal di luar negara samada sedang belajar atau bekerja di sana.

6) Pemohon sudah berkahwin dengan warga asing tetapi masih lagi tiada anak kandung yang ada MYKID atau MYKAD.

7) Pemohon memiliki syarikat Enterprise atau pemilikan tunggal (sole proprietor).

8) Pemohon memiliki syarikat Sendirian Berhad (SDN BHD).

9) Pemohon ada membeli dan memiliki rumah atau kedai yang bernilai lebih RM500 ribu.

10) Pemohon memiliki motosikal berkuasa tinggi yang lebih daripada 500cc.

[adssulvo1]

11) Pemohon mempunyai kereta import 1400cc atau lebih daripada itu

12) Pemohon mempunyai kereta Malaysia 2000cc atau lebih daripada itu

13) Pemohon adalah seorang yang pemegang status OKU di Malaysia tetapi nama anda tidak tersenarai dalam bantuan e-bantuan JKM.

14) Pemohon sama sekali tidak menghantar permohonan BSH 2020 yang dibuka bermula 1 Februari 2020 hiingga 15 Mac 2020 sbelum ini.

15) Pemohon tidak memberikan dokumen-dokumen yang diperlukan dengan lengkap seperti:

[adstextapply]

– sijil perkahwinan
– bukti sahih anda telah tamatkan sijil SSM
– bukti dokumen Pemohon memang tinggal di Malaysia walaupun berulang-alik ke Thailand atau Singapura untuk bekerja segala butiran yang Pemohon perlu dibuktikan dengan dokumen yang sah dan SAHIH
– bukti suami atau isteri telah meninggal dunia (SURAT KEMATIAN)
– bukti Pemohon mendapat kelayakan hak penjagaan anak daripada mahkamah
– dan lain-lain lagi

16) Pasangan telah menggunakan nama Pemohon dan anak-anak untuk permohonannya (duplikasi permohonan).

17) Suami telah memohon dengan isteri lain dan terjadi duplikasi permohonan (KES POLIGAMI).

[adssulvo1]

18) Pemohon adalah warga emas atau orang tua tapi tidak hidup melarat atau sebatang kara.

19) Pemohon tidak mengemaskini BSH antara 1 Februari 2020 hiingga 15 Mac 2020 walaupun terdapat perubahan info dalam diri Pemohon dan ahli keluarga seperti penambahan anak, perubahan alamat, perubahan nombor telefon, perubahan gaji dan pendapatan dan lain-lain lagi

Anda TIDAK LAYAK untuk mendapat tambahan RM120 untuk bagi pihak setiap orang anak (maksimum 4 orang anak untuk setiap isi rumah) sekiranya tidak mematuhi syarat kelayakan yang ditetapkan di bawah ini:

20) Pemohon ada anak angkat tetapi tidak berdaftar dengan pihak Jabatan Pendaftaran Negara (JPN).

21) Pemohon ada anak tapi tidak berdaftar dengan pihak JPN.

22) Pemohon ada anak yang berumur 19 tahun ke atas tetapi tidak sambung belajar di mana-mana universiti awam di Malaysia.

[adssulvo1]

23) Pemohon ada anak yang yang sudah pun bekerja yang mempunyai gaji dan pendapatan sendiri.

24) Pemohon ada anak yang bukan memegang status OKU.

Sekiranya anda tidak mendapat Bantuan BSH dan Bantuan BPN dan betul-betul memerlukan bantuan, anda boleh memohon Bantuan Kebajikan Masyarakat yang dibuka setiap masa.


Comments

4 responses to “Pemohonan BSH Anda Tidak Diluluskan?! Ini 24 Sebab Permohonan Anda Tidak Diluluskan. No.7 dan No.16 Antara Punca Ramai Gagal Permohonan BSH.”

  1. NESTLE THE BEST PRODUCT FOR ENERGY.

  2. 870328085765
    0182942342wssapp

Leave a Reply to mainah yusof Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *