Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) telah mengumumkan pembukaan sekolah sesi 2021 akan ditangguhkan buat sementara kerana berikutan peningkatan Covid-19.
sesi persekolahan 2021 ditangguhkan seketika
Sesi persekolahan 2021 yang dijadualkan akan dibuka pada 20 Januari di seluruh negara telah ditangguhkan.
Semua pelajar sekolah rendah dan sekolah menegah akan mengikuti pembelajaran dari rumah secara online (PDPR) mengikut kesesuaian guru pada 20 Januari nanti.
Kepada ibubapa yang masih belum memohon Bantuan Telefon dan Internet untuk pembelajaran anak anda.
Perkara ini telah diumumkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia di FB rasminya pada malam semalam selepas membuat perbincangan dengan Kementerian Kesihatan Malaysia dan Majlis Keselamatan Negara kerana kes Covid-19 sedang meningkat.
Bagaimanapun bagi pelajar yang akan menduduki peperiksaan SPM, SVM, SKM, STPM, STAM dan DVM tahun 2020 serta peperiksaan antarabangsa yang setara akan tetap meneruskan pembelajaran secara bersemuka di sekolah seperti yang telah dijadualkan.
Untuk pelajar Kolej Matrikulasi, pelajar perlu kekal di kolej masing-masing dan meneruskan pembelajaran secara hybrid.
Ibubapa Marah KPM Lambat Membuat Pengumuman
Terdapat segelintir para ibubapa dan penjaga mengecam dan mempersoalkan tindakan KPM kerana lambat dalam membuat keputusan penutupan sekolah.
Ini kerana ibubapa telah menghabiskan wang ringgit terhadap kelengkapan sekolah anak mereka.
{ 0 comments… add one now }